Sunday, July 11, 2010
Bakul
Kadang-kadang
Tok Aki ketawa sendiri bila dengan cucu-cucu Aki kata "masuk bakul
angkat sendiri".... bila Tok Aki tanya cu.!!!!! bakul tu mcmana?
masing-masing mengelingkan kepala.
Zaman Tok Aki
sebaya kamu cu...., berbakti pada org tua adalah impian setiap anak....
Tok Aki akan berbuat apa saja denganhati yg ikhlas membantu Mak dan Ayah
Tok Aki.
Zaman dulu, beras x beli..... kami
tanam sendiri. Ada dua kaedah tanaman padi....satu padi sawah dan satu
lagi padi huma. Bagi setiap satu koga orang Melayu, mereka ada sebidang
sawah. Ia di tanam mengikut musim. Begitu juga padi huma. Tp padi huma
atau padi bukit ni ia di tanam di tanah-tanah yg baru di teroka.....
nanti Tok Aki akan ceritakan bila sampai masanya nanti. Hari ni kita
cerita pasal bakul.
Bakul ni banyak di gunakan
bila sampai musim menuai. Zaman Tok Aki mereka kreatif, semua bende di
buat sendiri. Kita rasa malu kalau kita gunakan barang yg di buat oleh
org lain. Bakul ni di buat dari "mengkuang atau pun rotan". Dia ada
pelbagai saiz,..... dari saiz segantang hinggalah kepada saiz lima
gantang. Dulu kita tak pakai mesinmcm sekarang menuai padi.... tp kita
pakai kaedah mengetam....apabila kita maju sedikit cara berfikir....kita
gunakan "tong memukul padi" lepas dua kaedah ni barulah kita gunakan
mesin.
Semasa mengetam, ibu Tok Aki akan
mengepit bakul ini di ketiak sebelah kiri..., sementara "ketaman" di
buat dengan tangan kanan. Nanti Tok Aki akan tunjukan alatketaman ni.
Apabila bakul dah berat, ibu Tok Aki akan letakan bakul ini kebawah dan
tangkai padi ni cantum dan di ikat dengan menggunakan batang padi
juge.....ikatan ini di panggil "gemal". Tok Aki suke mengambil
batang-batang padi yg telah di ketam ni yg di panggil jerami dan Tok Aki
jadikan serunai......
Apabila semua gemal padi
tadi terkumpul, ia akan di pindahkan kedalam bakul yg lebih besar. Tok
Aki akan membantu ibu mengangkat bakul ketas kepalanya, maka
berjunjunglah bakul itu di atas kepala ibu Tok Aki. Ibu Tok Aki terrer
tau..... dia boleh buat gaya bebas dengan bakul itu x payah di pagang.
Sambil itu...Ibu mampu lagi mendukung adek bungsu Tok Aki nama Ridzuan,
kini tinggal di Tawau Sabah.
Sampai di rumah
padi ini bersama bakulnya akan di simpan dalam kebuk yang di panggil
"Rumah Padi". Apabila hendak di jadikan beras....sekali lagi bakul di
gunakan untuk membawa padi ini kelur dari rumah padi..... ibu akan
bentangkan tikar dan padi ini Tok Aki akan pijak beramai-ramai bersama
adek-adek.... proses ni di panggil menghirek padi. Selepas padi ni relai
dari tangkainya... ia di masukkan kedalam bakul dan di jemur sebelum di
tumbuk dengan lesung kaki atau lesung hindek..... nanti Tok Aki sambung
lagi dengan cerita lesung kaki pula. Ini pantunnya mengenai padi.
Di irek hanyalah padi
Mari di irek si gadis desa
Yang baik hanyalah budi
Di kenang hanyalah jasa.
No comments:
Post a Comment