Friday, July 9, 2010
Ini
anjung umah Tok....rumah Melayu Perak lazimnya ada 3 tangga. Tangga
Anjung, tangga tengah dan tangga dapor. Pintu tangga anjung hanya dibuka
dihari-hari tertentu sahaja.....Raya, kenduri dan sewaktu ramai org di
sebabkan sesuatu peristiwa.
Tangga
tengah adalah tangga di bahagian penyambung rumah antara dapor dan
Anjung(rumah ibu). Di bahagian atas ruang ini selalunya ada salur air yg
besar..... pintu di tangga ini selalu di buka, samalah juga pintu di
bahagian tangga dapor.
Di anjung
umah Tok (kini dah menjadi umah Acu) di siapkan dengan ampaian
sejadah.... songkok di sangkutkan pada tanduk rusa.... Aki selalu solat
di bahagian dapor..... dan selalu Acu mengingatkan supaya solat di
anjung....... dulu, Tok selalu duduk di tepi tingkap sambil menghisap
curut cap tekoh. Tok selalu memerhatikan kami bermain-main di halaman
umahnya yg berkongsi laman ngan Pakcik. Tetiba Tok bersuara dengan suara
garaunya ....."mike ingat...nanti kete akan sampai kesini..."...semua
terdiam....lepas tu sambung main semula.
Manakan mungkin kereta hendak dibawa menyeberangi Sungai Perak.
Akhirnya tahun 1986 dengan Jambatan Bukit Sapi yg belum siap itu Aki
membawa pulang dua anak dan seorang Isteri dengan kereta Mazda BAU 1349
sampai di halaman umah Tok...... Pakcik mengalirkan airmata....Pakcik
berkata pada Acik "Na....betul kata Pak....sampai sungguh keta di
hadapan umahnya".......tp sayang, Tok telah lama pergi....anjung ini
meninggalkan seribu kenangan Aki bersama Tok Ismail bin Md. Shah bapa
kepada Almarhumah Ibu Aki Fatimah bt Ismail ......... Al-Fathihah......
No comments:
Post a Comment