BERKELANA KE
SELANGOR
EPISOD PERTAMA
Catatan Kenangan Bersama PM Di KLIA
Catatan Musafir |
Pagi ini aku agak keletihan. Tadi pagi aku terjaga seawal jam empat pagi. Ahhh...masih terlalu awal. Aku melelapkan mataku semula, tiba-tiba aku terdengar suara isteriku memanggil-manggil namaku. Pergh...dah jam enam pagi. Aku segera ke bilik air dan berwuduk. Hari ini tidak ke masjid....dah terlewat. Selesai subuh Aku membelek beberapa dukumen dan beberapa kenyataan
akbar dari komputer riba merangkap komputer meja, Sebenarnya screen komputer riba ini telah rosak dan anakku Haffif sambungkan dengan koputer meja dan inilah yang aku gunakan untuk menulis dan melayari internet.
Semasa aku mula-mula datang kekKLIA dulu, hp tidaklah canggih seperti sekarang ini, jadi untuk aku menyingkap kembali kenanganku di sini terpaksalah aku mencarinya dari internet. Hp pun masa tu besar dan berat. kalau baling kepala anjing pun mahu anjing tu mati di situ juga. Gambar-gambar pun tah kemana perginya, cuma yang ada hanyalah dukumen-dukumen yang ada di Pejabat yang telah aku simpan sebagai koleksi peribadi mengenai Pembinaan KLIA sebagai SEBUAH PROJEK MEGA MALAYSIA untukku jadikan kenang-kenangan yang aku telah mencurahkan khidmat baktiku kepada pembangunan Ugama, Bangsa dan Negara tercinta ini.
Aku mencari beberapa dukumen untuk aku kongsikan bersama-sama di sini. Aku terjumpa kenyataan akhbar ini yang di keluarkan Bernama dan satu lagi yang di keluarkan oleh Utusan Melayu. Aku amat terpegun dengan kesungguhan PM waktu itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

13 JAN 1996
Mahathir - KLIA
PROJEK KLIA JIMAT KOS KERANA GUNA ANAK TEMPATAN: PM
SEPANG, 13 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri
Dr Mahathir
Mohamad berkata hari ini kerajaan dapat menjimatkan
kos pembinaan Lapangan
Terbang Antarabangsa KL di Sepang disebabkan
pengurusan projek itu
dilaksanakan oleh rakyat tempatan.
Tanpa menyebut jumlah dapat dijimatkan itu, katanya
kerajaan pada
mulanya bercadang mengambil konsortium asing usahasama
syarikat British dan
Jepun untuk mengurus projek itu tetapi membatalkan
hasrat itu sejak
kerajaan menghadapi masalah dalam pelaksanaan projek
hidroelektrik di
Pergau, Kelantan yang diuruskan oleh syarikat asing.
Semasa bercakap kepada pemberita selepas melawat tapak
projek KLIA yang
berharga lebih RM6,000 juta itu, katanya walaupun
pihak pengurusan
menghadapi sedikit masalah dalam pembinaan KLIA namun
semua masalah itu
dapat diatasi.
Menurut Perdana Menteri antara masalah dihadapi ialah
bekalan simen,
pekerja dan bahan buatan.
"Bagaimanapun masalah itu dapat diatasi dan saya
yakin projek KLIA ini
dapat siap dalam tempoh yang ditetapkan,"
katanya.
Terdahulu, Dr Mahathir mendengar taklimat mengenai
projek itu yang
disampaikan oleh Pengerusi KLIA Tan Sri Clifford
Herbert.
Projek yang dibina atas kawasan seluas 10,000 hektar
itu dijangka siap
awal tahun 1998.
Perdana Menteri juga berkata dia merasa bangga dengan
keupayaan rakyat
tempatan dalam mengurus dan melaksanakan projek
gergasi seperti KLIA kerana
ini membuktikan kebolehan anak tempatan.
"Dengan keupayaan rakyat tempatan melaksanakan
projek sebesar ini kita
tidak perlu lagi mencari orang luar untuk menguruskan
projek yang besar di
negara ini," katanya.
Katanya dalam mengatasi kekurangan pekerja dalam
projek itu, lebih
ramai pekerja asing dibawa masuk untuk melaksanakannya
Mengenai Mara, katanya kewangan Mara perlu diaudit
bagi menentukan ke
mana dan untuk apa ia dibelanjakan.
"Dulu Mara mempunyai banyak wang dan tak
sepatutnya berlaku keadaan
yang mana Mara tak punyai cukup wang untuk
dibelanjakan," kata Dr Mahathir.
Menurut beliau Mara telah membelanjakan wang dengan
cepat sehingga
ianya kehabisan wang.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumaman
Timbalan Perdana
Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang
mengatakan bahawa kewangan
Mara perlu diaudit. Semasa melawat tapak KLIA, beliau juga telah
merasmikan Hospital
Lapangan Terbang itu. -- Bernama
Pada awal bulan jun 1998, KLIA telah siap sepenuhnya, sudah beberapa kali di buat Try run. Bulan-bulan terakhir sebelum pembukaan KLIA aku sering di arahkan mengikuti penerbangan-penerbangan percuma ke Subang atau dari Subang ke KLIA. Semua sistem perlu di uji. Rasanya lebih dari duapuluh penerbangan yang aku ikuti dan aku masih menyimpan keratan tiketnya yang tertera nama MAHATHIR.
Hampir setiap hari ada lawatan dari pembesar-pembesar Negara sama ada dari dalam Negara mahu pun dari Luar Negara yang membuat lawatan ke KLIA. Minggu pertama bulan Jun aku di kejutkan oleh lawatan dari Perdana Menteri Malaysia. Aku di tugaskan mengawasi laluan-lauan yang akan di lalui oleh PM Malaysia. Aku di bekalkan dengan sebuah TRS. En Tarmizi sebagai Duty Manager AOC sentiasa berhubung dengan aku.
Pada hari yang di tetapkan, semuanya menjadi sebuk. Tapi keadaan trafik adalah terkawal kerana Airport masih belum di buka. Rasanya hampir semua menteri datang bersama PM untuk lawatan ini. Melalui TRS AOC sentiasa berhubung dengan aku untuk mendapatkan gambaran jelas tentang lawatan ini. Di sebabkan TRS yang banyak sudah mestilah ada pengenalan diri sendiri tanpa menggunakan nama sendiri. TRS yang aku gunakan di namakan LIMA ONE-ONE(L-11) dan sampailah hari ini DUTY OFFICER LANDSIDE menggunakan pengenalan Radio TRS dengan panggilan L-11.
Aku menghikuti rombongan lawatan PM ini. Dengan menaiki kenderaan yang di namakan BUGGY, aku lihat PM amat berpuas hati dengan pembangunan KLIA yang saya kira tercanggih di waktu itu.
Seperti yang di gambarkan oleh Pemberita Utusan di bawah ini, itulah keadaan di waktu itu. Kita menjadi bangga dan terasa diri di hargai. Penat lelah berada selama satu tahu di KLIA di rasakan amat berbaloi.

ARKIB : 09/06/1998
PM puas hati
KLIA siap awal
DR. MAHATHIR Mohamad dibawa melawat sekitar terminal
utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang semalam.
SEPANG 8 Jun - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berpuas
hati dengan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dapat
disiapkan awal, sambil memberi jaminan projek berharga RM9 bilion itu akan
dibuka secara rasmi pada 27 Jun ini.
Perdana Menteri berkata, projek tersebut yang memecah
rekod kerana berjaya disiapkan dalam tempoh hanya empat tahun, bukan sahaja
mempunyai kualiti yang tinggi malah lebih daripada itu berjaya membantu
mengembangkan kepakaran binaan tempatan.
''Saya sebenarnya telah mengadakan lawatan peribadi ke
sini beberapa minggu lalu, dan pada masa itu saya khuatir sama ada ia boleh
siap atau tidak.
''Tetapi (hasil lawatan kali ini) nampak kemajuan
memang baik, mutu pembinaan pun tinggi, jadi saya yakin kita boleh buka
(lapangan terbang itu) pada hari yang telah kita tentukan,'' katanya.
Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas
mengadakan lawatan hampir tiga jam di sekitar kompleks KLIA hari ini sambil
diiringi oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik, Pengerusi
KLIA Berhad, Tan Sri Clifford Herbert dan Pengerusi Malaysia Airports Berhad
(MAB), Tan Sri Bashir Ismail.
Menurut Dr. Mahathir, melalui projek itu Malaysia
telah berjaya membangunkan kepakaran sendiri dalam pembinaan satu projek
gergasi berharga RM9 bilion, bukannya AS$9 bilion.
''Orang lain buat lapangan terbang yang lebih kecil
daripada ini dan bayar lebih daripada AS$9 bilion. Kita buat dengan belanja RM9
bilion, dapat siap dalam jangka masa empat tahun iaitu kerja-kerja tapak
setahun dan tiga tahun lagi kerja-kerja pembinaan bangunan,'' ujarnya.
Katanya, ia satu rekod memandangkan mereka yang
menguruskan pembangunan besar dan kompleks itu didapati menggunakan sebanyak
25,000 pekerja dan sebanyak 300 kontraktor.
''Saya ucap tahniah kepada pihak yang mengurus
pembangunan lapangan terbang ini kerana bukan sahaja berjaya menyiapkannya,
tetapi berjaya menyiapkannya dalam jangka masa yang pendek,'' ujarnya.
Ditanya mengenai kualiti binaan KLIA, beliau berkata,
kerajaan tidak berkompromi dalam perkara sedemikian.
''Kita tiada kompromi dalam hal sedemikian. Awak boleh
lihat sendiri kualiti sangat baik, pembinaan baik, kerja-kerja terakhir juga
baik, malah reka bentuk juga didapati inovatif. Malah perabot berkualiti tinggi
yang kebanyakannya adalah buatan tempatan,'' katanya.
Mengenai nasib Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
di Subang, Perdana Menteri berkata, ia akan digunakan untuk tujuan-tujuan
pembaikan serta kegunaan penerbangan am kerana ada pangkalan Tentera Udara
Diraja Malaysia (TUDM) di situ.
''Kita akan gunanya untuk perkhidmatan dan pembaikan
mungkin juga untuk penerbangan am dan lain-lain lagi yang berkaitan
penerbangan.
''Kadangkala kita mungkin menguruskan penerbangan di
sana mengikut keperluan, malah Tabung Haji juga menggunakan terminal di
lapangan terbang itu,'' katanya.
Pada masa ini, kata beliau, lapangan terbang berkenaan
yang berharga AS$20 bilion berbanding KLIA yang siap dibina sekarang hanya
berharga RM9 bilion sahaja.
''Sesetengah orang tak faham bila kita kata nak buat
lapangan terbang yang ada sekarang ia terlalu mahal, tetapi kalau kita tak buat
dan kita mungkin terpaksa buat kemudian malah sekarang, ia mungkin berharga
berharga AS$9 bilion,'' ujarnya. Dalam hubungan itu, kata beliau, kerajaan telah
membuat keputusan untuk membina KLIA pada masa yang tepat - Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment