Pages

Friday, 5 December 2014

KU KONGSI DERITA MATTIN DALAM FB

Serambi Rumahku
DARI LUBUK HATIKU - Bersabarlah sayang......hujan selalu membawa kenangan.......aku menjengah di luar jendela, terasa hiba bertaut rasa antara duka dan nestapa.....sedikit benar sukanya. Dalam hujan yang mencuruh membasahi halaman rumahku.......masih terbayang pusara kedua orang tuaku yang jauh ku tinggalkan di pendalaman sana.....hampir 400 km dari Olak Lempit. Pagi tadi aku dan isteri ke pusara Mattin yang bersebelahan dengan pusara Boboy.......hanya setengah km dari rumah ku........

29hb. November, aku menerima tetamu. Keluarga Ekin menantu ku bertandang kerumah. Kami bebicara dalam bahasa tua.....sekali lagi rumahku sunyi......Ekin dan Aisyah di bawa pulang oleh Orang Tuanya. Ekin nampak terlalu sugul......dan aku membenarkan keluarganya membawanya pulang ke Kucai Lama KL. Airmata isteriku membasahi di dinding pipi yang sentiasa lembab itu. Hujung selendang menjadi sapu tangan yang mengesat leluhur airmata yang mengalir......aku turut menjadi sayu......menyimpan sendu di lubuk hati.

Benar kata Al-Marum Ibuku.....anak seluang-seluang juga, manakan sama anak tenggiri. Ini adalah ketentuannya......walau dalam tempun 3 bulan ianya masih menjadi tanggung jawabku, tapi kita perlu bertimbang rasa ke atas derita yang di tanggung menantuku Ekin yang kehilangan suami.

Hujan yang mencurah datang serasanya turut berduka bersamaku yang kehilangan. Terlalu muda Mattin pergi........aku masih terbayang keletahnya semasa kecil.....tapi banyak yang berbeda dariku. Mereka menjadi anak ASRAMA sedangkan aku semasa usia mereka, SURAU menjadi asramaku. Sering aku ceritakan pada Mattin dan ku coretkan di dalam FB riwayat semasa kecilku.....pada 25hb. June 2014 aku coretkan dan aku muatnaikan dalam FB seperti dibawah ini kehidupanku semasa aku kecil..........
CHEPOR KAMPUNGKU : SEDETIK TIDAKKU LUPA

Add caption
Ini surau Bukit Berapit atau Surau Hulu.....orang kampung Aki panggil "manesah". Tepi suaru ni dulu ade court badminton dan di sebelahnya pula ade kedai runcit Wa Hassan.

Selesai tengok orang belajar silat di Gelanggang Cik Karim...kami pun menuruni bukit rumah Tok Piah pergi kesurau..... dulu-dulu Tok Aki berjalan tak pakai kasut. Sampai di surau Tok Aki basuk kaki di kolah surau.
Disebabkan hari dah jauh malam...ada yang terus tidur dan ada yang solat isyak. Dengan berbekalkan kain pelikat Ayah, tidurlah kami beramai-ramai.... mula-mula cerita esuk nak main apa.... lepas tu cerita nak tahan serindik.... lepas tu mulalah cerita hantu..... maka berebut rebutlah tak berani tidur tepi tingkap.

Atas tingkat ade jaring.... jaring ni boleh nampak kat luar. Tok Aki ambil tempat di tepi tingkap dan tak nampaklah kat luar. Sapa yang tidur di tengah dia akan nampak di luar jaring tu.... tetiba je Marzuki menjerit.... hantu,,,hantu,,,hantu.... semua kami menjadi amat takut. Tok Aki melihat ke luar jaring.... memang jelas ada lembaga putih di atas dahan nangka Tok Piah.... takutnya bukan kepalang.... Tok Aki rasa macam nak terkencing....

Kami semua berselimut berkelumbung dengan kain pelikat.... tp masih mengintai dari dalam selimut. Kemudian Tok Aki terdengar pohon nangka di goyangkan.... sambil mengilai-ngilai macam suara orang perempuan.... Zee kata itu sora langsuyur.... kami berimpun dan berpelukan.... tiba-tiba,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,.................................................... Tok Aki terdengar ketukan di sekeling surau.... dalam hati Tok Aki berkata.... kenape hantu banyak sangat?

Selepas itu Tok Aki terdengar berderap "hantu" menaiki tangga surau...... dan ..... tetiba pintu surau di tolak dengan kuat (pintu tiada kunci) dan serentak ngan itu ...... hahhhhhhhhhhhh...... Tok Aki nampak dalam samar pelita minyak itu lembaga putij beberapa ekor menerkam kami . Tok Aki menjerit sekuat hati.... kami menjerit bergema memecah kesunyian Kampung Chepor yang mula dingin dengan embun yang mula turun dan kabus yang mula menyekat pandangan.

Rupa-rupanya.... Abang Tok Aki, Rajak, Abang Din Poik dan Pian Tok Mat Piah yang menjadi hantu..... maka bergomollah kami satu surau dengan kekawan Abang Tok Aki. Kemudian kami ketawa beramai-ramai..... lepas tu kami terdengar orang mengetuk dinding surau.... Tok Aki tak tau siapa..... sambil berdengus terdengar suara minta kami tidur..... katanya dan pukul 2 pagi.

Tak sampai 10 minit... semua kami diam membisu.... Tok Aki tak tahu jam berapa Tok Aki dan kekawan tertidur.

Rasanya lama Tok Aki tertidur.... sayup-sayup di hujung telinga Tok Aki.... Tok Aki terdengar sayup-sayup suara azan subuh.... rupanya dah masuk waktu solat subuh. Kami semua menggeliat kesejukan. Semua terjaga.... orang dah ramai di kolah surau mengambil wuduk.... tetiba Rajak Pak Teh Bahari kata.... sat lagi Tok Aji Nali naik... mari kita buat-buat tidur.... Tok Aki mengikut je.......

Kami semua tidur terlentang.... dan kami kepalkan kain di atas "anu tu" se olah-olah anu tu sedang marah..... maka bercacaklah "anu" kami hampir sepuluh orang tu.... memang betul .... tetiba terdengar salam dari Tok Aji Nali..... masyaAllah cucu oiiiiii.... heiiiiiii semua bercacak macam tiang pagar.... kata Tok Aji Nali sambil dia menghampiri kami dan di tepisnya "anu" kami.... apa lagi marah sayangnya pada kami.... hihhhhh Tok ingatkan sungguh.... rupanya kain, sungutnya sendirian....sambil itu dia minta kami ambil wuduk.... kami ketawa beramai-ramai..... Tok Aji Nali pun ketawa.... terhinggut-hinggut badanya...... Al-Fathihah Tok.... Aki takkan lupa pada Tok dan Pek Aji....... nanti Aki cerita main wau di musim menuai di lain siaran................- by Tok Aki Aji

Seperti biasa.....hampir semua apa jua yang aku muatnaikan dalam FB akan ada komen dan like.....

LikeLike · ·
Banyak yang ku catitkan dalam dairi hidupku bersama anakku Mattin. Hampir setiap hari aku akan mengubunginya jika aku di office. Kerja shift menjadikan aku banyak masa di rumah dan ini menjadikan mudah untuk aku ke Hospital. Hampir setiap masa juga aku akan muatnaikan status kesihatan Mattin kecuali jika aku kesuntukan waktu. Jika ada masa.......aku juga akan mengunjungi Fb anak-anakku.......dan sudah kemistian aku akan mengunjungi FB Mattin......

Banyak cerita duka dan kesedihan yang aku jumpa......kami sekeluarga berjuang untuk mengembalikan Mattin pada keadaan sebelumnya......dan aku terjumpa catitan ini yang di muatnaik oleh menantuku Ekin.......betapa deritanya dia menanggung beban ini.....


2 - Ashikin Ianaz
really miss u in dis moment... subhanallah.... kuatkn aku...

MUSTstrongwalid

‪#‎uminAISHAHwaitingu‬ — with Qhairul Abd Al-Mattin Lukhman.

really miss u in dis moment... subhanallah.... kuatkn aku...
#Blikpuchongsat
#Terpandgalbumkwen
#u MUSTstrongwalid
#uminAISHAHwaitingu


Melihat gambar ini.....hati bagaikan di tusuk sembilu......kenangan yang terindah ini di rakamkan selepas mereka mendarat di Subang selepas mereka berlegar-legar di udara di atas Bumbung Rumah aku dengan helikopter di hari perkahwinan mereka. Selepas mendarat di subang mereka ke Putrajaya merakam detik-detik indah ini di hari perkahwinan mereka.

Pada 20 June 2014 ada aku muatnaikan DERITA MATTIN dan resahnya keluarga dengan Penyakit yang di deritai Mattin. Pada 27 June habis riuh sekampung......ayam, lembu dan kambing lari bertempiaran, kerana hari ini adalah hari melihat anak bulan untuk menentukan Tarikh Permulaan Puasa.

Seperti biasa......anak bulan tidak kelihatan. Dan sudah semestinyalah puasa jatuh pada 29 June 2014. Aku muatnaikan cerita PERTAMA pasal Mattin adalah pada hari ini 29 June 2914. Inilah ceritanya...........

3 - Tok Aki Aji
Di awal posa ni....Aki menerima dugaan yang amat berat dari Allah dan Aki hanya berdoa pada Allah semoga di perkuatkan Iman Aki dan koga Aki menerima dugaan ini. Pada saudara dan sahabat handai dalam FB ini....doakan semoga anak Aki Qhairul Abd. Al-Mattin yang kini terlantar sakit MISTERI.............semoga sembuh. Terima Kasih pada yg mendoakannya, semoga Allah membalas budi dan jasa baik semua.



Pada hari pertama puasa 29 June......aku terpaksa tinggalkan Mattin untuk menghantar adeknya Idayu ke POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SABAK BERNAM. Dalam perjalanan yang mengambil masa selama 4 jam, tidak banyak perkara yang di bualkan. Aku melewati Kelang.....Pandamaran.....Sekincan.....adoyai.....padi sedang menghijau. Terbayang dinginnya bersama ayah dan ibu di Kedah.....seluas mata memandang.....kehijauan sawah ayah yang 10 relung itu masih bermain di ruang mata.

Desiran angin yang mencuri masuk di celah-celah tingkap kereta yang tidak di tutup rapat membuatkan aku merasa rimas dan aku minta isteriku memeriksa tingkap mana yang tidak rapat cerminnya.

Sampai di Pengkalan Nakhoda Omar hari dah petang. Aku berhenti solat asar dan melengah-lengahkan masa. Jam 6 petang baru kami masuk Kolej.....semua barang Idayu di turunan. Bayu laut yang menyapa dingin di pipiku tidak mendatang khabar gembira padaku......hati masih di rumah teringatkan Mattin yang kegeringan. Jam sudah 630 petang......aku lihat banyak ibubapa yang mencari tepat untuk berbuka puasa, maklumlah ini hari pertama puasa.

Dalam kawasan Kolej nampak sangat sesak dengan keluarga mahasiswa.....aku berlegar-legar di luar kawasan Kolej....aku menyusuri jalan pantai dan aku melewati Intitut Perakaunan Negara.......dan aku memberanikan diri minta kebenaran Pak Guard untuk gunakan wakaf atau surau untuk berbuka dan solat Magrib......masyaAllah.....mereka memberi kebenaran....maka kami mengnunakan wakar di tepi surau untuk berbuka.....selepas itu solat magrib....jemaahnya kurang dari 10 orang......selesa sesangat kami di sini......

Jam 10 malam aku bertolak balek dari Sabak Bernam......sampai umah jam 2 pagi......aku terus tidur di rumah Taman Cenderawasih......esuk pepagi selepas solat subuh di Masjid Olak Lempit aku pulang kerumah induk. Mattin masih tidur.....isteriku menceritan hal semalaman, timba yang berisi air masih ada di sisi katil. Hampir setiap masa badan Mattin di sembur air dan kakinya di rendam di dalam timba. Badannya panas.....sedih sangat......dan pagi itu Mattin minta di hantarkan ke Hospital....dia dah lumpuh sepenuhnya dari pinggang ke bawah.......dan inilah yang aku muatnaikan di FB pada 1 July 2014......


4 - Tok Aki Aji
Hati Seorang Bapa - Pertama posa menumpang berbuka d wakaf Intitut Perakaunan Negara Bandar Nakhoda Omar, Sabak Bernam kerana urusan anak d Politek, ari ini d bawah bangsal sebelah Emergency Hospital Putrajaya uruskan Mattin masuk Wad. Hanya pada Mu ku berserah, selagi hayat masih ada.

Tok Aki Aji Makasih AO

Maslia Kak Long Semoga mattin cpat sembuh



2 July at 12:44

· Like


Hari kedua puasa kami berbuka di bawah bangsal di tepi Bilik Kecemasan. Mattin masih belu di pindahkan ke wad. Aku bergilir masuk melihat Mattin silih berganti dengan Isteriku, Isteri Mattin, Nadia, Haffiz dan Farah.......Mattin terbujur kesakitan dan badannya menggeletar.....dia memegang erat tanganku.....sehinggalah Pak Guard mengatakan...."Pak Cik....tak boleh lama di sini".....aku faham dan beredar keluar......aku lihat airmata Mattin mengalir membasahi bantal.

Beberapa bulan sudah aku membawa Mattin berubat secara Tradisional di Kajang dengan seorang Ustaz yang juga seorang sekarelawan di Perubatan Islam Darul Syifa'. Kaedah ini di pangggil "TEPUK".......Ustaz minta duduk dalam keadaan merangkak dan di tepuk belakang dengan dengan daun nangka.......suatu benda perkara yang mungkin mustahil untuk di percayai....."SERBUK KACA" dan beberapa biji saiznya sebesar batang mancis bertaburan di atas kertas yang di letakkan di bawah perut Mattin......aku sangat terkejut dan tidak pernah aku melihat perkara seumpama ini.

Ustaz mengatakan ini semua sebab salah makan. Selepas itu beberapa bulan Mattin berulang ke Bangi berubat dengan Darul Syifa'. Sudah lumrah....bila terasa kurang sakitnya maka kuranglah ia ke Darul Syifa'. Untuk menghilangkan rasa taut dan resah Mattin dengan penyakinya itu, aku  selalu bercerita dengan Mattin hal-hal ugama dan ketuhanan.

Aku juga sering bercerita dengan Mattin salasila keturunan kami dari sebelah Ayah dak Mak aku........dan pada 2 July aku muatnaik posting yang terbaru untuk memberi semangat pada Mattin......Doktor masih gagal mengesan penyakit Mattin......

5 - Tok Aki Aji
MATTIN dan AKU - Dalam makriat mu dapat ku selami semangat Nenda Tun Perak....dalam pertarungan antara kesakitan dan tanggung jawab. Anakku sekuat halilintar semangatnya....sekali nafas di hela, akan surut 7 lautan.....terlantar di katil hospital hanya beradu sementara. Tuntutan rukun 13 Pekara di lakukan jua walau hanya dengan gerakan mata. Anakku berihatlah se puasnya sebelum kita melangkah lebih jauh lagi, Tinggalkan mereka yang masih dengan angsa bertelur emas yang hanya mampu di gapai di dalam mimpi......

Samsiah Yusof's photo.
fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net 
LikeLike · ·



 Allah yang Maha mengentahuai ke atas apa jua yang menimpa hambanya. Untuk menyedapkan hati.......Allah hanya memilih Insan yang terpilih untuk di ujinya. Tapi seperti biasa......kita sebagai manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada kita. Hati kecil menangis semahunya.....kenapa Allah memilih keluarga aku untuk menanggung semua ini.

Senja menelang tiba......tika keluarga yang lain melawat Mattin, aku dan Isteri menjaga cucu di bawah sambil menyiapkan juadah untuk berbuka yang sebetulnya di beli dari kedai di dalam hospital......kueh pau dan air nescefee dalam tin.....inilah dunia baru kami.......

Pada 3 July aku memuatnaikkan kisah ini di FB untuk tatapan kekawan yang sentiasa menanti perkhabaran dariku.....terima kasih kawan-kawan......


  6- Tok Aki Aji

3 July ·
 
KUASA ALLAH-suatu ketika Aki sekoga riang ketawa d meja makan menuggu waktu utk bebuka, kini Aki sekoga menjadikan lobi Hospital tempat melepas lelah sementara menunggu waktu bebuka.
LikeLike · · Stop Notifications · Share






7 - Tok Aki Aji 
 shared Samsiah Yusof's photo.
DERITA MATTIN - Makasih sepupuku Adek Mek serata keluarga dan anak saudaraku Azmil dan keluarga dan juga kawan-kawan/koga mertua Mattin atas ziarah Mattin petang tadi. Malam ni mengasuh cucu....esuk ke rumah kedua kami.....Hospital Putrajaya. Terimakasih pada Doktor2 di Putrajaya dan juga HKL atas kominmen yang di beri........makasih.......budi kalian Allah yg akan membalasnya




















LikeLike ·


8 - Tok Aki Aji
DERITA MATTIN - OTW to HKL, terima kasih Hospital Putrajaya dan makasih pada semua. HKL tingkat 2 Wad 5 B.(UNIT RAWATAN RAPI KLINIK PAKAR SARAF)






Institut Kajisaraf Tengku Abd. Rahman HKL. Alhamdulillah,



 Institut Kajisaraf Tengku Abd. Rahman HKL. Alhamdulillah,

10 - Tok Aki Aji
AKU INGIN PULANG
 
Ada getar yang menjalar dalam urat nadi ku
Tika terkenang Chepor Kampungku
Sejuta rindu bertemu di kalbu
Aku ingin kembali seperti dulu

Aku tak tahu entah sampai bila hidupku
Ku biarkan terdampar hanyut di perantauan
Dikala seluang jauh ke lautan............


Camar berkejaran pulang ke sarang
Ku toleh ke belakang, ada tangan yang menggamit pulang

Dua pusara beratur nisan
Telah lama Ku tinggalkan di hujung laman
Ku menjadi Bisu menjawab hidup yang di tuntut
Tanggal 25 Ramadhan rindu tak tertahan
Ingin ku rebahkan lenaku di pesada bonda
Biar terubat rindu setahun..................


Dikala langkahku semakin jauh
Kaki ku terpaku di pahat bumi

Aku ingin pulang
Tapi layar tidak terkembang
Kerana angin enggan datang,,,,,,,,,,,,,,,,


Dari jauh ku kirim salam, Maafkan aku kawan.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Tok Aki Aji
Olak Lempit
KHAMIS 25 Ramadhan 1435


Tok Aki Aji Makasih......terimakasih juga pada CHEPOR KAMPUNGKU. tahun ini kita beraya di Alam maya.....tunggu lain tahun kita akan beraya di kampung bersama .bersama sanak saudara dengan TEMA NAK RANTAU BERAYA DI KAMPUNG.
Pagi ni selepas subuh.....semuanya sebuk.....jam 645 pagi Aki dah pelekat  api...hehehehehe....nak raya.....sebetulnya semua kena awal sebab nanti nak ke HKL lagi. Balek dari beli daging terus masukkan beras ke dalam buluh....Iman punyalah sebuk....nasib Aisyah masih tido. Api dah okey.....buluh yg tak bersantan tu terus di bawa ke eeeeee....lupolah pulak tempat kayu palang nak sando lemang tu. 


Semua dah selesai Mak Aji bawakan santan dan di tuangkan kedalam buluh.....api dah berbara.....ni kerja Apit la....anak sulung Aki, dia dah mewarisi pembuatan lemang ni. Ketupat...semalam dah settle. Nah heeee..... seperiuk bak...... bayngkan lemang saiz yang dalam gambo ni harganya RM 15 sebatang.....kali 20 = RM 300 inggit kalu ketupat jugak RM 300 inggit.....demo dah melampau....modalnya hanyalah RM 112 inggit. 

Kalu masuk kayu api dan upah katalah RM 200 inggit.... ini berti demo dah buat untung RM 400 inggit....melampau ni.....tapi takpa la...kalu nak buat sendiri nak bako kat mano kalu duk kondo tinggkat 20 yang boleh nampak KLCC tu......hehehe....miko tengoklah Kuala Lumpo....Aki tetap selesa tinggal di Olak Lempit....walau pun semua orang Jawo...tapi dekat denge 

Airport......hehehehehe....kalu di Chepo Aki hanya ambik buluh dekat rumah Tok Seleman atau dekat umah Tok Yang Goleng atau pun
dekat rupong Pek Aji......seduit pun tak keluo.....Chepo tetap di hati.


SELAMAT HARI RAYO semuo......lepas aso sat lagi nak gi bayo PETERAH di Masjid KLIA.......hehehehehe.....nilah hasilnya....lemang dah masak. Ado beli jagung...tp Mak Aji telupo nak gaul dale beras pulut tadi.....tak merasolah nak make lemang jagung....takpolah...kalu ado umo panjang Rayo tauun depan buatlah lemang jagung......lemang bungo kico dah 40 tahun tak meraso.,...




11 - Tok Aki Aji 

27 July · Edited 

PERJALANAN RAYAKU DI PERANTAUAN...ewahhh....macam jauh sangatlah merantau tu......semalam pagi ke Pasar Borong Selangor dengan Nadia...beli buluh lemang 20 batang RM 22 inggit, daun palas RM 10 inggit, daun pisang RM 10 inggit, beras pulut 10 kilo RM 35 inggit, santan RM 35 inggit.....RM 112.00 inggit. Malam gi tengok Mattin kat HKL. Jam 11 mlam sampai umah terus celo buluh. jam 1 baru tido....hehehe...nak raya...sempat lagi undate status FB dan Blog. 






















































12 - Tok Aki Aji
Sempat lagi bergambo sebelum berangkat kat HKL...... Selamat Ai Aya...



13 - Tok Aki Aji
SYAWAL 1435 - Sempat lagi up date FB......nak ke HKL ni, melawat Mattin....apapun...Maaf Zahir dan Batin......


Tok Aki Aji Makasih......terimakasih juga pada CHEPOR KAMPUNGKU. tahun ini kita beraya di Alam maya.....tunggu lain tahun kita akan beraya di kampung bersama .bersama sanak saudara dengan TEMA NAK RANTAU BERAYA DI KAMPUNG.
























Tok Aki Aji
Sempat lagi bergambo sebelum berangkat kat HKL......Selamat Ai Aya...

14 - Tok Aki Aji

28 July



Pada Hari Raya.....Mattin 
2


Kami beraya d HKL jer...tp tetap happy...kerana kami terima dan redho dengan ketentuan Allah.
LikeLike · · Stop Notifications · Share

28 July 


Makasih Misi dan Pak Guard yg membenarkan Aisyah melepas rindu dalam pelukan Walid....Mattin semakin sihat. Makasih pada semua Insan yg mulia yg selalu mendoakan kesihatannya













































16 - Tok Aki Aji

SAYA SAYANG AWAK - Acu maafkan Man. sempena Shawal ni Man menyusun jari sepuluh mohon di ampun segala dosa-dosa Man sekeluarga dan dosa-dosa kedua Ibu bapa Man. Maafkan Man kerana tidak dapat balek raya ni......Mattin masih belum sihat. Kehidupannya perlu di uruskan....dia tidak mampu lagi untuk mengruskan sendiri. Ni baru Man lepas mandikan dia. Chepor tidaklah jauh, tapi sengkangan masa yang membataskannya.

Sedih sampai kelubuk hati, pusara Ayah dan Mak tidak dapat di ziarahi di shawal ini. Entahkan bersih entahkan tidak.....hanya mengharapkan saudara di Chepor membersihkannya. Rasa berdosa bersarang didada....sampai dah di semadikan pun Man masih tidak mampu menjaga mereka. Mohon Allah ampunkan dosa Man......sebelum berakhirnya shawal ini jika di izinkan Allah nak juga Man balek kampung....


Acu janganlah risau dan bersedih hati. Tiada duanya lagi didunia ini darah daging Mak kecuali Acu. Man hanya mengharapkan doa dari Acu semoga semuanya balek seperti sediakala. Man amat merindui Acu, Kak, Abang, Mek, Mek Loyah dan yang lain-lainnya. SELAMAT HARI RAYA dari Man dan keluarga. MAAF ZAHIR dan BATIN.

SALAM IKHLAS DARI ANAKANDA YANG JAUH
fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net 
Like Like · · Share 




  
Boring...ikut Aki gi Gym....
Like · · Stop Notifications · Share



 18 - Tok Aki Aji


10 August ·

 
Layan Aisyah dan Iman adalah kerja tambahan Aki sekaranag,ada sapa2 nak anta anak bagi Aki ngasuh?
Like · · Stop Notifications · Share



Hari ketiga Mattin di Hospital Putrajaya, hidup kami sekeluarga bagaikan tidak terurus.....Ekin sudah kehabisan cuti, masa serangan pertama tempuhari Ekin dah mengambil cuti tanpa gaji......dan Aisyah pula kadang-kadang dengan aku di Olak Lempit dan kadang-kadang diambil besan aku kembali ke Kucai Lama KL....



























































19 - Tok Aki Aji
Aisyah......rindu awak..... — with Qhairul Abd Al-Mattin Lukhman.


Like · · 


20 - Tok Aki Aji

5 November ·




Tiada yang indah hari ini, cuma ada letih dan sendu....tp kami berdua masih mampu tersenyum....terima kasih Allah. — with Zubaidah Mohd Zain.



21 - Tok Aki Aji
Qhairul Abd Al-Mattin Lukhman
"Aku nk bljn depa gelak. Satu hari aku akn lari smpi buang tongkt ni... nama sya Mattin sy ckp n sy buat".
Qhairul Abd.Al-Mattin SEKUAT namanya kerana namanya di PILIH oleh Allah dan tercatit didalam LOHMAHFUZ untuk INSAN yang terpilih.
— with Qhairul Abd Al-Mattin Lukhman.

LikeLike · ·



Terimalah ujian Allah dengan iman dan redho.....jangan menyesali takdir....kerana itu ketentuannya....

10 selekoh.....8 traffic light untuk kerumah kedua Aki dan keluarga....
  • Saat kita di puncak.....banyak tangga yang perlu didaki, untuk menggapai kejayaan.....banyak yang perlu di tinggal dan dikorbankan....apalah erti kejayaan bila kejayaan tidak dapat di kongsi bersama....

    Telah ku coba untuk membimbing tangan yang meminta,....supaya kita dapat memberi pula .....tapi tafsiran selalu berbeda......antara sayang dan durhaka.....antara kita bukan jauh bezanya.....akal, khudrat dan redho perlu di kilik bersama......tiada kejayaan jika tiada pengorbanan,


    Telah ku imbau kenangan duka yang lampau.....mengasingkan diri kerana kita tak punya apa-apa.....umpat dan cela sering sampai di telinga....kering sudah airmata dengan dugaan yang di terima....hendak ku simpan kut meracun diri.....jika di telan menyakitkan hati.....akhirnya ku simpan sebagai AZIMAT pembela diri.....hanya Ibu dan Ayah yang mengerti.....pada Allah ku PERHAMBAKAN diri.....dengan lapaz Astarafirullah Halazim........ampunkanlah dosa-dosaku.......jika sampai disni nyawaku diberi.........


  • Tadi aku terambil rindu yang tergantung dihujung masa.....tetiba hati menjadi resah.....dinginnya air dikali, gelung air, batang asak, tenggala, tajak, keri, kuku kambing, kedap, ancak semai bermain di ruang mata....terasa aku hendak kesana......sekarang iuga.....bau masam lumpur dan lintah yang datang bermanja di belakang betis, tidakku pedulikan demi tanah tercinta ini.....

    Angin gunung yang dingin....menderu datang merempuh di dada waktu dan bisikan nyayian syahdu selalu di tinggalkan di pusara kenangan terindah yang pernah kita lalui......sebenarnya kita serupa......kita menjadi pemburu rindu di sini....dihalaman ini.....dikala ini dah di hari-hari yang menanti......kita terlalu rindu untuk kelik ke sana......



Bila hati menjadi runsing,.....tiada siapa yang mengerti.....balek dari pusara Boboy.....ke belakang rumah....ambil keladi, daun kadok, daun kesum.....masuk dapor la......hari ni sepenuhnya mengikut RESEPI Mak....cuma buah kulim yang tiada.....keladi+Pucuk Kadok+Daun Kesum+santan pekat+terong caweng+kunyit hidup........teringat kat Al-Marhumah Mak.......ni duk tunggu adek dan Nadia balek dari Kedutaan Perancis dan singgah tengok Mattin...perut dah lapo ni nak makan nasi.......














27 - Hanisah Abdullah‎ Qhairul Abd Al-Mattin Lukhman
perginya seorg sahabat yg kuat semangat...moga ko tenang d sana mattin...takziah tuk fmly n wife Ashikin Ianaz..Allah lbih menyayangi ko....

28 - Farahiyah Mat Nor

25 November at 20:08 ·

"Perginya seorang sahabat.."Qhairul Abd Lukhman Al Fatihah







































29 - Akie Akhimulla

25 November at 19:34 ·

Masih terkejut, ptg td dapat berita sahabat baik semasa sekolah dulu Qhairul Abd Al-Mattin Lukhman telah kembali ke rahmatullah tghri td.. Masih teringat detik kami pergi melawat allahyarham di hospital, allahyarham nampak sihat dan gembira.. Masih mampu bergelak tawa bersama kami.. Buat isteri dan keluarga, tabahkan hati dan sabar menghadapi dugaan-Nya.. Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan soleh.. Al fatihah — with Amet Morn and 3 others.
Faizal Foxtrot Zulu Sierra's photo.
Add caption
  



Faizal Foxtrot Zulu Sierra's photo.



































































Faizal Foxtrot Zulu Sierra‎ Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra, SMJ, SMKJ
Darinya kita datang, kepadanya jua kita kembali.. Qhairul Abd Al-Mattin Lukhman yang juga merupakan ex student SMKJ 1999 - 2003 telah kembali ke rahmatullah pagi ini. Mohon sahabat2 semua sedekahkan alfatihah kpd roh almarhum..



















30 - Azroie Tnku Hossen 

added 2 new photos.
Terkedu mendengar berita sahabat lama telah kembali ke rahmatullah..banyak kenangan kita harungi bersama dr shah alam ke sri iskandar..semoga roh mu dicucuri rahmat..kami pasti merinduimunQhairul Abd Al-Mattin Lukhman..Alfatihah..
feeling sedih.
Azroie Tnku Hossen's photo.
 

Salam baru ada kekuatan untuk menulis...
Bagi semua kawan2 sapa2 sahaja yang mengenali sahabat baik ika Qhairul Abd Al-Mattin Lukhman.... Beliau telah kmbali menghadap Illahi...dengan itu ika mohon dengan semua...ampunkan dosa2 die..halalkan makan/minum/hutang2 die...semoga Allah menghapuskan dosa beliau dicucuri rahmat di lapangkan kuburnya dan kurangkan azabnya..buat aida Ashikin Ianaz berat mata memandang berat lg bahu memikul...kuatkan semangatmu sahabat
feeling kehilangan with Qhairul Abd Al-Mattin Lukhman at Johor Bahru City Square.
 Salam baru ada kekuatan untuk menulis...
Bagi semua kawan2 sapa2 sahaja yang mengenali sahabat baik ika Qhairul Abd Al-Mattin Lukhman.... Beliau telah kmbali menghadap Illahi...dengan itu ika mohon dengan semua...ampunkan dosa2 die..halalkan makan/minum/hutang2 die...semoga Allah menghapuskan dosa beliau dicucuri rahmat di lapangkan kuburnya dan kurangkan azabnya..buat aida Ashikin Ianaz berat mata memandang berat lg bahu memikul...kuatkan semangatmu sahabat 

Harini aku terima perkhabaran sedih tentang pemergian seorang sahabat lama yg seingat aku hadirnya sentiasa membawa ceria dan menghapus duka. Walaupun cuma bersama untuk 2 sem saja, tp aku kagum cara pemikiran dan semangat dia.
Benarlah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain."
... See More
feeling kehilangan.

 
25 November at 16:47 ·
                                                                                           
Perginya senior asrama smk jitra. X sempat nak melawat beliauAl fatihah buat mattin........Senior yg sgt mesra dgn juniorTerima kasih byk2 mattin. Moga ditempatkan dikalangan org berimanMiss u bro
— with Qhairul Abd Al-Mattin Lukhman.
                                                                                                                       
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
buat junior Qhairul Abd Al-Mattin
yang telah dijemput Allah swt
semoga keluarganya terus tabah dalam menghadapi dugaan Allah
Mattin sahabat yg aku kenal dr uitm perak.. Aida sahabat yg ku kenal di uitm perak... Kamu berdua ceria... Senang berkongsi cerita dgn kamu berdua... Hari ini mattin aku nak ambil kesempatan utk ucap takziah di fb mattin.. Rase sebak sbb jauh x dpt menziarah.....

Salam takziah aida dan keluarga.. Dari aju dikelantan..

Innalillahiwainnailaihirojiun....salam takziah....wifey tolong kuat ye....tabahla

 

Terima 2 perkara yg mendukacitakan x smpi 24jam..
Smlm kereta abah yg ku pandu terbakar semasa dlm perjalanan pulang dr kerja..bomba lambat tiba akibat kesesakan jlnraya..hampir tgh mlm br selesai urusan towing dan buat report..tq abah Mohd Yahaya Ab Majid yg menemaniku menguruskan hal keretanya..tq juga pd abam2 propel,plusronda,polis dan bomba yg membantu

Hari ni,suami pulang tgh mlm td sejurus dgr musibah yg menimpaku..selesai urusan collect report polis,dpt pula berita salah seorg sahabat kami telah kembali ke rahmatullah setelah lebih kurg setahun menanggung penyakitnya..semoga Qhairul Abd Al-Mattin Lukhman lebih tenang di sana dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..alfatihah...semoga diberikan kekuatan kpd isterinya Ashikin Ianaz utk menempuh kehidupan..


Setiap apa yg Allah rancangkan ada hikmahnya..semoga kita tergolong dlm golongan yg mendapat rahmat dan kasih sayangNya.
— feeling sad with Gelora Biru.
Saya mohon kwn2 maafkan dan halalkan segala utk suami saya... sedekahkan Al-Fatihah utk beliau.
— with Qhairul Abd Al-Mattin Lukhman.
LikeLike · ·

Hafizuddin Abdul Wahab

25 November at 13:58 ·

Kawan sekolah saya, Qhairul Abd Al-Mattin Lukhman telah kembali ke rahmatullah pagi tadi selepas sekian lama bertarung dengan satu penyakit misteri. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah, maafkan salah silap arwah, dan berdoa semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman, InsyaAllah.
innalillahhirojiun..sahabatku Qhairul Abd Al-Mattin Lukhman telah mengadap ilahi... Semoga Rohnya tenang disana.... ALLAH lebih sayangkan ko mattin... kepada isterinya mattin Ashikin Ianaz sabar banyak2...

Al-fatihah kepada kawan seperjuangan ku Qhairul Abd Al-Mattin Lukhman .. rasanya baru je call arwah 2-3bln lepas sembang pasal gajet.. beliau mmg sgt hebat dgn gajet.. byk yg sy pelajari dr beliau sepanjang di uitm termasuk penggunaan applikasi komputer.. semoga Allah tempatkan beliau di dalam golongan org yg beriman.. inshaAllah.. mari kita sama sama sedekahkan sekeping al-fatihah kpd beliau walaupn yg tidak mengenali diri beliau tetapi dia juga saudara islam kita.. amin..

Tok Aki Aji

26 November at 02:07 · Edited ·
 AMPUNKAN MATTIN

Semalam aku di ikat kuasa
Tak sampai sepelaung antara Aku dan Qhairul Abd Al-Mattin Lukhman 
Bertarung nyawa antara hidup dan mati
Bila sang kuasa teralpa
Aku kembali menerpa
Di telinga ku ucapkan suhadah
Biar perginya tiada bidaah

Encik tolong keluar
Ini bukan waktu lawatan kata bicara
Susahnya hidup di Negara Merdeka 
Kuasa yang sejengkal di tunjuk sedepa....

Semalam Aku di ikat kuasa
Allah itu Mahakuasa...
Aku sering melepasi mereka
Shuhadah ku bisik di telinga
Mattin membuka mata tanda mendengar
Entah dari mana datangnya saudara
Bila bersamaku Doktor dan Nes pun tunduk belaka
Berdiri Aku di hadapan kepala
Mattin terbujur suhadah dibaca......

1252 akhir shuhadah dibaca
Yassin berkumandang diruang jendela
Anakandaku Mattin habis perjuanganya
Mohon izin kembali pada yang mencipta
Kami semua redho belaka....

Cucuku Aisyah YATIM kehilangan bapa
Ampunkan Mattin jika berdosa
Moga kembalinya tidak berduka
Biarlah perginya seorang PERWIRA
Kelurga bertaut dengan izinNya jua.........

AKI HAJI
HKL 1415
SELASA 25hb. November 2014

AMPUNKAN MATTIN

Semalam aku di ikat kuasa

Tak sampai sepelaung antara Aku dan Qhairul Abd Al-Mattin Lukhman
Bertarung nyawa antara hidup dan mati
Bila sang kuasa teralpa
Aku kembali menerpa
Di telinga ku ucapkan suhadah
Biar perginya tiada bidaah



Encik tolong keluar
Ini bukan waktu lawatan kata bicara
Susahnya hidup di Negara Merdeka
Kuasa yang sejengkal di tunjuk sedepa....

Semalam Aku di ikat kuasa

Allah itu Mahakuasa...
Aku sering melepasi mereka
Shuhadah ku bisik di telinga
Mattin membuka mata tanda mendengar

Entah dari mana datangnya saudara

Bila bersamaku Doktor dan Nes pun tunduk belaka
Berdiri Aku di hadapan kepala
Mattin terbujur suhadah dibaca......

1252 akhir shuhadah dibaca

Yassin berkumandang diruang jendela
Anakandaku Mattin habis perjuanganya
Mohon izin kembali pada yang mencipta
Kami semua redho belaka....

Cucuku Aisyah YATIM kehilangan bapa

Ampunkan Mattin jika berdosa
Moga kembalinya tidak berduka
Biarlah perginya seorang PERWIRA
Kelurga bertaut dengan izinNya jua.........

AKI HAJI
HKL 1415
SELASA 25hb. November 2014

Ali Waliyuddin A Razak 

26 November at 00:28 ·
                                                      
Selesai sudah majlis pengebumian sahabat kami..dan selesai jua tahlil malam ni.....walaupon sesaat tetapi dpt jua menatap wajah mu buat kali terakhir......wajah mu tenang bagaikan sedang terlena, cuaca redup bagaikan turut berdukacita....pergi nya seorg sahabat bernama Qhairul Abd Al-Mattin Lukhman buat selama2nya.....sesiapa yang mengenali beliau ampunkan kesalahan nya dan halalkan mkn minum n hutang jika ada...


































































Mohd Zulazri Bin Ismail
Alfatihah Qhairul Abd Al-Mattin Lukhman . Semoga roh tenang di sana. Kami bakal merindui anda.

Slalu mengikuti update status beliau tp xpnah tya pasai penyakitnya... Takziah alfatihah.. Smoga isteri dan kluarga tabah...
  
Tok Aki Aji

26 November at 16:57 ·

Seringkali kita akan kehilangan apa yg kita sayangi d saat kita benar-benar tidak menyangka ................namun, itu lebih baik dari terlewat menyedarinya bahawa kita sesungguhnya

                                                                                                               
                           

Salam sahabat sy n arwah suami Qhairul Abd Al-Mattin Lukhman... time kasih utk doa n sedekah kalian utk dia d sana n kami d sini... sy mohon maaf utk kami sekeluarga sexlagi seandainye ade silap kami. Sy xtau nk mulakn dr mane, n sy xtau tindakan sy ni betul @ x, tp sy mohon sahabat2 jgnlah ditangisi lg pemergian beliau... dia bahagia dsana InsyaAllah... ade yg menyarankn spy deactivekn fb beliau krn xelok utk dratapi pemergian beliau.

 Sy syg dia n sume hasil dr dia, oleh itu sy mgkn xdeactivekn fb beliau krn byk kenangan n kt2 smgt utk sy selak sepnjg sy mbesarkn Aishah kelak. Sy harap kalian hormati permintaan sy... aggp la fb beliau adalah sebuah album utk ditatap ketika rindu...elakkan komen n post sebrg statement yg menyedihkan. ... dia pergi kerna Allah sygkn dia..Redhakan dia pergi...







Rasa nak balek kampung, terbayang pusara ayahda dan bonda.....hati masih dibangdibu........



AKU YANG TERLARA - Pergilah sayangku.......semua kenangan suka dan duka yang pernah kita lalui sekeluarga akan menguatkan semangat Abg, Kak Farah, adek-adek, Aisyah, Ekin dan Iman........

LikeLike · ·  





    Dua orang Putra Aki yang di panggil pulang,...... — with Qhairul Abd Al-Mattin Lukhman and Qhairul Al-Rafsyanjani Bin Lukhman.



    Dua orang Putra Aki yang di panggil pulang,......
    — with Qhairul Abd Al-Mattin Lukhman and Qhairul Al-Rafsyanjani Bin Lukhman.

    Like · · Stop Notifications · Share