BERKELANA KE SELANGOR
Catatan di dalam Pesawat.....,
Catatan Musafir |
Pada hari pertama aku pulang ke Sg. Limau, di waktu petangnya aku sempat membawa Isteriku dan anakku Idayu menaiki motorsikal meronda di Kuala sungai Limau. Deruman ombak yang membelah pantai dan Kepala Ombak yang memasuki Kuala Sungai amak indah untuk di kenang. Bot-bot nelayan berada di tambatan sesekali di lambung ombak yang mendamaikan. Tergolek-golek perahu-perahu ini di pukul ombak.
Rembang senja di kuala amat mengasikkan. Dari jauh terlihat dengan jelas Pulau Bunting, Pulau Song-song dan Pulau Telur. Sementara di sebelah kiri pula megah Gunung Jerai berdiri gagah segagah Tuanku Sultan Kedah yang memerintah Negeri Kedah Darulaman. Tiada lagi nelayan yang pulang petang, kerana kebanyakan disini adalah Nelayan Pantai.
HENING - Kuala Sg. Limau Dalam |
Semasa aku melewati jalan yang baru bertar di sini, yang pada asalnya Jalan Batas Sawah yang di lebarkan, aduhh......damianya. Rumpun padi yang menghijau itu menjadikan aku leka seketika. Camar-camar yang pulang melewati kepalaku. Di sebelah kananku terusan air yang membiru dan di selimuti pokok-pokok kangkong yang menjalar....kangkong batang merah ini sangat sedap di buat goreng dengan ikan bilis.
SG. LIMAU - Keindahan yang mengasyikan |
Cuaca cerah....dari tingkap pesawat dapat ku lihat dengan jelas Lebuhraya PLUS yang melingkar bagaikan ular di palu. Sejam dalam penerbangan amat menjemukan aku. Sampai di Subang sudah ada kenderaan yang menunggu. Bagaikan VIP Aku terus di bawa masuk kedalam kenderaan dan beredar dengan segera. Aku di bawa melewati lebuhraya PLUS dan keluar ikut Tol Pekan Nilai lama. Dengan jalan yang kurang elok dan kecil aku di fahamkan jalan ini adalah jalan Nilai Banting.
Selepas melewati Pekan Salak Baru, tiba-tiba kenderaan yang membawaku berhenti kami arahkan turun dari kenderaan. Aku lihat ada banyak Polis dan Pak Guard. Aku menunjukan surat dan dukumen lainnya. Kad Pelawat di berikan pada aku. aku menyambung perjalanan. Suasan berhabuk dan berdebu. Kenderaan projek bersimpang siur. Akhirnya aku sampai di Hotel Concode. Sudah ada orang yang menunggu dan di bawa ke Pejabat Sementara MAB. Aku di tempatkan di Block 15.
Selesai semua urusan, aku di arahkan untuk menguruskan hal-hal lain sebagai persediaan untuk bertugas di tempat baru. Aku masih ada dua hari lagi. kawan lama aku Zakaria Latif namanya membawa aku ke Kampung Bukit Changgang. Katanya semua urusan rumah sewa telah di uruskan. Rumah ini adalah rumah yang di sewa oleh Kakitangan dari Subang. Tapi dia akan masuk 4 bulan dari sekarang.
Masjid Assobirin Bukit Changgang |
Dengan talifon seperti botol syampu, aku akan menalifon kesua-dua orang isteriku hampir setiap hari. Dalam dua hari ni aku dan Hj. Chin teman serumahku hanya meronda keseluruhan kampung. Gelap a dan membosankan. Semuanya di pagari kelapa sawit. Pandang seakan-akan terhalang. Keseluruhan penduduk mejoritinya adalah keturunan Jawa. Harga makan dan bahan mentah agak mahal jika di bandingkan dengan di Kedah.
Esuk adalah 26hb. Jun 1997 aku akan mendaftar diri secara rasminya menjadi Warga Kerja KLIA di tugaskan monitar projek dan membuat kerja-kerja persiapan Operasi........
No comments:
Post a Comment