Friday, July 9, 2010
Mesin Getah
Dulu ade dua radio saje....satu Radio Malaysia Kuala Lumpur dan satu lagi Radio Singapura. Radio Singapura banyak bahan-bahan siarannya.....ini termasuklah Indek Sahamnya....dia akan memberi harga saham semasa...."Getah asap berbunga" adalah merujuk kepada harga getah semasa.....
Kampung Chepor, Kg. Bukit Sapi, Kg. Luat
dan Kg. Beng, semua kampung-kampung ini berada di seberang Sg. Perak
dan di lengkongi banjaran gunung yang membiru..... suhunya amat dingin
dan dalam setahun hampir enam bulan minyak masak (kelapa) akan beku di
awal pagi. Suasana paginya berkabus membawa ke jam 10 pagi.
Dengan
suhu yg sedemikian bunga-bunga mengembang segar dan pokok buah-buahan
lebat berbuah dan getah adalah sumber pendapatan harian.....
Jam
6 pagi sudah bising seluruh kampung.... anak-anak ke sekolah dan ibu
bapa bersama baldi dan sedikit bekalan meredah embun pagi ke kebun getah
masing-masing. Proses pertama pokok getah di toreh... dan getah yg beku
di alurannya di tarik keluar dan getah ini di masukan ke dalam bakul yg
di bawa di sisi pinggang. Selesai menoreh jam kurang lebih 10 pagi.
Masa berehat, getah beku yg di pungut tadi akan di pukul dengan kayu utk
mengeluarkan kulit kayu yg bercampur dengan getah beku itu.... getah
ini di panggil getah "sekerap". Selepas 1 jam berehat, untuk proses
kedua adalah mengutip getah cair yg di tadah di dalam pot dan di masukan
kedalam baldi. Proses ini di panggil "mengutip".
Selesai
semua ini getah di bawa ketempat proses pembekuan, getah di tapis, di
takung dan di campur sedikit air dan cuka getah utk pembekuan. Selepas
getah beku....getah ini di pijak utk menipiskannya sehingga setebal 1
inci. Untuk proses seterunya adalah mesin getah ini dengan mesin licin
sehingga in menipis setebal 1/2 inci, selepas itu dia akan melaluai
proses terakhir dengan di masukkan kedalam mesin bunga. Maka getah tadi
bagaikan sebidang tikar kurang lebih 2x4 kaki dengan corah berpetak
potongan Tepung Talam...... Gambar di atas adalah dua jenis mesin yang
Aki maksudkan itu.
No comments:
Post a Comment