SEPANJANG RIWAYAT KU
EPISOD 1
Kenangan Yang Hilang, Secebis kenangan menjadi penawar seribu duka
OLAK LEMPIT - Ahad 30 Rejab 1434, Mengimbau kisah lama sangatlah mengasikan tapi kata pujangga "Jangan di Imbau Kenangan Lalu Nanti Meracun Diri". Jam 830 sampai umah dari Airport. Senang sangat rasa dekat sungguh. KLIA dengan rumah Aki dengan memandu kereta kurang lebih 15 minit sahaja.
Sampai di hadapan rumah, pintu pagar telah di buka. Deruman air terjun buatan yang menjunam ke dalam Kolam Renang mengingatkan Aki kepada Air Terjun di Huma kami di Cherok Sembuk 45 tahun dahulu. Aki mendapatkan Aisyah Ivan Firnas cucu kedua Aki yang sedang asyik melihat air terjun buatan ini. Umurnya baru 3 bulan......suka menagis dan manja sangat. Abang sepupunya Aiman balik Muar Johor....nakalnya mengalahkan "Anak Harimau Kumbang".
Beginilah Mak menjunjung bakul padi |
Sambil melayan TERAPI bunyi air terjun ni....Aki terbayangkan Almarhum Arwah Mak dan Ayah.
Gigi ayah yang puteh dan renungan mata mak yang lembut penuh dengan kasih sayang sambil menjunjung bakul padi sukar untuk Aki lepaskan dari ingatan. Mak mengajak Aki ke darat. Katanya Ayah nak makan EMPING dan RINGGI.
Aki berjejaran mengikut Mak dari belakangnya, Kami melewati rumah buruk dan padang dekat pokok jambu tempat Ayahcu menambat beruknya, lepas itu rumah Mail Kelate, Pek Su, rumah Mak Ite dan rumah Tok Ime Mat Piah. Menuruni bukit dekat sawah Pek Su sebelum sampai di sungai. Dekat rumah Tok Yakob dan Tok Kecik.
Inilah rupanya jambatan Batang Nyor dekat rumah Tok Kecik |
Semasa meniti jambatan "Batang Kelapa" di hadapan rumah Tok Kecik, Mak selamba saja....tapi Aki terpaksa mendepakan tangan untuk mengimbangi badan. Buluh tempat pemegang telah lama patah di hanyutkan air bah. Jambatan batang kelapa telah lama Aki tinggalkan di belakang. Pek Beah Mak Keria sempat memesan pada Mak, katanya kalu ada timun masak dia nak "Sebutir".
Kami melalui denai-kenai yang telah lama di lalui ayah di awal subuh tadi. ayah kena awal ke huma, burung "Ciak Tuli" banyak sangat. Kalau tak di halau, habislah padi huma tu tinggal "Jeraminya" saja. Untuk sampai di huma Aki terpaksa "Merandai" beberapa lembah, air "Suak" dan dua bukit. Semasa di atas bukit huma Tok Aji Nali, Aki berehat sebentar di bawah pokok betik musang. Isinya kuning sangat tapi pelepahnya warna ungu. Aki panggil "Betik Selumba". Aki merenung keatas, Aki ternampak duri landak terpacak pada sebiji buah betik.
"Norma Gadis Ayu" |
Aki keheranan, macamnana Landak memanah buah betik tu?. Mak kata jom cepatlah....ayah dah lama di dangu tu. Kesian Ayah. "Orang-orang" yang di pakaikan Baju Kebaya dan memakai topi terendak sangat manis di tengah padi Pek Anjang. Baju Kebaya Merah dan Berkain Batek. Topi terendak yang besar itu melindungi wajahnya yang sudah pasti manis persis "Norma Gadis Pingitan"
Teringat Aki dengan Penyanyi enampuluhan Erni Djohan yang sangat popular dengan lagu "Bingkisan Dari Ibu Kota". Tapi lagu Norma ni Aki tak tahu siapa penyanyinya.
Norma Gadis Pingitan
Norma gadis ayu yang rajin mengemas Rumah Tangga.....
Orangnya ikhlas, jujur dan Lawaaaaaaa..
Oh Normaaaaaa......
Oh Normaaaaa.......
Bila hari petanggggg.....ia ke tamannnnn...
Membelai bunga....bungaannnnn....
Itulahhhhh.....kegemarannya sebagai gadis pingitan.
Norma yang bertahi lalat di pipinya dah bertunangggg.....
Sungguh bertuah.... pemuda ituuuuuu............
Oh Normaaaaaa............
Oh Normaaaaaa............
Oh Normaaaaaa............
Oh Normaaaaaa............
Aki telah lama melewati huma Pek Anjang. Menuruni bukit Pek Anjang ni tidaklah meletihkan. Suak dan airnya cetek sangat. Tapi ada batu besar di sebelah hilirnya. Ada sedikit lubuk di bawah air terjun "mini" ni. Aki lihat anak-anak ikan berenang dan berkejaran sesama mereka. Di dalam lubuk ini ada banyak ikan "Berecat". Ikan berecat ni semacam ikan haruan. Tapi warnanya hitam dan kadang-kadang menggerunkan bila matanya yang besar tu merenung kita.
Burung Ciak Tuli |
Dari atas batu besar ni sayup-sayup Aki terdengar ayah menghalau burung-burung ciak yang hinggap di tangkai-tangkai padi yang baru "Masuk isi" dan ada juga yang dah "Mendapor" kecil. Matahari belum meninggi. Di pendalaman hutan hujan tropika ini masih dingin dan berkabus. tapi sudah agak nipis, tidak seperti semasa Aki pagi tadi semasa Aki kesungai untuk "Bersugi". Mak dah sampai ke dangau yang ayah buat dari kayu tapu. Tangganya ayah buat dari buluh, lantai dan dindingnya dari buluh dan atapnya dari daun rumbia.
Di hulu dangau ada kolam jadian yang sangat besar dan dalam. di tengah kolam ni ada batu besar.... disinilah Mak selalu basuh kain. Ada air terjun dan sebelah hilirnya ada lagi batu besar.....ada dua batang kayu balak yang tidak di ambil....kayunya keras....Aki gunakan kayu ini sebagai titi untuk keseberang. Kerana huma Aki di seberang sana. Di atas kayu balak ini bersirat dan bergantungan buah labu air.
Ayah juga Mak bekalkan air didalam labu ini. Buah yang masak Mak petik dan di campakkan kedalam telaga atau mana-mana kolam. Selepas dua minggu, labu ini di ambil semula dan isi didalamnya telah buruk dan baunya masam sangat. Isi labu ini di keluarkan dan ia menjadi kosong dengan cengkerangnya yang keras. Selepas itu Mak masukkan habu dan air kedalamnya, Ia di biarkan lagi selama dua tiga hari. Bila kita mencucuinya....sudah tidak busuk lagi. Selepas itu Mak letakkan di atas para dapor dua tiga hari lagi..... sesudah itu, sudah di kira lengkap dan dah bolek di bebalkan air kedalamnya.
Inilah rupanya labu yang di buat bekas air Ayah.
Meniti Batang Balak |
Aki masih bertenggek di atas batu sebesar kereta kancil di hadapan dangau kami. Tetiba terdengar Mak memanggil-manggil nama Aki. Mak menjengah dari pintu dapor dangau. Mak hulurkan labu yang dah berisi air untuk di hantar kepada ayah di huma kami di seberang suak. Aki berlari mendapatkan Mak labu yang berisi air tu Aki jinjing meniti batang balak yang melintangi suak. Ayah nampak segar dan sedikit berbeluh. Aki hulurkan labu yang berisi air kepada Ayah. Dari jauh sayup-sayup Aki terdengar suara Abang. Rupa-rupanya Abang juga datang dengan kekawannya. Masa itu kami belum lagi pindah sepenuhnya ke dangau huma. Ayah kata nanti cuti sekolah baru kami pindah. Masa tu Abang telah darjah dua. Tahun hadapan Aki pula masuk sekolah tahun satu.
Abang sepantas kilat dah berada di belakang Aki. Kami dua beradek lepak di atas batang balak itu. Sambil kaki di hulurkan kebawah. Abang cakap nanti dia nak tulong Mak bawa bakul selepas Mak ketam padi yang nak di buat emping.
Mak Kepitkan bakul dengan siku kirinya |
Masih dingin ketika ini. Matahari se galah di ufuk timur, sambil bakul Mak kilikan dengan siku di bawah ketiak, Mak melewati di belakang kami. Aki nampak ayah tersenyum bila Mak datang kepadanya. sambil menudingkan jari, Ayah menunjukan pada Mak padi muda yang hendak di ketam untuk di buatkan emping.
Dengan tangan kiri mengepit bakul, tangan kanan Mak pula mengetam mayang padi itu satu persatu. Sekejab sahaja dan penuh satu bakul. Mak balik ke dangau dan datang balik.
Mendapor Kecil |
Kali ini Mak ketam padi yang dah nampak nak mula menguning. Mak kata mendapor kecil. Padi ini kata Mak untuk di buat Ringgi. Emping sedap di makan bila selepas tumbuk di campur dengan kelapa parut sementara ringgi pula sedap di makan selepas di goreng dengan sedikit cili dan di campur udang kering.
Mengirik Padi |
Hari tu kami berkelah di tepi kolam suak tempat Mak membasuh kain. Ayah berenang-renang ketengah kolam walau pun airnya hanya separas pinggang ayah, tapi amat dalam bagi Aki dan Abang. Petang tidak banyak aktiviti yang dapat di buat. Padi yang di ketam Mak di pagi tadi Mak sedang jemurkan di atas dua helai tikar mengkuang. Daun dan mayangnya sudah nampak layu. Jam kurang lebih empat petang. Mak panggilkan Aki di suruhnya mengirik padi yang agak tua sedikit dan Abang pula Mak minta dia mengirikkan padi yang muda tadi. Sekejab sahaja padi-padi tadi telah terlerai dari tangkainya.
Mengetam padi muda |
Di irik hanyalah padi,
Mari di irik Si gadis desa,
Yang baik hanyalah budi,
Di kenang hanyalah jasa.
Mak masukan kedalam dua bakul yang berbeza. Satu untuk di buat emping dan satu lagi untuk di buat ringgit. Matahari dan tersembunyi di sebalik gunung. redup sangat dan angin gunung bertiup sepoi-sepoi bahasa. Mak kata ini angin kera jatuh namanya.
Lesung Hindek |
Kami melangkah pulang ke kampung, jarak kurang lebih 4 km dari rumah. Sebelum melangkah meniti jambatan Batang kelapa yang merentasi sungai Chepor, tetiba Mak menoleh ke belakang dan terus Mak kerumah Tok Kecik. Mak memberi salam, Pek Beah membuka pintu dapor. Dia melangkah ke "Jemure". Mak meletakkan bakul di atas jemure yang separas bahu Mak. Mak beri tahu Pek beah yang timun masak tak ada, yang ada hanyalah labu air muda. Mak menghulurkan labu muda kepada Pek Beah. Semasa di atas jambatan rumah Tok Kecik, azan telah berkumandang dari "Manesah" Tok Aji Nali. Sampai dirumah Aki ambil songkok dan terus kesurau. Selepas solat isyak Mak membawa pelita urun kebawah rumah. Selepas itu adek perempuanku pula turun. Mak ambilkan bakul yang di letakkan di hujung lantai rumah yang tidak pernak di kerat itu. Disini selalunya Mak akan letakkan bakul atau kayu api. Ia terlalu hampir dengan muka pintu.
Emping |
Mak masukan padi muda kedalam lesung dan kami pun mengindeklah lesung kaki tu. Seronoknyaaaaa...... selepas itu padi yang satu lagi di tumbuk pula.....sementara menunggu padi yang sedang di tumbuk, Mak menampi padi yang telah di tumbuk tadi....Mak asingkan sekam dengan beras muda tu.....warnanya hijau dan beras yang satu lagi warnanya puteh kekuningan....tapi berasnya menjadi pipih dan bukannya bulat seperti yang kita selalu masak jadikan nasi tu.
Ringgi |
Setelah selesai semua itu. Mak suruhkan adek perempuan Aki menggoreng beras yang kekuningan itu, di campur sedikit cili dan udang kering.....itulah ringgi namanya. Mak hulurkan sepering kepada Aki dan sepiring kepada Abang. Mak kata satu untuk Acik dan satu lagi untuk Tok Ismail, atok Aki.
Perhhhhh sedapnyaaaaa...........
Semasa melewati rumah Acik, dari jauh nampak rumah Ki ada kelipan pelita di beranda rumahnya, selalunya Pak Pandak atau Wah mengasah pisau "motong", radio dari rumah Ki juga sayup-sayup dan mendayu-dayu Ernie Djohan mendendangkan lagu popularnya "Bingkisan Dari Ibu Kota". Seawal umur 6 tahun Aki dah mengingati lagu ini dan satu lagi lagu "Selamat Tinggal Teluk Bayu"
BERHUMA KE CHERUK SEMBUK
Bingkisan Dari Ibu Kota
Tadi malam telah ku terima
Bingkisan dari Ibukota
Sehelai sampul tak bernama
Berisikan sepucuk surat.
Bingkisan dari Ibukota
Sehelai sampul tak bernama
Berisikan sepucuk surat.
Isi suratmu telah ku baca
Air mataku berlinang
Percayalah cintaku padamu
Walau kita harus menunggu.
Air mataku berlinang
Percayalah cintaku padamu
Walau kita harus menunggu.
Ku berharap
Agar daku dapat kembali ke Ibukota.
Agar daku dapat kembali ke Ibukota.
Isi suratmu telah ku baca
Air mataku berlinang
Percayalah cintaku padamu
Walau kita harus menunggu.
Air mataku berlinang
Percayalah cintaku padamu
Walau kita harus menunggu.
Ku berharap
Agar daku dapat kembali ke Ibukota.
Agar daku dapat kembali ke Ibukota.
Mak kata esuk bangun awal sebab nak kukur nyor untuk di campur kedalam emping bahan berkudap pagi esuk......
Hehehehehe.....saja nak mulakan dengan Bingkisan Dari Kota, nyanyian Erni Djohan. Syok tau jadi macam Tok Aki ni. Semua boleh rasa. Jadi budak kampung pendalaman hinggalah terbang di awan nan biru. Dari makan ubi tumbuk dengan kepala parut hinggalah makan di hotel berpuluh ribu satu meja. Pernah beberapa kali Tok Aki lepak kat Mandrin Hotel KL. Katanya Hotel ini bertaraf 6 bintang.
Sebagai Anak Melayu dari Bani Tha Mim yang di susurgalurkan dari keturunan Qaturah yang bersuamikan Nabi Ibrahim dan semestinyalah darah Tok Aki ni ada sedikit darah Yahudi mengikut Analisis DNA mitokondria kajian Profesor Dr Zafarina Zainudin.
Fakta Menarik tentang Asal Usul Melayu Menurut Kajian DNA
Bukti DNA...Melayu adalah ibu segala bangsa
Bukti DNA terbaru oleh pakar genetik
Oxford University Dr Stephen Oppenheimer mengesahkan Melayu adalah induk
semua bangsa-bangsa didunia. Artikel terdahulu berkenaan asal usul
Melayu ada disini , sini dan sini.
Ia
juga menguatkan hujah Sundaland adalah Atlantis yang hilang dan
tenggelam selepas banjir besar Nabi Nuh. Dari sini, dapat juga
dikatakan bahawa Melayu adalah pengikut Nabi Nuh yang asal dan peristiwa
banjir besar bermula di Sundaland. Tidak hiranlah Melayu merupakan
pelayar yang hebat kerana mewarisi ilmu pembuatan kapal dan kelautan
dari Nabi Nuh.
Pernahkah
kita bertanya dari mana asalnya bangsa Melayu. Siapakah Melayu itu
sebenarnya. Asal-usul bangsa Melayu itu dikatakan sebagai satu misteri.
Bangsa melayu itu terdiri dari dua kumpulan.
Kumpulan pertama adalah kumpulan Melayu-Levo atau lebih dikenali sebagai Melayu-Proto (contoh:orang asli). Mereka adalah dari keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s.
Kumpulan kedua pula adalah Melayu-Deutro (contoh: Orang Melayu biasa) dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. dari isteri ketiganya, Keturah (Keturah masih lagi misteri tetapi beliau berasal dari keturunan Melayu Kemboja).
Kumpulan pertama, iaitu Melayu-Levo datang dari kawasan pergunungan Himalaya dan menggunakan teknologi batu.
Manakala, kumpulan kedua (Melayu Deutro @ Melayu Induk) di Nusantara menggunakan teknologi besi dan datang dari sekitar Kemboja. Ini bermakna, bangsa Melayu itu sendiri sudah maju.
Menurut Prof. Shaharir Mohd Zin, pendapat yang menyatakan bahawa perkataan "Melayu" yang berasal dari perkataan Jawa yang memberi erti "lari atau hijrah" ke Nosa Koncana atau Nusa Kencana (The Golden Chersonese @ Tanah Emas) ataupun ada pendapat yang menyatakan makna Melayu itu memberi erti "layu" atau dari perkataan Perancis (malaise) hanyalah hipotesis semata-mata dan terbukti tidak benar.
Menurut beliau perkataan "malaya" dalam sanskrit dan "malai" dalam Tamil membawa maksud bukit. Setakat ini, antara bukti fizikal yang diketahui yang dapat dikaitkan dengan nama "Melayu" di Nusantara adalah di Jambi.
Terdapat sebuah kerajaan silam di muara Batang Hari (sebatang sungai di Jambi), sebuah kawasan di pantai timur Sumatera Selatan bernama Melayu. Sebenarnya istilah Melayu itu sendiri sudah lama wujud di dalam teks sejarah.
Malah, istilah Malayu telah ditemui terpahat pada sebuah patung yang ditemui pada 1286 di Padang Ruku (Roko @ Rocore), berhampiran muara Sungai Langat, Batang Hari dikatakan bertarikh 1029 Masehi.
Nama Melayu mungkin telah wujud sebelum Islam tersebar di Nusantara dan mungkin Melayu merupakan bangsa terawal di dunia selepas banjir Nuh a.s. (rumpun Melayu mempunyai terlalu banyak pecahan suku kaum).
Menurut ahli kitab Nasrani, Nabi Nuh telah menjadi pemimpin selama 600 tahun selepas banjir besar tersebut, dan menurut mereka bangsa yang dipimpinnya adalah bangsa China yang berpusat di Asia Tengah atau Tibet.
Bangsa ini mempunyai kelebihan dalam lautan dan ia menjadi satu kelebihan perluasan bangsa ini. Namun, bangsa yang dimaksudkan bukanlah bangsa China, sebaliknya bangsa Melayu (ketika itu digelar orang Funan - Hitti, Chatay atau Kattayo).
Ini kerana, bangsa Melayulah yang menduduki Tibet dan menamakan banjaran tertinggi di dunia itu sebagai banjaran Himalaya. Bangsa Melayu juga yang amat mahir membina bahtera, meredah lautan serta menduduki 60% muka bumi sejak beribu tahun dahulu.
Kemungkinan besar bangsa Melayu mahir dalam bidang kelautankerana telah diajar oleh Nabi Nuh a.s. selama 600 tahun dahulu semenjak banjir besar tersebut.
Bangsa melayu itu terdiri dari dua kumpulan.
Kumpulan pertama adalah kumpulan Melayu-Levo atau lebih dikenali sebagai Melayu-Proto (contoh:orang asli). Mereka adalah dari keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s.
Kumpulan kedua pula adalah Melayu-Deutro (contoh: Orang Melayu biasa) dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. dari isteri ketiganya, Keturah (Keturah masih lagi misteri tetapi beliau berasal dari keturunan Melayu Kemboja).
Kumpulan pertama, iaitu Melayu-Levo datang dari kawasan pergunungan Himalaya dan menggunakan teknologi batu.
Manakala, kumpulan kedua (Melayu Deutro @ Melayu Induk) di Nusantara menggunakan teknologi besi dan datang dari sekitar Kemboja. Ini bermakna, bangsa Melayu itu sendiri sudah maju.
Menurut Prof. Shaharir Mohd Zin, pendapat yang menyatakan bahawa perkataan "Melayu" yang berasal dari perkataan Jawa yang memberi erti "lari atau hijrah" ke Nosa Koncana atau Nusa Kencana (The Golden Chersonese @ Tanah Emas) ataupun ada pendapat yang menyatakan makna Melayu itu memberi erti "layu" atau dari perkataan Perancis (malaise) hanyalah hipotesis semata-mata dan terbukti tidak benar.
Menurut beliau perkataan "malaya" dalam sanskrit dan "malai" dalam Tamil membawa maksud bukit. Setakat ini, antara bukti fizikal yang diketahui yang dapat dikaitkan dengan nama "Melayu" di Nusantara adalah di Jambi.
Terdapat sebuah kerajaan silam di muara Batang Hari (sebatang sungai di Jambi), sebuah kawasan di pantai timur Sumatera Selatan bernama Melayu. Sebenarnya istilah Melayu itu sendiri sudah lama wujud di dalam teks sejarah.
Malah, istilah Malayu telah ditemui terpahat pada sebuah patung yang ditemui pada 1286 di Padang Ruku (Roko @ Rocore), berhampiran muara Sungai Langat, Batang Hari dikatakan bertarikh 1029 Masehi.
Nama Melayu mungkin telah wujud sebelum Islam tersebar di Nusantara dan mungkin Melayu merupakan bangsa terawal di dunia selepas banjir Nuh a.s. (rumpun Melayu mempunyai terlalu banyak pecahan suku kaum).
Menurut ahli kitab Nasrani, Nabi Nuh telah menjadi pemimpin selama 600 tahun selepas banjir besar tersebut, dan menurut mereka bangsa yang dipimpinnya adalah bangsa China yang berpusat di Asia Tengah atau Tibet.
Bangsa ini mempunyai kelebihan dalam lautan dan ia menjadi satu kelebihan perluasan bangsa ini. Namun, bangsa yang dimaksudkan bukanlah bangsa China, sebaliknya bangsa Melayu (ketika itu digelar orang Funan - Hitti, Chatay atau Kattayo).
Ini kerana, bangsa Melayulah yang menduduki Tibet dan menamakan banjaran tertinggi di dunia itu sebagai banjaran Himalaya. Bangsa Melayu juga yang amat mahir membina bahtera, meredah lautan serta menduduki 60% muka bumi sejak beribu tahun dahulu.
Kemungkinan besar bangsa Melayu mahir dalam bidang kelautankerana telah diajar oleh Nabi Nuh a.s. selama 600 tahun dahulu semenjak banjir besar tersebut.
Baru-baru ni saya dikejutkan dengan sebuah artikel yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kalangan Bani Israil.
Di dalam al-Qur'an ada menyatakan bahawa Bani Israil terbahagi kepada 12 puak.
Setiap nama puak itu diambil daripada nama Yakub (Israil) a.s..
Nama-nama puak dari kalangan Bani Israil ialah:
1. Rubin.
2. Simeon.
3. Lawway.
4. Yahuda.
5. Zebulaon.
6. Isakhar.
7. Gad.
8. Dann.
9. Asyer.
10. Naftali.
11. Yusuf (diambil dari nama anak Yakub a.s. yang ke 11 iaitu Yusuf a.s.).
12. Benyamin.
Menurut kitab Yahudi kuno, salah satu dari puak tersebut telah didapati hilang dan mereka ialah dari keturunan Yusuf a.s.. Mereka mendapat petunjuk Allah serta memeluk agama Islam. Mereka yang akan membunuh Yahudi Zionist di Palestin.
Yusuf a.s. mempunyai dua orang anak, iaitu Manasseh dan Ephraim. Menurut kitab Yahudi kuno yang lain, ada yang mencatatkan bahawa golongan Manasseh yang akan menyembelih Yahudi jahat di Palestin.
Pengkajian Yahudi telah membuktikan bahawa terdapat banyak golongan Manasseh di sebelah timur. Antara negara tersebut ialah Afghanistan, utara Pakistan (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.
Menurut seorang professor Amerika, Ralph Olssen, ibu segala keturunan Manasseh ialah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
Kalau berpandukan kitab Yahudi kuno, puak Bani Israil yang hilang dari kalangan Manasseh yang akan berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan akan menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan akan memadamkan negara Israel dari peta dunia adalah orang-orang Melayu.
Mengikut Book of Mormon, sebahagian daripada Semenanjung Melayu (termasuk Selatan Thai) ialah dari kalangan Bani Israil, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu dari Manasseh).
Menurut kajian DNA yang dilakukan ke atas 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israil.
سومڤه ڤمودا
بني ثا ميم ڤمودا بربڠسا
قاطارح نامڽ بوندا
جيوا دان ايمان د سڤوه ڤرکاس
لاي اللهايللا الله سنفس د هيلا
ريلا برجواڠ دمان ساج
بيار ڤوته تولڠ
کامي تيدق ريلا برڤوته مات
بني ثا ميم ڤمودا بربڠسا
قاطارح نامڽ بوندا
جيوا دان ايمان د سڤوه ڤرکاس
لاي اللهايللا الله سنفس د هيلا
ريلا برجواڠ دمان ساج
بيار ڤوته تولڠ
کامي تيدق ريلا برڤوته مات
تانه ملايو تانه ڤوساک
ݢروه داتڠ جاڠن د چوبا
اموقکن ڤمودا بوروق ڤدهڽ
بيار ڽاوا برچراي دري بادن
اسلامايلايو تتڤ کامي ڤرتاهن
ک ݢونوڠ سڠݢوڤ کامي دقي
لاوتن بارا کامي هاروڠي
بوکيت سي ݢونتڠ اصل کامي
سکالي جنجي د ميتري
سومڤه ڤمودا سمڤأي کماتي
هاڽ کران الله. ديديکاسي اونتوق چوچوکو:
محمد قهايرول ايمان الفرريس.
توک اکي اجي
اولق لمڤيت
ثلاث 1 رجب 1433 هجرة.
Sungguh luas tanah Pusaka,
Tinggalan Moyang dahulu-kala,
Apa ertinya kita Merdeka,
Jika rakyatnya menjadi hamba.
Ini
menebang namanya. Selalunya menebang ini mengambil masa sebulan ke dua
bulan. Biasanya semasa musim panas. Kerana selepas ini ianya mudah untuk
di bakar.
•7/17/2012 12:30:00 am
Padi Huma atau lebih dikenali sebagai
padi bukit merupakan sejenis padi yang ditanam di lereng bukit. Menanam
padi bukit merupakan salah satu aktiviti utama yang dijalankan oleh
penduduk pribumi tempatan di kawasan pedalaman atau luarbandar di Negeri
Sabah. Proses menanam padi bukit adalah sangat berbeza dengan proses
menanam padi sawah. Menanam padi bukit lebih mencabar disebabkan bukan
sahaja ia memerlukan kegigihan yang tinggi malah lebih menggunakan
tenaga tulang empat kerat berbanding peralatan seperti mesin untuk
menggusahakannya. Bagi mereka yang belum pernah melihat atau mengalami
sendiri bagaimana atau apa proses-proses yang harus dijalankan bermula
dari membuka tanah hinggalah terhasilnya padi bukit semestinya
tertanya-tanya bagaimana jerih payahnya menanam padi bukit.
Oleh itu, dalam topik kali ini saya
ingin kongsikan dengan anda tentang proses-proses menanam padi huma/padi
bukit dari awal hinggga akhir...Memandangkan saya dibesarkan dengan
menjalankan aktiviti menanam padi bukit, boleh dikatakan saya agak
berpengalaman dalam topik nie :D...hahaha penatnya mencari ayat &
menyusun ayat.
Proses menanam padi bukit boleh diringkaskan kepada 6 M dalam bahasa Dusun. Tapi yang menariknya ianya juga 6 M dalam bahasa melayu. 6M tersebut ialah :
1. Momorilik -> Menebas
2. Managad -> Menebang
3. Montutud -> Membakar
4. Mongurak -> Membakar sisa-sisa kayu yang tidak terbakar dalam proses 'montutud'
5. Mangasok -> Menugal/ proses menanam padi
6. Mongomot -> Menuai
okay...sekarang saya terangkan pula secara ringkas setiap langkah-langkah dalam 6M tadi..^.^
Pertama, 'momorilik'. 'Momorilik'
bermaksud menebas pohon-pohon kecil dan tumbuhan-tumbuhan renek/ kecil.
Bagi membuka tanah yang akan diusahakan sebagai penanaman padi bukit,
'momorilik' merupakan langkah pertama yang perlu dijalankan bagi
memudahkan proses menebang pohon-pohon yang lebih besar dan seterusnya
juga memudahkan proses membakar nanti. Aktiviti 'momorilik' ini biasanya
dijalankan oleh ahli keluarga pengusaha tersebut. Walaubagaimana pun,
'momorilik' ini juga kadang-kadang dijalankan secara bergotong-royong
(mitabang) terutama sekali apabila tanah yang ingin dibuka itu mempunyai
keluasan yang besar.
Seterusnya, kerja-kerja 'managad' akan
dijalankan selepas selesai 'momorilik'. Walaubagaimana pun, 'managad'
boleh dijalankan semasa kerja-kerja 'momorilik' dijalankan di mana
'managad' akan dijalankan bermula dari kawasan yang sudah ditebas (di
bahagian bawah bukit)...hehe jimat masa. Biasanya, 'momorilik' dan
'managad' nie mengambil masa beberapa hari atau minggu mengikut keluasan
tanah tanah yang dibuka. Dahulunya 'managad' dijalankan menggunakan
peralatan seperti kapak atau parang yang mana sememangnya mengambil masa
yang lama. Kini dengan bantuan peralatan yang lebih canggih seperti
gergaji dan terutamanya gergaji berantai ('sinso' kami bilang ^^),
'managad' dapat dijalankan dengan lebih cepat...tapi penat pula
mengangkut 'sinso' tu naik bukit...cramp tangan ooo..
Sebelum ke proses yang ke-3 iaitu
'montutud', kayu-kayu yang telah di tebang akan dibiarkan sehingga
kering. Kalau hari-hari hujan, alamatnya berminggu-minggulah penantian
untuk membakar kayu-kayu tersebut. Kalau hari-hari panas terik pun susah
juga, berisiko untuk terjadinya kebakaran. So, timing untuk
menjalankan kerja-kerja 'montutud' ni kena betul. Kalau panas terik
berpanjangan nak bakar juga, ambillah langkah-langkah berjaga-jaga.
Sediakan air talam tangki untuk memadam kebakaran/ 'ulatan poh hilo
disan-disan dumo' @ susah mau translate kepada bahasa Melayu :P..
Bah selesai 'montutud', jalankan pula
kerja-kerja 'mongurak'. Kerja-kerja 'mongurak' ni pun bergantung kepada
cuaca juga. Paling seronok 'mongurak' bila cuaca mendung atau panas yang
tidak terik. Kalau panas terik, memang kompom jadi hitam dalam
sehari...haha balik kampung nanti mesti ready dengan sunblock
(jaga kulit bha ^^)..'mongurak' merupakan istilah dalam bahasa Dusun
bagi kerja-kerja mengumpulkan kayu-kayu, daun-daun atau ranting dalam
satu timbunan dan kemudiannya dibakar...
nie antara gambar 'mongurak' yang sempat saya ambil semasa balik kampung cuti semester lalu :
mengumpul kayu-kayu untuk dibakar
then, longgokan kayu akan di bakar...haha enjoynya dorang^^
haha aktiviti 'membakar' dan
'mongurak' sebenarnya menimbulkan kesan yang kurang menyenangkan
la..iaitu menyebabkan jerebu dan risiko kebakaran...tapi apa boleh
buat..2 aktiviti inilah yang paling penting dalam menanam padi bukit ini
di mana daripada pembakaran tersebut akan menghasilkan baja semulajadi
untuk menjamin kesuburan dan pertumbuhan padi yang akan ditanam. Itulah
sebabnya, padi bukit nie tak payah susah-susah letak baja...dan
semestinya hasilnya lebih sedap...:)
arrrghh it's hot...hahaha but i'm enjoying this too ^_^
Langkah seterusnya pula ialah
'mangasok' atau pun menugal dalam bahasa Melayu. 'Mangasok' ialah satu
proses di mana tanah akan dilubangkan dengan sebatang kayu yang
penghujungnya runcing. Seterusnya, benih padi akan dimasukkan kedalam
lubang tersebut (monumpos). Benih padi yang dimasukkan adalah antara 4-7
biji. 'mangasok' biasanya dilakukan oleh golongan lelaki, manakala
'monumpos' pula dijalankan oleh golongan wanita. Kerja-kerja menanam
padi ini juga biasanya dijalankan secara gotong-royong (mitabang)...
hehe terkenang pula dulu-dulu, ketika belum berjauhan dengan keluarga, pastinya tidak pernah ketinggalan balik kampung bila tiba musim menanam padi. Sambil 'mangasok' dan 'monumpos' tu, sempat bermain teka-teki (sundait), bercerita, bergurau senda...hahaha di situlah ikatan kekeluargaan itu bertambah erat..:)
Okay, selesai proses menanam padi. Sebelum saya ceritakan proses 6M yang terakhir, saya cerita serba sedikit tentang penjagaan tanaman nie. Setelah benih padi tersebut telah bercambah, proses mencabut rumpai/ tumbuhan lain yang menganggu pertumbuhan padi akan dijalankan. Dalam bahasa Dusun, proses ini dikenali sebagai (mamagamas/ gumamas). Seterusnya, bila padi-padi tersebut sudah bunting, 'orang-orang' akan dipasang untuk menghalau burung pipit yang datang memakan buah padi. Walaubagaimana pun, pemasangan 'orang-orang' sahaja tidak mencukupi. Oleh itu, apa yang biasa dilakukan oleh ibu bapa saya ialah mengambil beberapa batang buluh (lebih kurang 4-5 kaki panjang), belah (beberapa belahan) penghujung buluh tersebut kemudian pacakkan di penjuru-penjuru huma atau di kawasan yang menjadi tumpuan burung-burung tersebut. Buluh ini diikat dengan tali ke pondok di tengah huma tersebut. Apabila kelompok burung datang untuk memakan padi, tali tersebut akan di tarik dan digoyangkan dan buloh tersebut akan menghasilkan bunyi untuk menghalau burung-burung tersebut.
6M yang terakhir ialah 'mongomot' atau menuai padi. Padi yang telah cukup masak akan dituai menggunakan sejenis pisau yang dibuat sendiri dari besi lembut yang diketuk sehingga nipis kemudiannya dipasang pada kayu. Pisau ini dikenali sebagai 'linggaman' dalam bahasa Dusun. Antara peralatan lain yang diperlukan untuk menuai padi ialah 'wakid' dan karung untuk mengumpul padi setelah 'wakid' tersebut penuh. Di bawah adalah gambar yang di ambil oleh adik saya ketika musim menuai (sayangnya saya tak sempat join :'(..lama dah tak join menuai padi...
hehe terkenang pula dulu-dulu, ketika belum berjauhan dengan keluarga, pastinya tidak pernah ketinggalan balik kampung bila tiba musim menanam padi. Sambil 'mangasok' dan 'monumpos' tu, sempat bermain teka-teki (sundait), bercerita, bergurau senda...hahaha di situlah ikatan kekeluargaan itu bertambah erat..:)
Okay, selesai proses menanam padi. Sebelum saya ceritakan proses 6M yang terakhir, saya cerita serba sedikit tentang penjagaan tanaman nie. Setelah benih padi tersebut telah bercambah, proses mencabut rumpai/ tumbuhan lain yang menganggu pertumbuhan padi akan dijalankan. Dalam bahasa Dusun, proses ini dikenali sebagai (mamagamas/ gumamas). Seterusnya, bila padi-padi tersebut sudah bunting, 'orang-orang' akan dipasang untuk menghalau burung pipit yang datang memakan buah padi. Walaubagaimana pun, pemasangan 'orang-orang' sahaja tidak mencukupi. Oleh itu, apa yang biasa dilakukan oleh ibu bapa saya ialah mengambil beberapa batang buluh (lebih kurang 4-5 kaki panjang), belah (beberapa belahan) penghujung buluh tersebut kemudian pacakkan di penjuru-penjuru huma atau di kawasan yang menjadi tumpuan burung-burung tersebut. Buluh ini diikat dengan tali ke pondok di tengah huma tersebut. Apabila kelompok burung datang untuk memakan padi, tali tersebut akan di tarik dan digoyangkan dan buloh tersebut akan menghasilkan bunyi untuk menghalau burung-burung tersebut.
6M yang terakhir ialah 'mongomot' atau menuai padi. Padi yang telah cukup masak akan dituai menggunakan sejenis pisau yang dibuat sendiri dari besi lembut yang diketuk sehingga nipis kemudiannya dipasang pada kayu. Pisau ini dikenali sebagai 'linggaman' dalam bahasa Dusun. Antara peralatan lain yang diperlukan untuk menuai padi ialah 'wakid' dan karung untuk mengumpul padi setelah 'wakid' tersebut penuh. Di bawah adalah gambar yang di ambil oleh adik saya ketika musim menuai (sayangnya saya tak sempat join :'(..lama dah tak join menuai padi...
"Inilah dia 'linggaman' - pisau yang digunakan untuk menuai padi huma"
Sedang menuai padi
walaupun bekerja di bawah panas mentari, tetap enjoy^^
Hutan di tebang di buat huma,
Padi pulut hitam warnanya,
Susah payah kita bersama,
Biar jodoh kehujung nyawa.
Asap api puncak mahligai,
Nampak jauh dari di pandang mata,
Jika lelaki kurangnya pandai,
Alamat membujang hingga ketua.
Selepas
kayu di tebang, ianya di rinteh dan di kumpulkan dan seterusnya di
bakar. Proses ini di namakan "MEMERUN" Api nya menjulang tinggi hingga
mencapai awan. Rasa nak terbakar kulit.
Habis di tebang di bakar pula,
Sempadan petak berkayu arang,
Alangkah seronok tinggal dihuma,
Membanting keringat hingga ke petang..
Selesai di bakar amatlah mudah untuk mensempadankan dengan jiran yang turut serta dalam penanaman Padi Huma ini. Kayu-kayu panjang sememangnya di simpan untuk di jadikan sempadan dengan jiran atau sempadan JENIS PADI.
Sudah di bakar tanahnya lapang,
Menajuk benih mudah kerjanya,
Padi di nama si kuku belang,
Berasnya panjang sedap nasinya.
Selesai
membuat sempadan, batang kayu sebesar lengan di tajamkan. Kayu ini
dinamakan "Batang Asak". Aki selalu mengasak tanah lapang inii dan Mak
akan mengikut dari belakang dan memasukan benih padi yang bercampur
dengan timun, jagung, cili, timun, terung dan bermacam lagi di masukkan
dalam lubang ini, tapi dalam jumlah yang sedikit.
Tika padi sedang meninggi,
Nampak gunung dekat sahaja,
Tika Ibu di bawa pergi,
Hilanglah tempat untuk bermanja.
Apabila padi mula menumbuh....ianya akan turut serta dengan lain-lain tanaman yang di campur dalam padi tadi.
Berjagung-jagunglah dahulu,
Sementara menanti padiku masak,
Jika hendak mencari menantu,
Pilih yang rajin dari yang kacak.
Timun betik harum baunya,
Buat di makan Dewata Raja,
Patek ini pacal yang hina,
Mencari tempat untuk bermanja.
Maka timbullah istilah Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak.
Apa di harap padi di seberang,
Entah berbuah entahkan tidak,
Entah di makan pipit melayang
Apa di harap padanya orang,
Entahkan sayang entahkan tidak.
Entah hati di milik orang.
Mengirik Padi |
'Mongogik'
istilah dusun yang membawa maksud memijak-mijak padi bagi memisahkan
antara buah padi dan jeraminya. Skill yang agak antik.
Di irek hanyalah padi,
Mari di irek si gadis desa,
Yang baik hanyalah budi,
Di kenang hanyalah jasa
Kalau padi katakan padi,
Tidak saya tertampi-tampi,
Jika sudi katakan sudi,
Tidak saya ternanti-nanti.
Sekian, memori Aki Aji.
AMUKANMELAYU - Kenangan yang hilang tak mungkin berganti.
No comments:
Post a Comment