Friday, July 16, 2010
Buat Wau Sendiri
![]() |
Wau Kemetek |
Allahhuakbar......Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh. selesai je solat subuh, ingatkan nak sambung tidur....tp Tok Aji Nali kata x baik tidur selepas subuh....katanya selimut kita tu bagaikan selembar kulit babi.....eiiii gelinya Tok Aki dengar pepagi ni.... Tidur di surau beramai-ramai sangatlah menyeronokan......
Semua
org tua telah meninggalkan surau.... suasana masih gelap, Tok Aki
dengan Abang Mahaiddin dan kekawan yang lain juga meninggalkan surau dan
menuju kerumah masing-masing. Tok Aki berselisih dengan beberapa orang
kampung yang hendak ke kebun getah masing-masing ada juga yang hendak ke
sawah mengetam padi yang belum selesai.
Aki
kenal mereka ini.....mula-mula turun dari surau tadi Tok Aki berjumpa
ngan Makteh Yah mak Awang Juki dan Pek, Abang Leng, Pitte Maksum, Lebai
Eden, Pakngah Ade, Pak Yob Amad dan ramai lagi.... Tok Aki dah sampai di
hadapan tangga umah Tok Aki. Adek-adek Tok Aki..... kembar Fadzil +
Fadzila dan Mohd. Ridzuan berkelumbung dengan kain pelikat yang hanya
menampakan kepala sahaja.
Kesian
Tok Aki melihat mereka...... Nasriah dan Fauziah sebuk bersama di dapor.
Semalam mak dah beri tahu jangan pergi mana-mana hari ni. Kabus masih
menyelubungi keseluruhan kampung.... jarak pandangan hanyalah kurang
dari 40 kaki. Di kampung Tok Aki.... kami jarang mandi pagi..... air
sungainya sejuk..... tengahari baru mandi.... Tok Aki tak nampak pun
Ayah Tok Aki. Mungkin dah pergi berotan berengkali......nanti Tok Aki
cerita orang kampung mencari rotan.
Bila
kabus dan kurang....Zee ngan Marzuki pun sampai..... kami bertiga
bergerak ke rumah buruk sebelah rumah Tok Aki... sekarang ni rumah ni
diduduki oleh Moyang Chu. Buluh dan buah nonang pelekat yang di ambil
semalam masih ada. Zee bawa pisau corek sementara Aki dan Marzuki bawa
pisau dapor mak je. Buluh-buluh yang telah di belah kecil tu Tok Aki dan
kekawan pilih dan di raut utk membuat rangka wau.
Kain
buruk di lapek di atas paha dan buluh yg telah di pileh untuk membuat
sayap wau di raut perlahan-lahan.... sayap wau mestilah lembut dan
tulang belakanya pula buluh di raut agak besar sedikit dan keras. Tok
Aki dan Marzuki buat rangka wau kemetek dan Zee buat wau bulan..... Zee
memang pandai buat wau. Setelah buluh sayap dan tulang belakang wau
telah siap...ianya di ikat menggunakan tali di bahagian-bahagian
tertentu dan akhirnya siaplah rangka wau kami.....
Tetiba
Abang Tok Aki datang dan memberi kami kertas kajang, ketas agak nipis
dan rengan tp tahan..... air... kalau kene air pun dia cepat kering.
Lepas tu Tok Aki menyapu gam dari buah nonang pelekat....buah ni sejenis
buah yang sebesar buah cermai... kulitnya nipis dan warnanya kekuningan
bila masak... kulitnya nipis... dan bijinya halus.... bila kita kopek
kulit dengan kiku,,, maka nampaklah gamnya.... gam ini Tok Aki sapu pada
rangka wau selepas itu di tempat yang rata lantainya, kertas ini di
bentangkan dan rangka wau yag bergam tadi Tok Aki letakan di atas kertas
ini. Secara mudahnya ia pun melekatlah.....
Lepas
itu barulah lebihan kertas dari rangka wau ni di potong menggunakan
gunting. Selesai proses ini, sekali lagi gam di sapu di tepi kertas yang
di gunting tadi dan di lipat kertas tepi rangka wau seperti kita
membalut rangkan wau. Lepas tu di biarkan seketika.... sementara
menunggu gam kering.... Tok Aki membuat ekor wau..... panjang ekor lebih
kurang 10 kaki.... setelah semuanya siap, maka teraju pun di pasang...
wau kemetek teraju dua sementara wau bulan Zee berteraju tiga.
Kami
menyimpan semua peralatan.... cuaca semakin panas.... matahari tercacak
di ats kepala. Chu Selemah mak Marzuki dan Pek Maklong mak Zee talah
beberapa kali memanggil suruh mandi.... kami berlarian kesungai....
sudah ramai orang di tebing sungai. Kami pergi di bahagian atas
empangan.... airnya dalam separas leher Tok Aki..... di bahagian bawah
empangan banyak orang perempuan bersama-anak kecil mereka. Tok Aki
nampak tiada orang mandi di lubuk rambutan.....
Selesai
mandi kami berlarian lagi balik kerumah masing-masing setelah berjanji
untuk bermain wau pada sebelah petang nanti di sawah Pakteh Abas
......... nanti Tok Aki cerita wau putus pula.
No comments:
Post a Comment