Tuesday, July 13, 2010
PENGAPIT TEBU
Jam
dah hampir 10 malam. Tok Aki dah selesai menolung ibu menumbuk padi.
Sepas musim menuai ni, kat kampung Tok Aki banyak xtvt..... musim ni
selalunya panas dan berangin. Semua kerbau yg di lepas di padang ragut
akan di bawa balik ke kampung dan di lepaskan dlm petak-petak sawah.
Cahaya
lampu dari gelanggang silat Cik Karim masih kelihatan dan sesekali
suara tempikan pendekar sayup-sayup di bawa angin. Tok Aki minta
kebenaran ibu untuk tidur di surau. Abang Tok Aki dah lama lesap.
Selalunya dia bersama-sama kekawan yang lain belajar silat di gelanggang
Cik Karim. Tok Aki naik kerumah ambil bantal masam dan kain gebar terus
berlalu bersama kekawan Tok Aki ke surau.
Kami
tinggalkan selimut dan bantal di atas surau. kami tidak ke bukit
gelanggang silat.... tp kami terus ke kampung hulu. Tok Aki nampak orang
ramai di sana, ayah Tok Aki pun ada sama. Tok Aki tengok ada dua kawah
besar sedang mendidih..... ayah Tok Aki kata sedang menyemut
gatal.....ini adalah istilah menandakan manisan dah nak masak.
Semasa
musim menanam padi, di batas-batas sawah atau di tanah kosong di
sekitar sawah akan di tanam dengan bermacam-macam tanaman. Tok Aki
perhatikan, orang-orang kampung akan tanam.... timun, kacang panjang,
cili, ubi kayu dan tebu....... apabila musim menuai hampir tiba...semua
sayur-sayuran ini telah berbuah atau matang. Semasa padi sedang
menguning... burung ciak amat banyak dan kita kene menunggu sawah-sawah
ni....kalau tidak.... habislah di makan burung-burung ciak ni. Masa ini
lah semua hasil petanian di tuai serentak.
Tebu-tebu
yang matang di tebang dan di bawa pulang dan di tempatkan di kawasan
mengapit tebu. Bangsal pengapit tebu ni dekat dengan rumah Pak Su.....
guru pengajian Fekhah dan tauhid Tok Aki. Ade dua jenis pengapit tebu
ni..... satu yang amat besar yang menggunakan tenaga kerbau untuk
memusingkannya dan satu lagi yang menggunakan tenaga manusia.
Pengapit
tebu ni di buat dari kayu yang keras. Dia terdiri dari 7 batang kayu.
Dua batang bertindak sebagai tiang, dua lagi sebagai rasuk atas dan
bawah sementara tiga lagi sebagai batang pengapitnya. Tok Aki suka
masukkan tebu kecelah pengapit ni sementara kekawan Tok Aki akan
memusing pengapitnya..... kekadang kayu panjang yang di jadikan batang
"tuas" untuk memusing pengapit ni singgah ke kepala Tok Aki..... adoiiii
sakit juga la.
Apabila tebu ni
di kepit..... oooooo ni yang best. Tok Aki telan air liur melihat air
tebu yang berhambur keluar dan meleleh masuk kedalam tempat tadahan.
kain putih yang di buat penapi stelah kehijauan...... selepas itu air
tebu ni akan di masukan kedalam kawah...... mana-mana orang kampung yg
tidak bertebu tu akan datang menolung atau membawa ubi kayu yang telah
di bersihkan.....ubi ni di masukan kedalam raga yg di buat dari kulit
bemban. Kemudian di rendamkan kedalam kawah yg sedang mendidih tu.
ubi
yg puteh tadi telah menjadi perang..... apabila masak..... sukar Tok
Aki nak ceritakan kelazatannya...... kopi tumbuk adalah minuman wajib
semasa menunggu manisan masak.
Sel,epas
minumkoipi dan makan ubi rebus manisan.... Tok Aki beritahu ayah Tok
Aki yang kami akan tidur di surau........ Tok Aki bersama kawan beredar
dari kawasan mengapit tebu.... dalam perjalanan ke surau kami menyimpang
ke gelanggang silat Cik Karim..... hari ni Tok Aki tengok mereka
belajar bermain senjata. dalam cahaya apai "jamung" tu Tok Aki nampak
Abang Tok Aki tersandar di penjuru kelanggang. Tok Aki risau juge
tengoknya..... rupanya di dia kepenatan..... Tok Aki pun kepenatan.....
sekali lagi Tok Aki, Zee, Marzuki, Hamidi dan adek Awang beredar dari
sini menuju ke surau......... okey...... nanti Tok Aki cerita
lagi...."tidur di surau"........
No comments:
Post a Comment