BERKELANA KE SELANGOR
Catatan Kenangan Hari Pertama di Tapak Projek KLIA........,
Catatan Musafir |
Jam 0710 minit aku meninggalkan pejabat membuat rondaan pagi di KLIA. Aku subuh agak lewat pagi tadi. Jam 0811 aku sampai semula ke pejabat. En Alli telah sampai di pejabat untuk mengambil alih tugas. Aku mengambil jubah dan kain pelikat yang aku sangkutkan di belakang whitebord. Nasi dan kueh telah aku masukkan kedalam kenderaan.
Jam 0820 dengan Iswara hitam aku meninggalkan pejabat. Aku mengelamun sendirian. Pada pagi begini 16 tahun sudah juga menggunakan jalan ini, tapi waktu itu masih bertanah merah pada 26hb. Jun 1997 aku bersama beberapa rakan mendaftarkan diri untuk menjadi Warga Kerja KLIA. Sampai di ruanglegar Concode Inn aku di sambut oleh beberapa kakitangan MAB yang lebih dahulu pindah ke sini. Di Pejabat terlalu sebuk. GM waktu itu adalah En Adnan Yahya. Ketawanya masih aku simpan dalam memoriku hingga kini.
Project Name: Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Project Runway 2 And Taxiways & Drainage, Sepang, Selangor |
"Selamat Datang Ke KLIA dan Mari kita Bangunkan KLIA ini Bersama-sama" katanya. Aku nampak kemas waktu itu. Masih muda. Berkemeja lengan panjang dan berseluar hitam aku di perkenalkan kepada Staff yang lain. En Asmadi sebagai PA kepada En Adnan banyak membantu aku.
DCA - Menara DCA dalam pembinaan |
Biasalah orang anak jantan dengan falsafah "HIDUP NEKAD MATI MUDA" aku di tempatkan di Block 15. Disni aku bersama-sama Zul finace dan Zuraidah banyak berbual dengan masalah di KLIA ini. Suasana banyak yang tidak terurus.....aku tidak mengambil masa yang lama di bilik finance. Aku ke bilik air...hemmmm bersih, di bilik air, aku tidak mengambil masa yang lama. Jam 1053 aku di berikan sebuah Pajero untuk masuk ke kawasan Projek yang lebih di kenali dengan "Masuk Side".
Jam 1800 petang baru aku pulang kerumah sewa di Bukit Changgan. Semasa membuka grill rumah yang agak ketat tu bunyi sangat bising bila aku menolaknya.....malu dengan jiran-jiran, tapi ada juga jiran yang kata, "Mujur ada geng KLIA ni bunyi grill itu membuatkan kita terjaga, letih bila tidur petang ni".....itu perbualan yang di dengar dari rumah jiran sebelah. Rumah teres kampung.... jiran buat apa pun dengar.
Seperti biasa aku mandi dan berwuduk. Jam sudah hampir 1850 petang. Di masjid tidaklah ramai orangnya, biasalah....mana-mana masjid pun macam tu. Itulah Yahudi dan kafirun lainnya tidak risau dengan orang Islam ni., selagi masjid tidak penuh macam Solat Jumaat, mereka tidak risau.....semua orang Islam tahu maksud Yahudi tidak gentar dengan orang Islam ini.
Senja begini memanglah teringat sangat dengan anak-anak dan kedua orang Isteriku. Hanya kesabaran dan keikhlasan yang mampu dan membuatkan aku bertahan di sini. berkelana ke Selangor adalah catitan panjang perjalananku. Aku hany tahu bekerja dan menabur bakti pada Ugama, Bangsa dan Negara. Kini semua itu hanya kenangan yang di simpan di dalam kotak kenangan yang akan berakhir bila nyawa terpisah dari badan.
Aku dan Tan Sri Bashir Ahmad MD of MAHB |
Aku menjadi sedih bila melihat keadaan sekarang ini. MAHB semakin besar dan kakitangannya semakin terpisah. Jika dulu kami satu keluarga, tapi kini semuanya tidak lagi. Aku sebagai bekas kakitangan Jabatan Penerbangan Awam sebelum di swastakan menjadi MAB, rasa amat terkilan dengan mereka yang mencari atau mengejar Kekayaan dan mengenepikan normal-normal sebagai se orang Islam. Mengadu domba, fitnah, bodek dan tidak amanah. Beberapa hari yang lalu aku terjumpa "benda" ini di dalam Blog Malaysian Today, adakah semua ini betul atau sengaja di ada-adakan kerana cemburu atau dengki dan bagaimana pula sekiranya semua ini betul belaka? Adakah ini bermulanya kejatuhan Kerajaan Melayu kerana mereka yang memegang amanah untuk menjaga GLC ini adalah mereka yang tidak mengenal warna? Ini adalah yang di ambil dari Malaysian Today:
Dari satu Bashir ke satu lagi Bashir, rasuah berterusan
Tuesday, 10 December 2013 Petra Kamarudin
Tan Sri Bashir Ahmad MD of MAHB |
"Mungkin sudah tiba masanya Yang Mulia Raja mengungkai cerita ini kerana andai perkara ini saya bawa ke pihak atasan, saya yakin tiada tindakan yang akan diambil mengenangkan Nik Anis Nik Zakaria adalah antara 'orang-orang' yang sangat rapat dengan Tan Sri Bashir sendiri"-Kakitangan MAHB
Saya menulis kepada Yang Mulia kerana sebagai salah seorang dari ramai yang bekerja di bawah MAHB, saya tidak lagi boleh bertoleransi dengan sikap sesetengah individu di dalam MAHB yang memanipulasi proses pemberian tender bagi projek dalaman syarikat. Apa yang saya akan beritahu di bawah mungkin hanya satu daripada banyak lagi kes yang menimbulkan keraguan dalam pemberian tender dalam MAHB.
Majalah keluaran MAHB yang bertajuk Convergence adalah salah satu inisiatif untuk mempromosikan KLIA. Jadi ini adalah satu projek yang penting bagi MAHB. Projek ini diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Komunikasi Korporat yang diketuai oleh Nik Anis Nik Zakaria dan agensi yang diberikan tender bagi mengeluarkan majalah terbabit (2010 – 2013) adalah AMG Holding International Sdn Bhd (AMG).
Nik Anis Nik Zakaria |
Mereka diminta untuk menyediakan kertas kerja bagi projek berkenaan dan diberi masa selama sebulan untuk berbuat demikian.
Melalui satu proses pemilihan yang dijalankan berdasarkan kertas kerja yang dihantar oleh agensi-agensi yang mengambil bahagian, dua agensi (Agensi A dan Agensi B) telah disenarai pendekkan. Yang menarik adalah AMG tidak langsung tersenarai sebagai ‘top 3’. Walau bagaimanapun, Nik Anis telah kemudiannya melakukan apa yang saya kira sebagai keterlaluan dengan menarik balik kertas pemarkahan beliau bagi tujuan penilaian semula. Tindakan ini menyebabkan AMG disenaraikan semula dalam senarai agensi yang telah dipilih setelah pilihan kedua (Agensi B) disingkirkan atas alasan teknikal. Kami semua sebenarnya sedia maklum dengan hubungan baik antara Nik Anis dan juga pemilik AMG, namun saya cuba untuk memberinya the benefit of the doubt.
Untuk pengetahuan Yang Mulia, agensi A yang mendapat tempat pertama kali ini adalah agensi sama yang mendapat tempat pertama tiga tahun yang lalu dan mereka gagal mendapatkan tender tersebut atas sebab-sebab yang tidak diketahui.
Nik Anis Nik Zakaria bersama pemilik AMG |
Oleh yang demikian, pembentangan kertas kerja di hadapan jawatankuasa pemilihan hanya dihadiri oleh AMG. Apa yang membuatkan saya lebih yakin bahawa pemberian tender ini telah dikompromi adalah sewaktu proses tersebut berjalan, kakitangan lain yang terlibat secara langsung dengan penerbitan majalah ini tidak dipanggil untuk turut serta melainkan Nik Anis. Mereka sendiri tertanya-tanya mengapa Nik Anis tidak mahu mereka terlibat di dalam proses tersebut.
MODEL - Nik Anis Nik Zakaria di dalam majallah Passion, keluaran AMG |
Tindakan Nik Anis yang seperti pilih bulu sangat mendukacitakan, lebih-lebih lagi apabila hasil kerja yang ditunjukkan oleh Agensi A adalah jauh lebih baik daripada agensi sedia ada dan saya tidak nampak keperluan untuk terus berurusan dengan AMG. Saya juga sebenarnya tertanya-tanya adakah Exco MAHB yang terlibat dalam jawatankuasa pemilihan tersebut sedar tentang mengapa hanya satu agensi yang hadir bagi pembentangan tersebut.
Jadi, saya merasakan adalah tanggungjawab saya sebagai seorang kakitangan untuk mempersoalkan mengapa dalam organisasi besar seperti MAHB, perlakuan yang saya lihat menyalahi etika (sila lihat lampiran mengenai Kod Etika Perolehan) terus dilakukan secara terang-terangan dan ianya seperti mendapat restu orang atasan.
Walau perkara ini nampak kecil, tetapi ia mungkin hanya cebisan daripada banyak lagi kes-kes sepertinya yang mampu membiakkan virus korupsi di kalangan kakitangan MAHB.
Mungkin sudah tiba masanya Yang Mulia Raja mengungkai cerita ini kerana andai perkara ini saya bawa ke pihak atasan, saya yakin tiada tindakan yang akan diambil mengenangkan Nik Anis Nik Zakaria adalah antara 'orang-orang' yang sangat rapat dengan Tan Sri Bashir sendiri.
Sekian, Terima kasih.
Amat sukar untuk di jelaskan disini. MAB di bina dari keringat kami yang sanggup di swastakan kerana menyambut seruan Kerajaan di waktu itu di bawah PM Tun M. Dasar Pengswastaan akan melonjakkan negara ke hadapan dan kewujudan banyak peluang Pekerjaan dan akan membantu anak-anak kami. Tapi hari ini, ini jadinya, dan anak-anakku pula tidak berminat untuk menjadi warga MAB.
Haffiz menjadi Pengurus di sebuah Syarikat Swasta yang menyediakan Perkhidmatan BAS PLKN, Mattin kini berniaga sendiri, Nadia menyambung pengajian MASTER di UKM mengenai NUKLEAR, Idayu menunggu SPM tapi cengderung ke arah pendidik, Ika berangan-angan untuk mengusahakan Kilang Kek dan Wawa belum tahu kemana arahnya. Asyik duk main anak patung walau pun dah berusia 10 tahun dan aku semakin tua.........
No comments:
Post a Comment