Pages

Sunday, 29 December 2013

HIMPUNANA BAHAN PENULISAN KENANGAN YANG HILANG

SEPANJANG RIWAYAT KU

EPISOD 1

Kenangan Yang Hilang, Secebis kenangan menjadi penawar seribu duka


OLAK LEMPIT - Ahad 30 Rejab 1434, Mengimbau kisah lama sangatlah mengasikan tapi kata pujangga "Jangan di Imbau Kenangan Lalu Nanti Meracun Diri".  Jam 830 sampai umah dari Airport. Senang sangat rasa dekat sungguh. KLIA dengan rumah Aki dengan memandu kereta kurang lebih 15 minit sahaja.

Sampai di hadapan rumah, pintu pagar telah di buka. Deruman air terjun buatan yang menjunam ke dalam Kolam Renang mengingatkan Aki kepada Air Terjun di Huma kami di Cherok Sembuk 45 tahun dahulu. Aki mendapatkan Aisyah Ivan Firnas cucu kedua Aki yang sedang asyik melihat air terjun buatan ini. Umurnya baru 3 bulan......suka menagis dan manja sangat. Abang sepupunya Aiman balik Muar Johor....nakalnya mengalahkan "Anak Harimau Kumbang".
Beginilah Mak menjunjung bakul padi

Sambil melayan TERAPI bunyi air terjun ni....Aki terbayangkan Almarhum Arwah Mak dan Ayah. 
Gigi ayah yang puteh dan renungan mata mak yang lembut penuh dengan kasih sayang sambil menjunjung bakul padi sukar untuk Aki lepaskan dari ingatan. Mak mengajak Aki ke darat. Katanya Ayah nak makan EMPING dan RINGGI.

Aki berjejaran mengikut Mak dari belakangnya, Kami melewati rumah buruk dan padang dekat pokok jambu tempat Ayahcu menambat beruknya, lepas itu rumah Mail Kelate, Pek Su, rumah Mak Ite dan rumah Tok Ime Mat Piah. Menuruni bukit dekat sawah Pek Su sebelum sampai di sungai. Dekat rumah Tok Yakob dan Tok Kecik.


Inilah rupanya jambatan Batang Nyor dekat rumah Tok Kecik

Semasa meniti jambatan "Batang Kelapa" di hadapan rumah Tok Kecik, Mak selamba saja....tapi Aki terpaksa mendepakan tangan untuk mengimbangi badan. Buluh tempat pemegang telah lama patah di hanyutkan air bah. Jambatan batang kelapa telah lama Aki tinggalkan di belakang. Pek Beah Mak Keria sempat memesan pada Mak, katanya kalu ada timun masak dia nak "Sebutir".

Kami melalui denai-kenai yang telah lama di lalui ayah di awal subuh tadi. ayah kena awal ke huma, burung "Ciak Tuli" banyak sangat. Kalau tak di halau, habislah padi huma tu tinggal "Jeraminya" saja. Untuk sampai di huma Aki terpaksa "Merandai" beberapa lembah, air "Suak" dan dua bukit. Semasa di atas bukit huma Tok Aji Nali, Aki berehat sebentar di bawah pokok betik musang. Isinya kuning sangat tapi pelepahnya warna ungu. Aki panggil "Betik Selumba". Aki merenung keatas, Aki ternampak duri landak terpacak pada sebiji buah betik.
"Norma Gadis Ayu"

Aki keheranan, macamnana Landak memanah buah betik tu?. Mak kata jom cepatlah....ayah dah lama di dangu tu. Kesian Ayah. "Orang-orang" yang di pakaikan Baju Kebaya dan memakai topi terendak sangat manis di tengah padi Pek Anjang. Baju Kebaya Merah dan Berkain Batek. Topi terendak yang besar itu melindungi wajahnya yang sudah pasti manis persis "Norma Gadis Pingitan"

Teringat Aki dengan Penyanyi enampuluhan Erni Djohan yang sangat popular dengan lagu "Bingkisan Dari Ibu Kota". Tapi lagu Norma ni Aki tak tahu siapa penyanyinya.


Norma Gadis Pingitan
Norma gadis ayu yang rajin mengemas Rumah Tangga.....
Orangnya ikhlas, jujur dan Lawaaaaaaa..

Oh Normaaaaaa......
Oh Normaaaaa.......

Bila hari petanggggg.....ia ke tamannnnn...
Membelai bunga....bungaannnnn....
Itulahhhhh.....kegemarannya sebagai gadis pingitan.

Norma yang bertahi lalat di pipinya dah bertunangggg.....
Sungguh bertuah.... pemuda ituuuuuu............

Oh Normaaaaaa............
Oh Normaaaaaa............
Oh Normaaaaaa............
Oh Normaaaaaa............

Aki telah lama melewati huma Pek Anjang. Menuruni bukit Pek Anjang ni tidaklah meletihkan. Suak dan airnya cetek sangat. Tapi ada batu besar di sebelah hilirnya. Ada sedikit lubuk di bawah air terjun "mini" ni. Aki lihat anak-anak ikan berenang dan berkejaran sesama mereka. Di dalam lubuk ini ada banyak ikan "Berecat". Ikan berecat ni semacam ikan haruan. Tapi warnanya hitam dan kadang-kadang menggerunkan bila matanya yang besar tu merenung kita.

Burung Ciak Tuli


Dari atas batu besar ni sayup-sayup Aki terdengar ayah menghalau burung-burung ciak yang hinggap di tangkai-tangkai padi yang baru "Masuk isi" dan ada juga yang dah "Mendapor" kecil. Matahari belum meninggi. Di pendalaman hutan hujan tropika ini masih dingin dan berkabus. tapi sudah agak nipis, tidak seperti semasa Aki pagi tadi semasa Aki kesungai untuk "Bersugi". Mak dah sampai ke dangau yang ayah buat dari kayu tapu. Tangganya ayah buat dari buluh, lantai dan dindingnya dari buluh dan atapnya dari daun rumbia.

Di hulu dangau ada kolam jadian yang sangat besar dan dalam. di tengah kolam ni ada batu besar.... disinilah Mak selalu basuh kain. Ada air terjun dan sebelah hilirnya ada lagi batu besar.....ada dua batang kayu balak yang tidak di ambil....kayunya keras....Aki gunakan kayu ini sebagai titi untuk keseberang. Kerana huma Aki di seberang sana. Di atas kayu balak ini bersirat dan bergantungan buah labu air.

Ayah juga Mak bekalkan air didalam labu ini. Buah yang masak Mak petik dan di campakkan kedalam telaga atau mana-mana kolam. Selepas dua minggu, labu ini di ambil semula dan isi didalamnya telah buruk dan baunya masam sangat. Isi labu ini di keluarkan dan ia menjadi kosong dengan cengkerangnya yang keras. Selepas itu Mak masukkan habu dan air kedalamnya, Ia di biarkan lagi selama dua tiga hari. Bila kita mencucuinya....sudah tidak busuk lagi. Selepas itu Mak letakkan di atas para dapor dua tiga hari lagi..... sesudah itu, sudah di kira lengkap dan dah bolek di bebalkan air kedalamnya.
  
Inilah rupanya labu yang di buat bekas air Ayah.
Sebelum di masukan air, Mak akan bawa labu ni ke rumah Tok Jusin ayahanda Pak Long Chee. Tok Jusin akan buatkan tangkainya dari rotan. Dengan rotan ni mudah untuk Aki menjinjing labu ini. Selepas Mak masukan air Mak akan gunakan daun sirih di buat macam kertas membalut kacang puteh untuk di buat penutup labu yang dah berisi air. Bau air dari labu ini sukar nak di lafazkan....ada sesedikit bau asap....tapi airnya dingin dan sedap di minum.

Meniti Batang Balak

Aki masih bertenggek di atas batu sebesar kereta kancil di hadapan dangau kami. Tetiba terdengar Mak memanggil-manggil nama Aki. Mak menjengah dari pintu dapor dangau. Mak hulurkan labu yang dah berisi air untuk di hantar kepada ayah di huma kami di seberang suak. Aki berlari mendapatkan Mak labu yang berisi air tu Aki jinjing meniti batang balak yang melintangi suak. Ayah nampak segar dan sedikit berbeluh. Aki hulurkan labu yang berisi air kepada Ayah. Dari jauh sayup-sayup Aki terdengar suara Abang. Rupa-rupanya Abang juga datang dengan kekawannya. Masa itu kami belum lagi pindah sepenuhnya ke dangau huma. Ayah kata nanti cuti sekolah baru kami pindah. Masa tu Abang telah darjah dua. Tahun hadapan Aki pula masuk sekolah tahun satu.

Abang sepantas kilat dah berada di belakang Aki. Kami dua beradek lepak di atas batang balak itu. Sambil kaki di hulurkan kebawah. Abang cakap nanti dia nak tulong Mak bawa bakul selepas Mak ketam padi yang nak di buat emping.
Mak Kepitkan bakul dengan siku kirinya

Masih dingin ketika ini. Matahari se galah di ufuk timur, sambil bakul Mak kilikan dengan siku di bawah ketiak, Mak melewati di belakang kami. Aki nampak ayah tersenyum bila Mak datang kepadanya. sambil menudingkan jari, Ayah menunjukan pada Mak padi muda yang hendak di ketam untuk di buatkan emping.

Dengan tangan kiri mengepit bakul, tangan kanan Mak pula mengetam mayang padi itu satu persatu. Sekejab sahaja dan penuh satu bakul. Mak balik ke dangau dan datang balik.
Mendapor Kecil

Kali ini Mak ketam padi yang dah nampak nak mula menguning. Mak kata mendapor kecil. Padi ini kata Mak untuk di buat Ringgi. Emping sedap di makan bila selepas tumbuk di campur dengan kelapa parut sementara ringgi pula sedap di makan selepas di goreng dengan sedikit cili dan di campur udang kering.
Mengirik Padi

Hari tu kami berkelah di tepi kolam suak tempat Mak membasuh kain. Ayah berenang-renang ketengah kolam walau pun airnya hanya separas pinggang ayah, tapi amat dalam bagi Aki dan Abang. Petang tidak banyak aktiviti yang dapat di buat. Padi yang di ketam Mak di pagi tadi Mak sedang jemurkan di atas dua helai tikar mengkuang. Daun dan mayangnya sudah nampak layu. Jam kurang lebih empat petang. Mak panggilkan Aki di suruhnya mengirik padi yang agak tua sedikit dan Abang pula Mak minta dia mengirikkan padi yang muda tadi. Sekejab sahaja padi-padi tadi telah terlerai dari tangkainya.

Mengetam padi muda


Di irik hanyalah padi,
                Mari di irik Si gadis desa,
Yang baik hanyalah budi, 
              Di kenang hanyalah jasa.

Mak masukan kedalam dua bakul yang berbeza. Satu untuk di buat emping dan satu lagi untuk di buat ringgit. Matahari dan tersembunyi di sebalik gunung. redup sangat dan angin gunung bertiup sepoi-sepoi bahasa. Mak kata ini angin kera jatuh namanya.

Lesung Hindek

Kami melangkah pulang ke kampung, jarak kurang lebih 4 km dari rumah. Sebelum melangkah meniti jambatan Batang kelapa yang merentasi sungai Chepor, tetiba Mak menoleh ke belakang dan terus Mak kerumah Tok Kecik. Mak memberi salam, Pek Beah membuka pintu dapor. Dia melangkah ke "Jemure". Mak meletakkan bakul di atas jemure yang separas bahu Mak. Mak beri tahu Pek beah yang timun masak tak ada, yang ada hanyalah labu air muda. Mak menghulurkan labu muda kepada Pek Beah.  Semasa di atas jambatan rumah Tok Kecik, azan telah berkumandang dari "Manesah" Tok Aji Nali. Sampai dirumah Aki ambil songkok dan terus kesurau. Selepas solat isyak Mak membawa pelita urun kebawah rumah. Selepas itu adek perempuanku pula turun. Mak ambilkan bakul yang di letakkan di hujung lantai rumah yang tidak pernak di kerat itu. Disini selalunya Mak akan letakkan bakul atau kayu api. Ia terlalu hampir dengan muka pintu.

Emping

Mak masukan padi muda kedalam lesung dan kami pun mengindeklah lesung kaki tu. Seronoknyaaaaa...... selepas itu padi yang satu lagi di tumbuk pula.....sementara menunggu padi yang sedang di tumbuk, Mak menampi padi yang telah di tumbuk tadi....Mak asingkan sekam dengan beras muda tu.....warnanya hijau dan beras yang satu lagi warnanya puteh kekuningan....tapi berasnya menjadi pipih dan bukannya bulat seperti yang kita selalu masak jadikan nasi tu.

Ringgi

Setelah selesai semua itu. Mak suruhkan adek perempuan Aki menggoreng beras yang kekuningan itu, di campur sedikit cili dan udang kering.....itulah ringgi namanya. Mak hulurkan sepering kepada Aki dan sepiring kepada Abang. Mak kata satu untuk Acik dan satu lagi untuk Tok Ismail, atok Aki.
Perhhhhh sedapnyaaaaa...........

Semasa melewati rumah Acik, dari jauh nampak rumah Ki ada kelipan pelita di beranda rumahnya, selalunya Pak Pandak atau Wah mengasah pisau "motong", radio dari rumah Ki juga sayup-sayup dan mendayu-dayu Ernie Djohan mendendangkan lagu popularnya "Bingkisan Dari Ibu Kota". Seawal umur 6 tahun Aki dah mengingati lagu ini dan satu lagi lagu "Selamat Tinggal Teluk Bayu"



BERHUMA KE CHERUK SEMBUK
Bingkisan Dari Ibu Kota

Tadi malam telah ku terima
Bingkisan dari Ibukota
Sehelai sampul tak bernama
Berisikan sepucuk surat.

Isi suratmu telah ku baca
Air mataku berlinang
Percayalah cintaku padamu
Walau kita harus menunggu.

Ku berharap
Agar daku dapat kembali ke Ibukota.

Isi suratmu telah ku baca
Air mataku berlinang
Percayalah cintaku padamu
Walau kita harus menunggu.

Ku berharap
Agar daku dapat kembali ke Ibukota.

Mak kata esuk bangun awal sebab nak kukur nyor untuk di campur kedalam emping bahan berkudap pagi esuk......

Hehehehehe.....saja nak mulakan dengan Bingkisan Dari Kota, nyanyian Erni Djohan. Syok tau jadi macam Tok Aki ni. Semua boleh rasa. Jadi budak kampung pendalaman hinggalah terbang di awan nan biru. Dari makan ubi tumbuk dengan kepala parut hinggalah makan di hotel berpuluh ribu satu meja. Pernah beberapa kali Tok Aki lepak kat Mandrin Hotel KL. Katanya Hotel ini bertaraf 6 bintang.

Sebagai Anak Melayu dari Bani Tha Mim yang di susurgalurkan dari keturunan Qaturah yang bersuamikan Nabi Ibrahim dan semestinyalah darah Tok Aki ni ada sedikit darah Yahudi mengikut Analisis DNA mitokondria kajian Profesor Dr Zafarina Zainudin.


Fakta Menarik tentang Asal Usul Melayu Menurut Kajian DNA 

Bukti DNA...Melayu adalah ibu segala bangsa

Bukti DNA terbaru oleh pakar genetik Oxford University Dr Stephen Oppenheimer mengesahkan Melayu adalah induk semua bangsa-bangsa didunia. Artikel terdahulu berkenaan asal usul Melayu ada disini , sini dan sini.

Ia juga menguatkan hujah Sundaland adalah Atlantis yang hilang dan tenggelam selepas banjir besar Nabi Nuh. Dari sini, dapat juga dikatakan bahawa Melayu adalah pengikut Nabi Nuh yang asal dan peristiwa banjir besar bermula di Sundaland. Tidak hiranlah Melayu merupakan pelayar yang hebat kerana mewarisi ilmu pembuatan kapal dan kelautan dari Nabi Nuh.

Pernahkah kita bertanya dari mana asalnya bangsa Melayu. Siapakah Melayu itu sebenarnya. Asal-usul bangsa Melayu itu dikatakan sebagai satu misteri.

Bangsa melayu itu terdiri dari dua kumpulan. 

Kumpulan pertama adalah kumpulan Melayu-Levo atau lebih dikenali sebagai Melayu-Proto (contoh:orang asli). Mereka adalah dari keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s.

Kumpulan kedua pula adalah Melayu-Deutro (contoh: Orang Melayu biasa) dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. dari isteri ketiganya, Keturah (Keturah masih lagi misteri tetapi beliau berasal dari keturunan Melayu Kemboja).

Kumpulan pertama, iaitu Melayu-Levo datang dari kawasan pergunungan Himalaya dan menggunakan teknologi batu.

Manakala, kumpulan kedua (Melayu Deutro @ Melayu Induk) di Nusantara menggunakan teknologi besi dan datang dari sekitar Kemboja. Ini bermakna, bangsa Melayu itu sendiri sudah maju.

Menurut Prof. Shaharir Mohd Zin, pendapat yang menyatakan bahawa perkataan "Melayu" yang berasal dari perkataan Jawa yang memberi erti "lari atau hijrah" ke Nosa Koncana atau Nusa Kencana (The Golden Chersonese @ Tanah Emas) ataupun ada pendapat yang menyatakan makna Melayu itu memberi erti "layu" atau dari perkataan Perancis (malaise) hanyalah hipotesis semata-mata dan terbukti tidak benar.

Menurut beliau perkataan "malaya" dalam sanskrit dan "malai" dalam Tamil membawa maksud bukit. Setakat ini, antara bukti fizikal yang diketahui yang dapat dikaitkan dengan nama "Melayu" di Nusantara adalah di Jambi.

Terdapat sebuah kerajaan silam di muara Batang Hari (sebatang sungai di Jambi), sebuah kawasan di pantai timur Sumatera Selatan bernama Melayu. Sebenarnya istilah Melayu itu sendiri sudah lama wujud di dalam teks sejarah.

Malah, istilah Malayu telah ditemui terpahat pada sebuah patung yang ditemui pada 1286 di Padang Ruku (Roko @ Rocore), berhampiran muara Sungai Langat, Batang Hari dikatakan bertarikh 1029 Masehi.

Nama Melayu mungkin telah wujud sebelum Islam tersebar di Nusantara dan mungkin Melayu merupakan bangsa terawal di dunia selepas banjir Nuh a.s. (rumpun Melayu mempunyai terlalu banyak pecahan suku kaum).

Menurut ahli kitab Nasrani, Nabi Nuh telah menjadi pemimpin selama 600 tahun selepas banjir besar tersebut, dan menurut mereka bangsa yang dipimpinnya adalah bangsa China yang berpusat di Asia Tengah atau Tibet.

Bangsa ini mempunyai kelebihan dalam lautan dan ia menjadi satu kelebihan perluasan bangsa ini. Namun, bangsa yang dimaksudkan bukanlah bangsa China, sebaliknya bangsa Melayu (ketika itu digelar orang Funan - Hitti, Chatay atau Kattayo).

Ini kerana, bangsa Melayulah yang menduduki Tibet dan menamakan banjaran tertinggi di dunia itu sebagai banjaran Himalaya. Bangsa Melayu juga yang amat mahir membina bahtera, meredah lautan serta menduduki 60% muka bumi sejak beribu tahun dahulu.

Kemungkinan besar bangsa Melayu mahir dalam bidang kelautankerana telah diajar oleh Nabi Nuh a.s. selama 600 tahun dahulu semenjak banjir besar tersebut.
" Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar, dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu." Maka terpancarlah daripadanya dua belas mata air. Tiap-tiap golongan (di antara mereka) mengetahui tempat masing-masing. Dan Kami naungi mereka dengan awan, dan Kami turunkan kepada mereka "Mann" dan "Salwa". (Lalu Kami berfirman): "Makanlah dari baik-baik yang kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tetapi mereka adalah menganiaya diri mereka sendiri.  " [7:160]

Baru-baru ni saya dikejutkan dengan sebuah artikel yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kalangan Bani Israil.
Di dalam al-Qur'an ada menyatakan bahawa Bani Israil terbahagi kepada 12 puak.
Setiap nama puak itu diambil daripada nama Yakub (Israil) a.s..
Nama-nama puak dari kalangan Bani Israil ialah:
1. Rubin.
2. Simeon.
3. Lawway.
4. Yahuda.
5. Zebulaon.
6. Isakhar.
7. Gad.
8. Dann.
9. Asyer.
10. Naftali.
11. Yusuf (diambil dari nama anak Yakub a.s. yang ke 11 iaitu Yusuf a.s.).
12. Benyamin.
Menurut kitab Yahudi kuno, salah satu dari puak tersebut telah didapati hilang dan mereka ialah dari keturunan Yusuf a.s.. Mereka mendapat petunjuk Allah serta memeluk agama Islam. Mereka yang akan membunuh Yahudi Zionist di Palestin.
Yusuf a.s. mempunyai dua orang anak, iaitu Manasseh dan Ephraim. Menurut kitab Yahudi kuno yang lain, ada yang mencatatkan bahawa golongan Manasseh yang akan menyembelih Yahudi jahat di Palestin.
Pengkajian Yahudi telah membuktikan bahawa terdapat banyak golongan Manasseh di sebelah timur. Antara negara tersebut ialah Afghanistan, utara Pakistan (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Menurut seorang professor Amerika, Ralph Olssen, ibu segala keturunan Manasseh ialah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
Kalau berpandukan kitab Yahudi kuno, puak Bani Israil yang hilang dari kalangan Manasseh yang akan berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan akan menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan akan memadamkan negara Israel dari peta dunia adalah orang-orang Melayu.

Mengikut Book of Mormon, sebahagian daripada Semenanjung Melayu (termasuk Selatan Thai) ialah dari kalangan Bani Israil, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu dari Manasseh).

Menurut kajian DNA yang dilakukan ke atas 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israil.


 
 سومڤه ڤمودا

بني ثا ميم ڤمودا بربڠسا
قاطارح نامڽ بوندا
جيوا دان ايمان د سڤوه ڤرکاس
لاي اللهايللا الله سنفس د هيلا
ريلا برجواڠ دمان ساج
بيار ڤوته تولڠ
کامي تيدق  ريلا برڤوته مات


تانه ملايو تانه ڤوساک
ݢروه داتڠ  جاڠن د چوبا
اموقکن ڤمودا بوروق ڤدهڽ
بيار  ڽاوا برچراي دري بادن
اسلامايلايو تتڤ کامي ڤرتاهن


ک ݢونوڠ سڠݢوڤ کامي  دقي
لاوتن بارا کامي هاروڠي
بوکيت سي ݢونتڠ اصل کامي
سکالي جنجي د ميتري
سومڤه ڤمودا سمڤأي کماتي



هاڽ کران الله. ديديکاسي اونتوق چوچوکو:
محمد قهايرول ايمان الفرريس.
توک اکي اجي
اولق لمڤيت
ثلاث 1 رجب 1433 هجرة.  
   
 
Sungguh luas tanah Pusaka,
Tinggalan Moyang dahulu-kala,
Apa ertinya kita Merdeka,
Jika rakyatnya menjadi hamba.

Ini menebang namanya. Selalunya menebang ini mengambil masa sebulan ke dua bulan. Biasanya semasa musim panas. Kerana selepas ini ianya mudah untuk di bakar.

Author: dadai julius
•7/17/2012 12:30:00 am
Padi Huma atau lebih dikenali sebagai padi bukit merupakan sejenis padi yang ditanam di lereng bukit. Menanam padi bukit merupakan salah satu aktiviti utama yang dijalankan oleh penduduk pribumi tempatan di kawasan pedalaman atau luarbandar di Negeri Sabah. Proses menanam padi bukit adalah sangat berbeza dengan proses menanam padi sawah. Menanam padi bukit lebih mencabar disebabkan bukan sahaja ia memerlukan kegigihan yang tinggi malah lebih menggunakan tenaga tulang empat kerat berbanding peralatan seperti mesin untuk menggusahakannya. Bagi mereka yang belum pernah melihat atau mengalami sendiri bagaimana atau apa proses-proses yang harus dijalankan bermula dari membuka tanah hinggalah terhasilnya padi bukit semestinya tertanya-tanya bagaimana jerih payahnya menanam padi bukit. 

Oleh itu, dalam topik kali ini saya ingin kongsikan dengan anda tentang proses-proses menanam padi huma/padi bukit dari awal hinggga akhir...Memandangkan saya dibesarkan dengan menjalankan aktiviti menanam padi bukit, boleh dikatakan saya agak berpengalaman dalam topik nie :D...hahaha penatnya mencari ayat & menyusun ayat.

Proses menanam padi bukit boleh diringkaskan kepada 6 M dalam bahasa Dusun. Tapi yang menariknya ianya juga 6 M dalam bahasa melayu. 6M tersebut ialah :

    1. Momorilik -> Menebas
    2. Managad -> Menebang
    3. Montutud -> Membakar
    4. Mongurak -> Membakar sisa-sisa kayu yang tidak terbakar dalam proses 'montutud'
    5. Mangasok -> Menugal/ proses menanam padi
    6. Mongomot -> Menuai
    
okay...sekarang saya terangkan pula secara ringkas setiap langkah-langkah dalam 6M tadi..^.^

Pertama, 'momorilik'. 'Momorilik' bermaksud menebas pohon-pohon kecil dan tumbuhan-tumbuhan renek/ kecil. Bagi membuka tanah yang akan diusahakan sebagai penanaman padi bukit, 'momorilik' merupakan langkah pertama yang perlu dijalankan bagi memudahkan proses menebang pohon-pohon yang lebih besar dan seterusnya juga memudahkan proses membakar nanti. Aktiviti 'momorilik' ini biasanya dijalankan oleh ahli keluarga pengusaha tersebut. Walaubagaimana pun, 'momorilik' ini juga kadang-kadang dijalankan secara bergotong-royong (mitabang) terutama sekali apabila tanah yang ingin dibuka itu mempunyai keluasan yang besar.

Seterusnya, kerja-kerja 'managad' akan dijalankan selepas selesai 'momorilik'. Walaubagaimana pun, 'managad' boleh dijalankan semasa kerja-kerja 'momorilik' dijalankan di mana 'managad' akan dijalankan bermula dari kawasan yang sudah ditebas (di bahagian bawah bukit)...hehe jimat masa. Biasanya, 'momorilik' dan 'managad' nie mengambil masa beberapa hari atau minggu mengikut keluasan tanah tanah yang dibuka. Dahulunya 'managad' dijalankan menggunakan peralatan seperti kapak atau parang yang mana sememangnya mengambil masa yang lama. Kini dengan bantuan peralatan yang lebih canggih seperti gergaji dan terutamanya gergaji berantai ('sinso' kami bilang ^^), 'managad' dapat dijalankan dengan lebih cepat...tapi penat pula mengangkut 'sinso' tu naik bukit...cramp tangan ooo..

Sebelum ke proses yang ke-3 iaitu 'montutud', kayu-kayu yang telah di tebang akan dibiarkan sehingga kering. Kalau hari-hari hujan, alamatnya berminggu-minggulah penantian untuk membakar kayu-kayu tersebut. Kalau hari-hari panas terik pun susah juga, berisiko untuk terjadinya kebakaran. So, timing untuk menjalankan kerja-kerja 'montutud' ni kena betul. Kalau panas terik berpanjangan nak bakar juga, ambillah langkah-langkah berjaga-jaga. Sediakan air talam tangki untuk memadam kebakaran/ 'ulatan poh hilo disan-disan dumo' @ susah mau translate kepada bahasa Melayu :P..

Bah selesai 'montutud', jalankan pula kerja-kerja 'mongurak'. Kerja-kerja 'mongurak' ni pun bergantung kepada cuaca juga. Paling seronok 'mongurak' bila cuaca mendung atau panas yang tidak terik. Kalau panas terik, memang kompom jadi hitam dalam sehari...haha balik kampung nanti mesti ready dengan sunblock (jaga kulit bha ^^)..'mongurak' merupakan istilah dalam bahasa Dusun bagi kerja-kerja mengumpulkan kayu-kayu, daun-daun atau ranting dalam satu timbunan dan kemudiannya dibakar...
nie antara gambar 'mongurak' yang sempat saya ambil semasa balik kampung cuti semester lalu :
mengumpul kayu-kayu untuk dibakar
then, longgokan kayu akan di bakar...haha enjoynya dorang^^
haha  aktiviti 'membakar' dan 'mongurak' sebenarnya menimbulkan kesan yang kurang menyenangkan la..iaitu  menyebabkan jerebu dan risiko kebakaran...tapi apa boleh buat..2 aktiviti inilah yang paling penting dalam menanam padi bukit ini di mana daripada pembakaran tersebut akan menghasilkan baja semulajadi  untuk menjamin kesuburan dan pertumbuhan padi yang akan ditanam. Itulah sebabnya, padi bukit nie tak payah susah-susah letak baja...dan semestinya hasilnya lebih sedap...:)
arrrghh it's hot...hahaha but i'm enjoying this too ^_^
Langkah seterusnya pula ialah 'mangasok' atau pun menugal dalam bahasa Melayu. 'Mangasok' ialah satu proses di mana tanah akan dilubangkan dengan sebatang kayu yang penghujungnya runcing. Seterusnya, benih padi akan dimasukkan kedalam lubang tersebut (monumpos). Benih padi yang dimasukkan adalah antara 4-7 biji. 'mangasok' biasanya dilakukan oleh golongan lelaki, manakala 'monumpos' pula dijalankan oleh golongan wanita. Kerja-kerja menanam padi ini juga biasanya dijalankan secara gotong-royong (mitabang)...

hehe terkenang pula dulu-dulu, ketika belum berjauhan dengan keluarga, pastinya tidak pernah ketinggalan balik kampung bila tiba musim menanam padi. Sambil 'mangasok' dan 'monumpos' tu, sempat bermain teka-teki (sundait), bercerita, bergurau senda...hahaha di situlah ikatan kekeluargaan itu bertambah erat..:)

Okay, selesai proses menanam padi. Sebelum saya ceritakan proses 6M yang terakhir, saya cerita serba sedikit tentang penjagaan tanaman nie. Setelah benih padi tersebut telah bercambah, proses mencabut rumpai/ tumbuhan lain yang menganggu pertumbuhan padi akan dijalankan. Dalam bahasa Dusun, proses ini dikenali sebagai (mamagamas/ gumamas). Seterusnya, bila padi-padi tersebut sudah bunting, 'orang-orang' akan dipasang untuk menghalau burung pipit yang datang memakan buah padi. Walaubagaimana pun, pemasangan 'orang-orang' sahaja tidak mencukupi. Oleh itu, apa yang biasa dilakukan oleh ibu bapa saya ialah mengambil beberapa batang buluh (lebih kurang 4-5 kaki panjang), belah (beberapa belahan) penghujung buluh tersebut kemudian pacakkan di penjuru-penjuru huma atau di kawasan yang menjadi tumpuan burung-burung tersebut. Buluh ini diikat dengan tali ke pondok di tengah huma tersebut. Apabila kelompok burung datang untuk memakan padi, tali tersebut akan di tarik dan digoyangkan dan buloh tersebut akan menghasilkan bunyi untuk menghalau burung-burung tersebut.

6M yang terakhir ialah 'mongomot' atau menuai padi. Padi yang telah cukup masak akan dituai menggunakan sejenis pisau yang dibuat sendiri dari besi lembut yang diketuk sehingga nipis kemudiannya dipasang pada kayu. Pisau ini dikenali sebagai 'linggaman' dalam bahasa Dusun. Antara peralatan lain yang diperlukan untuk menuai padi ialah 'wakid' dan karung untuk mengumpul padi setelah 'wakid' tersebut penuh. Di bawah adalah gambar yang di ambil oleh adik saya ketika musim menuai (sayangnya saya tak sempat join :'(..lama dah tak join menuai padi...


"Inilah dia 'linggaman' - pisau yang digunakan untuk menuai padi huma"
Sedang menuai padi
walaupun bekerja di bawah panas mentari, tetap enjoy^^
 
Hutan di tebang di buat huma,
Padi pulut hitam warnanya,
Susah payah kita bersama,
Biar jodoh kehujung nyawa.

Asap api puncak mahligai,
Nampak jauh dari di pandang mata,
Jika lelaki kurangnya pandai,
Alamat membujang hingga ketua.

Selepas kayu di tebang, ianya di rinteh dan di kumpulkan dan seterusnya di bakar. Proses ini di namakan "MEMERUN" Api nya menjulang tinggi hingga mencapai awan. Rasa nak terbakar kulit.
Habis di tebang di bakar pula,
Sempadan petak berkayu arang,
Alangkah seronok tinggal dihuma,
Membanting keringat hingga ke petang..

Selesai di bakar amatlah mudah untuk mensempadankan dengan jiran yang turut serta dalam penanaman Padi Huma ini. Kayu-kayu panjang sememangnya di simpan untuk di jadikan sempadan dengan jiran atau sempadan JENIS PADI.
Sudah di bakar tanahnya lapang,
Menajuk benih mudah kerjanya,
Padi di nama si kuku belang,
Berasnya panjang sedap nasinya.

Selesai membuat sempadan, batang kayu sebesar lengan di tajamkan. Kayu ini dinamakan "Batang Asak". Aki selalu mengasak tanah lapang inii dan Mak akan mengikut dari belakang dan memasukan benih padi yang bercampur dengan timun, jagung, cili, timun, terung dan bermacam lagi di masukkan dalam lubang ini, tapi dalam jumlah yang sedikit.
 
Tika padi sedang meninggi,
Nampak gunung dekat sahaja,
Tika Ibu di bawa pergi,
Hilanglah tempat untuk bermanja.

Apabila padi mula menumbuh....ianya akan turut serta dengan lain-lain tanaman yang di campur dalam padi tadi.

Berjagung-jagunglah dahulu,
Sementara menanti padiku masak,
Jika hendak mencari menantu,
Pilih yang rajin dari yang kacak.

Timun betik harum baunya,
Buat di makan Dewata Raja,
Patek ini pacal yang hina,
Mencari tempat untuk bermanja.

Maka timbullah istilah Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak. 
 
Apa di harap padi di seberang,
Entah berbuah entahkan tidak,
Entah di makan pipit melayang
Apa di harap padanya orang,
Entahkan sayang entahkan tidak.
Entah hati di milik orang.










 








Mengirik Padi
'Mongogik' istilah dusun yang membawa maksud memijak-mijak padi bagi memisahkan antara buah padi dan jeraminya. Skill yang agak antik.

Di irek hanyalah padi,
Mari di irek si gadis desa,
Yang baik hanyalah budi,
Di kenang hanyalah jasa


 
Kalau padi katakan padi,
Tidak saya tertampi-tampi,
Jika sudi katakan sudi,
Tidak saya ternanti-nanti.






 





Sekian, memori Aki Aji.



AMUKANMELAYU - Kenangan yang hilang tak mungkin berganti.

Friday, 27 December 2013

SEPANJANG RIWAYAT KU - Bangau Kurus Sangat


Bangau Kurus

Bangau og bangau kenapa kamu kurus? bagaimana aku x kurus, ikan x mahu timbul....
ikan oh ikan kenape x mahu timbul? bagaimana aku nak timbul, kolam dalam sangat....
kola oh kolam kenape dalam sangat? bagaimana aku x dalam, org curi pasir.....
pasir oh pasir kenapa org curi kamu, bagaimana aku curi perut belum penuh......
perut oh perut kenape belum penuh? bagaimana aku nak penuh, banyak org kene jage....

orang oh orang kenape kene jage? bagaimana kalau x jage semua sangkut-sangkut.....
Sangkut oh sangkut kenape boleh sangkut? bagaimana tak boleh sangkut, lori habis minyak.

Lori oh lori kenape habis minyak? bagaimana tak habis minyak, minyak sudah mahal...
Minyak oh minyak kenape engkau mahal? bagaimana aku tak mahal, subsidi sudah tarak...
Subsidi oh subsidi kenape engkau tad de? bagaiman aku tak de. lu olang sapu banyak sangat,
Apasal lu sapu banyak sangat..... PRU 13 belum tentu menang...belum tentu menang....

SEPANJANG RIWAYAT KU - Sawah Padi


Saturday, July 17, 2010

SAWAH PADI
http://m0.i.pbase.com/g1/76/410576/2/127131630.w9BfS70z.jpg

Wau, padi dan sawah tidak dapat di pisahkan. Tok Aki teringatkan betapa gigihnya Almarhum dan Almarhumah Ayah dan Ibu Tok Aki mengerjakan sawah..... dengan beberapa peringkat kerja yang di aturkan.....nanti Tok Aki ceritakan bagaimana cara membuat sawah........

Hari ini cuti, Sekolah Agama Raayat juga masih cuti panjang..... selepas makan tengahari.... Tok Aki bermain dengan adek-adek sebentar. Apabila adek kecil Mohd. Ridzuan dan kembar Fadzil dan Fadzila juga tidur.... apa lagi... Tok Aki pun cawww.....la....

Mula-mula kami berkumpul di kedai Tok Yid. Apabila semua ada Tok Aki ngan kekawan pergi ke dewan dekat ngan rumah Cek Harun.... disini Tok Aki tengok orang telah ramai..... Tok Aki nampak Awang Salleh dan Khairi O sedang membetulkan peralatan muzik... lepas tu Tok Aki terdengar Suara Awang Salleh sedang mengalunkan lagu "Gelisah".... beralun-alaun gelisah Awang Salleh anak Tok Imam Musa...... kami juga gelisah....

Tetiba Seli anak Ismail Kelantan datang dan mengajak kami bertiga ke rumah Satazli.... katanya dah ramai orang kat sana.... kami pun berlari ke rumah buruk mengambil wau.... kami berlari di celah-celah tiang rumah dan lorong-lorong sempit berlalang ke rumah Satazli, memang ranai bebudak di sini.... katanya mereka tak suka dengan bunyi gitar yg bising....

Angin menderu bertiup lembut dan sesuai untuk bermain wau..... Abang Tok Aki mengambil wau dari tangan Tok Aki dan kemudian dia mengeluarkan benang yang baru di beli dari poketnya..... Tok Wak Musa pun ada.... waunya telah di naikan.... bunyi dengung (busur) yang di pasang di waunya boleh di dengar sampai ke Kampung Paya.

Abang Tok Aki minta Tok Aki bawa wau jauh kedalam sawah..... kemudian dia kata lonjak... bila dia kata lonjak barulah wau tu di lambung/dilepaskan dan denga angin yang kuat tu... sekejab saja Tok Aki nampak wau Tok Aki telah berada di awan....... oiiiiii..... syok sungguh Tok Aki melihat wau yang melenggok kekanan dan kekiri...... Abang bawa kalak benang ke kawasan teduh di bawah pokok getah di tepi sawah tu..... kemudian dia berikan kalak benang tu pad aTok Aki..... ohhhhhhhhh...... syoknya.... rasa nak terbang macam wau tu....

Tetiba Tok Wak Musa kata.... haaaa jom kita tarik wau turun.... tu dah hitam tu... nak hujan ni... sambil di amenunjukan sekumpulan awan hitam yang berlarak ke arah kami.... memang, tetiba je.. angin bertiup kencang.... wau Tok Wak menggunakan tali nyloon.... tapi wau Tok Aki pakai benang biasa je..... Tok Aki emnggulung dengan sabar... lepas tu Abang Tok Aki datang membantu mengguilung benang....

Laaaa........ tetiba Abang Tok Aki terkejut..... wau kita putus..... dengan angin yang kuat .... sekejab je..... wau yang Tok Aki buat sendiri ti hilang dari pandangan di bawa angin.... Tok Aki sedih..... Tok Aki menangis.... Abang Tok Aki memujuk Tok Aki..... katanya nanti esuk dia akan buat wau yg baru untuk Tok Aki...... Tok Aki sayang pada Abang Tok Aki.... sayang sesangat .... sampailah sekarang ni....... nanti kita jumpa dengan cerita membuat sawah padi......

SEPANJANG RIWAYAT KU - Wau Kemetek


Friday, July 16, 2010

Buat Wau Sendiri 

 

Wau Kemetek


Allahhuakbar......Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh. selesai je solat subuh, ingatkan nak sambung tidur....tp Tok Aji Nali kata x baik tidur selepas subuh....katanya selimut kita tu bagaikan selembar kulit babi.....eiiii gelinya Tok Aki dengar pepagi ni.... Tidur di surau beramai-ramai sangatlah menyeronokan......

Semua org tua telah meninggalkan surau.... suasana masih gelap, Tok Aki dengan Abang Mahaiddin dan kekawan yang lain juga meninggalkan surau dan menuju kerumah masing-masing. Tok Aki berselisih dengan beberapa orang kampung yang hendak ke kebun getah masing-masing ada juga yang hendak ke sawah mengetam padi yang belum selesai.

Aki kenal mereka ini.....mula-mula turun dari surau tadi Tok Aki berjumpa ngan Makteh Yah mak Awang Juki dan Pek, Abang Leng, Pitte Maksum, Lebai Eden, Pakngah Ade, Pak Yob Amad dan ramai lagi.... Tok Aki dah sampai di hadapan tangga umah Tok Aki. Adek-adek Tok Aki..... kembar Fadzil + Fadzila dan Mohd. Ridzuan berkelumbung dengan kain pelikat yang hanya menampakan kepala sahaja.

Kesian Tok Aki melihat mereka...... Nasriah dan Fauziah sebuk bersama di dapor. Semalam mak dah beri tahu jangan pergi mana-mana hari ni. Kabus masih menyelubungi keseluruhan kampung.... jarak pandangan hanyalah kurang dari 40 kaki. Di kampung Tok Aki.... kami jarang mandi pagi..... air sungainya sejuk..... tengahari baru mandi.... Tok Aki tak nampak pun Ayah Tok Aki. Mungkin dah pergi berotan berengkali......nanti Tok Aki cerita orang kampung mencari rotan.

Bila kabus dan kurang....Zee ngan Marzuki pun sampai..... kami bertiga bergerak ke rumah buruk sebelah rumah Tok Aki... sekarang ni rumah ni diduduki oleh Moyang Chu. Buluh dan buah nonang pelekat yang di ambil semalam masih ada. Zee bawa pisau corek sementara Aki dan Marzuki bawa pisau dapor mak je. Buluh-buluh yang telah di belah kecil tu Tok Aki dan kekawan pilih dan di raut utk membuat rangka wau.

Kain buruk di lapek di atas paha dan buluh yg telah di pileh untuk membuat sayap wau di raut perlahan-lahan.... sayap wau mestilah lembut dan tulang belakanya pula buluh di raut agak besar sedikit dan keras. Tok Aki dan Marzuki buat rangka wau kemetek dan Zee buat wau bulan..... Zee memang pandai buat wau. Setelah buluh sayap dan tulang belakang wau telah siap...ianya di ikat menggunakan tali di bahagian-bahagian tertentu dan akhirnya siaplah rangka wau kami.....

Tetiba Abang Tok Aki datang dan memberi kami kertas kajang, ketas agak nipis dan rengan tp tahan..... air... kalau kene air pun dia cepat kering. Lepas tu Tok Aki menyapu gam dari buah nonang pelekat....buah ni sejenis buah yang sebesar buah cermai... kulitnya nipis dan warnanya kekuningan bila masak... kulitnya nipis... dan bijinya halus.... bila kita kopek kulit dengan kiku,,, maka nampaklah gamnya.... gam ini Tok Aki sapu pada rangka wau selepas itu di tempat yang rata lantainya, kertas ini di bentangkan dan rangka wau yag bergam tadi Tok Aki letakan di atas kertas ini. Secara mudahnya ia pun melekatlah.....

Lepas itu barulah lebihan kertas dari rangka wau ni di potong menggunakan gunting. Selesai proses ini, sekali lagi gam di sapu di tepi kertas yang di gunting tadi dan di lipat kertas tepi rangka wau seperti kita membalut rangkan wau. Lepas tu di biarkan seketika.... sementara menunggu gam kering.... Tok Aki membuat ekor wau..... panjang ekor lebih kurang 10 kaki.... setelah semuanya siap, maka teraju pun di pasang... wau kemetek teraju dua sementara wau bulan Zee berteraju tiga.

Kami menyimpan semua peralatan.... cuaca semakin panas.... matahari tercacak di ats kepala. Chu Selemah mak Marzuki dan Pek Maklong mak Zee talah beberapa kali memanggil suruh mandi.... kami berlarian kesungai.... sudah ramai orang di tebing sungai. Kami pergi di bahagian atas empangan.... airnya dalam separas leher Tok Aki..... di bahagian bawah empangan banyak orang perempuan bersama-anak kecil mereka. Tok Aki nampak tiada orang mandi di lubuk rambutan.....

Selesai mandi kami berlarian lagi balik kerumah masing-masing setelah berjanji untuk bermain wau pada sebelah petang nanti di sawah Pakteh Abas ......... nanti Tok Aki cerita wau putus pula.

SEPANJANG RIWAYAT KU - Tidur Di Surau


Wednesday, July 14, 2010

SURAU HULU

Ini surau Bukit Berapit atau Surau Hulu.....orang kampung Aki panggil "manesah". Tepi suaru ni dulu ade court badminton dan di sebelahnya pula ade kedai runcit Wa Hassan.

Selesai tengok orang belajar silat di Gelanggang Cik Karim...kami pun menuruni bukit rumah Tok Piah pergi kesurau..... dulu-dulu Tok Aki berjalan tak pakai kasut. Sampai di surau Tok Aki basuk kaki di kolah surau.

Disebabkan hari dah jauh malam...ada yang terus tidur dan ada yang solat isyak. Dengan berbekalkan kain pelikat Ayah, tidurlah kami beramai-ramai.... mula-mula cerita esuk nak main apa.... lepas tu cerita nak tahan serindik.... lepas tu mulalah cerita hantu..... maka berebut rebutlah tak berani tidur tepi tingkap.

Atas tingkat ade jaring.... jaring ni boleh nampak kat luar. Tok Aki ambil tempat di tepi tingkap dan tak nampaklah kat luar. Sapa yang tidur di tengah dia akan nampak di luar jaring tu.... tetiba je Marzuki menjerit.... hantu,,,hantu,,,hantu.... semua kami menjadi amat takut. Tok Aki melihat ke luar jaring.... memang jelas ada lembaga putih di atas dahan nangka Tok Piah.... takutnya bukan kepalang.... Tok Aki rasa macam nak terkencing....

Kami semua berselimut berkelumbung dengan kain pelikat.... tp masih mengintai dari dalam selimut. Kemudian Tok Aki terdengar pohon nangka di goyangkan.... sambil mengilai-ngilai macam suara orang perempuan.... Zee kata itu sora langsuyur.... kami berimpun dan berpelukan.... tiba-tiba,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,.................................................... Tok Aki terdengar ketukan di sekeling surau.... dalam hati Tok Aki berkata.... kenape hantu banyak sangat?

Selepas itu Tok Aki terdengar berderap "hantu" menaiki tangga surau...... dan ..... tetiba pintu surau di tolak dengan kuat (pintu tiada kunci) dan serentak ngan itu ...... hahhhhhhhhhhhh...... Tok Aki nampak dalam samar pelita minyak itu lembaga putij beberapa ekor menerkam kami . Tok Aki menjerit sekuat hati.... kami menjerit bergema memecah kesunyian Kampung Chepor yang mula dingin dengan embun yang mula turun dan kabus yang mula menyekat pandangan.

Rupa-rupanya.... Abang Tok Aki, Rajak, Abang Din Poik dan Pian Tok Mat Piah yang menjadi hantu..... maka bergomollah kami satu surau dengan kekawan Abang Tok Aki. Kemudian kami ketawa beramai-ramai..... lepas tu kami terdengar orang mengetuk dinding surau.... Tok Aki tak tau siapa..... sambil berdengus terdengar suara minta kami tidur..... katanya dan pukul 2 pagi.

Tak sampai 10 minit... semua kami diam membisu.... Tok Aki tak tahu jam berapa Tok Aki dan kekawan tertidur.

Rasanya lama Tok Aki tertidur.... sayup-sayup di hujung telinga Tok Aki.... Tok Aki terdengar sayup-sayup suara azan subuh.... rupanya dah masuk waktu solat subuh. Kami semua menggeliat kesejukan. Semua terjaga.... orang dah ramai di kolah surau mengambil wuduk.... tetiba Rajak Pak Teh Bahari kata.... sat lagi Tok Aji Nali naik... mari kita buat-buat tidur.... Tok Aki mengikut je.......

Kami semua tidur terlentang.... dan kami kepalkan kain di atas "anu tu" se olah-olah anu tu sedang marah..... maka bercacaklah "anu" kami hampir sepuluh orang tu.... memang betul .... tetiba terdengar salamdari Tok Aji Nali..... masyaAllah cucu oiiiiii.... heiiiiiii semua bercacak macam tiang pagar.... kata Tok Aji Nali sambil dia menghampiri kami dan di tepisnya "anu" kami.... apa lagi marah sayangnya pada kami.... hihhhhh Tok ingatkan sungguh.... rupanya kain sungutnya sendirian....sambil itu dia minta kami ambil wuduk.... kami ketawa beramai-ramai..... Tok Aji Nali pun ketawa.... terhinggut-hinggut badanya...... Al-Fathihah Tok.... Aki takkan lupa pada Tok dan Pek Aji....... nanti Aki cerita main wau di musim menuai di alin siaran................