IRAMA 60AN
Pesawat
Airasia telah lama memasuki bay A 8 di KLIA. Aku masih lagi dikauter
check inn. Keadaan di Departure KLIA amat sebuk. Aku memeriksa beberapa
dukumen yang perlu. Beberapa orang kawan-kawan yang mengenali aku
bertanya.
“En. Lukhman....nak kemana dengan bag yang besar ni.”
“Nak ke Sabah, ada hal sikit” aku menjawab.
“Ada hal apa...” kawan aku ni menambah.
Aku
hanya tersenyum dan tidak menjawab. Aku bergegas ke Gate A 8.
Penumpang-penumpang yang hendak ke Kota Kinabalu telah mula memasuki
pesawat. Pramugari mengambil Kot dari tanganku dan di gantung didalam
rak kaben. Aku kebalakang dan mengambil tempat duduk berhampiran dengan
tingkap pesawat. Deruman enjin pesawat amat menyakitkan telingaku.
Selang beberapa minit, pramugari mula menjual berbagai-bagai makanan dan
cendera hati. Aku jarang makan semasa didalam pesawat, kecuali
perjalanan yang melebihi 3 ke 4 jam.
Semasa
pesawat melintasi Banjaran Titiwangsa, aku melihat awan bearak perlahan
dibawah pesawat. Dimasa ini, pesawat berada di paras 10,000 kaki dari
paras laut. Kehijauan hutan hujan tropika memukau pandanganku.
Gunung-ganang dibawah pesawat bagaikan alunan ombak dipersisiran pantai,
berbalam-balam kebiruan. Damai dan menyejukan. Dicelah-celah hutan
inilah, berbagai khazanah sumber alam yang menjadi nadi kehidupan
manusia. Aku mengimbau kenangan silam. Dalam hutan seperti inilah ayah
menembak Kambing Gurun dengan Wa Hamid.
“Ehh..Idah, bakpo..abang Mamud denge abang Amid..usung babi tu,,” abang Wahab bertanya pada Cik Idah.
“Demo ingat rusa kot. Bule posa mace ni demo tu kelabu mata la tu..” Cik Idah menjawab.
“Ehhhh...Idah heee. Kambing Gurun tu, He tengok tanduknyatu..” abang Wahab menambah.
“Haalaaa.......” Cik Idah mengiakannya.
Hari
sudah beransur petang. Adik beradik yang dekat dari kampung telah mula
sampai. Aku lihat Pek Anjang mengambil pisau dari ayah. Pek Anjang
mengambil beberapa bahagian penting dari Kambing Gurun, seperti sedikir
hidung, lidah, telinga dan yang lain-lainnya. Dari dangau Wa Hamid, aku
terdengar alunan Jefridin dengan lagu seruling anak gembala. Aku
berlarian memanjat bukit untuk balik kedangau kami.
SERULING ANAK GEMBALA
Dilembah sungai yang indah…...
Terdengar suara memecah…..
Malayang bunyi seruling
Kala senja hening…..
Gembala meniup lagi…..
Dengan irama mendayu…..
Tanpa merasa jemu…..
Untuk menghilang rindau…..
Sawah luas terbentang…..
Hijau nan manawan…..
Jauh….pandangan….
Disitu tempat permainan…..
Disitu tempat dilahir…..
Dimana aku dan dia…..
Memadu kasih asmara….
Akhirnya berpisah…..
Angin
timur bertiup kencang melalui bukit dan alur sungai. Angin dingin dan
kering ini membuatkan mata semakin layu. Matahari semakin condong ke
barat. Dengan berlandaskan bantal masam dan di tepi pintu dapor dangau
kami, ayah menyandarkan badannya yang keletihan. Dari jauh masih
terdengar di hujung telinga, alunan seruling anak gembala dendangan
Biduan Jefridin. Terasa hiba sekali bila menghayati bait-bait lagunya.
Belum pun habis menghayati lagu Jefridin, Biduan A.Ramli pun mula
merintih dengan lagunya. Dangu Wa Hamid dan Pek Anjang adalah tempat
kami sering bermain-main, Aku amat suka ke sana. Dangau Wa Hamid
diseberang anak sungai diikuti dengan dangau Pakngah Meri disebelah sini
sungai. Dipertengahan bukit dangau aku dan diatas puncak bukit adalah
dangau Pek Anjang, dibelakang dangau kami. Wa Hamid mempunyai lima orang
anak. Mereka ini adalah duapupu dengan aku. Abang Din Poik, Kak Yah,
Adek Norani, Seha dan Nasa. Anak Pakngah Meri pula ada tujuh orang. Kak
Pah, Kak Idah, Hamidi, Hamizi, Hamisah, Awang Lio, dan Md. Sani.
Aku
amat rapat dengan semua mereka ini. Semua dangau-dangau ini diperbuat
dari kayu-kayu hutan dan lantainya dari buluh dan batang pinang. Antara
dangau aku dan dangau Pakngah Meri ada tanah lapang yang pamah.
Disinilah kami sering bermain silat-silatan. Kerisnya diperbuat dari
kayu.
“Abang Din....kerih semala dan patah...buat la yang lain..”Norani minta Abang Din Poik buat keris baru.
“Gi cari kayu...nati abang Din buat..” Abang Din Poik membalas.
Kami pergi mencari kayu sisa dari batang kayu yang ayah belah untuk dibuat lesung kaki.
“Seha...ni elauk ni kalu dibuat keris yang berluk...” aku menunjukan sisa kayu pada Seha.
“Haala...” Norani menjawab rengkas.
“Jom kita beri kat abang Din” Abang aku mencelah.
Kami
berduyun-duyun menuruni bukit untuk kerumah Wa Hamid. Suasana dicelah
pergunungan itu, matahari sering terlindung dengan pokok-pokok besar dan
bukit. Ini membuatkan suasana disini teduh dan dingin. Dari corong
radio yang diaktifkan menggunakan beteri Cap Kambing kepunyaan Abang Din
Poik, aku terdengar A. Ramli mendendangkan lagu Dendang Anak Tani. Di
Kampung, Ayah Cu, Pak Pandak Nua, Cik At, Wah Sedi dan Yong Muzi sering
memainkan piring hitam dari penyanyi-penyanyi seperti Jefridin, J.
Kamisah, S. Roha, S. Jibeng dan ramai lagi, tetapi aku amat suka dengan
lagu-lagu A.Ramli dan Jefridin. Sebagai anak petani, aku amat suka
dengan lagu ini.
DENDANG ANAK TANI
Aku anak tani………
Berdendang dikala sunyi…..
Hidup sebatang kara…..
Merintih diawan merah…..
Ku dendangkan ini lagu…..
Dengan irama mendayu…..
Terkenang ayah dan ibu…..
Yang kini jauh tinggalkan daku….
Angin dengarlah,
Rintihan ku,
Sampaikan pada
Ayah dan ibu,
Hidup ku ini…..
Pe…ta..ni….dilembah sawah nan sunyi
Rumpun padi ku indah…..
Bergoyang menari-nari…..
Hidup sebatang kara…..
Merintih di awan merah…..
“Terima
Kasih Kerana Anda menggunakan Penerbangan Airasia, semoga kita jumpa
lagi dilain Penerbangan. Saya sebagai Ketua Pramugari.........”
Aku tersedar dari lamunan. Rupa-rupanya pesawat telah mendarat di
Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Pekerja-pekerja Airasia sedang sebuk
memunggah semua begasi dari perut pesawat. Aku menuruni tangga pesawat
dan berjalan masuk kedalam Terminal.
Aku mengambil trolly disudut bangunan. Beg yang baru dimuntahkan dari
pesawat dipindahkan keatas conveyer. Aku menyambar beg aku dan keluar
dari dewan ketibaan. Pemandu telah sedia menunggu dikerbside dan
tersenyum bila melihat aku.
“Selamat petang Boss” Roslin menyapa aku.
“Petang.......” Jawabku pendek.
Semua beg telah dipindahkan kedalam Pajero dan kami berlalu pergi
meninggalkan Lapangan Terbang Sandakan. Sampai dihotel, aku terus
membuka beg dan mengambil tuala berlalu pergi kebilik air. Hampir tiga
jam didalam pesawat membuatkan badan terasa letih. Di Sandakan tidaklah
semeriah KL. Selesai mandi aku mengenakan selur jean dan memakai T-Shit
sahaja.
“ Ok....jom kita makan dulu...nanti balik saya nak kamu breff tentang program esuk kepada saya..” aku memberi arahan kepada Megat dan Zai selaku Pengurus daerah kepada beberapa Syarikat yang saya memegang proksinya.
Selesai makan malam kami balik kehotel. Aku merebahkan badan keatas
katil tanpa menukar pakaian. Aku tidak tahu jam berapa aku tertidur.
“Boss...dah pukul enam ni....” Megat bangunkan saya.
Jam
enam pagi di Sabah bagaikan jam lapan pagi di semenanjung. Semua
pemegang-pemegang proksi yang terlibat dengan mesyuarat pada pagi itu
telah berada dilobi hotel. Tapi kami masih berada dibilik hotel kerana
tidak sempat untuk berbincang pada malam tadi.
“Ok...kita ambil masa sedikit, kerana metting jam sembilan pagi” aku memberi arahan.
“Ok...apa perkara yang menjadi isue dalam meetting hari ini” aku bertanyakan kepada pengurus daerah.
Mereka
menjelaskan beberapa perkara yang dijangka akan berbangkit nanti. Aku
faham dengan beberapa perkara tersebut. Selepas berbincang, kami turun
kelobi hotel. Sarapan pagi telah disediakan. Aku jarang sarapan pagi.
Biasanya aku akan makan pagi sekitar jam 10.30 pagi. Tapi hari ini aku
menjamah sedikit kopi panas dan sebiji kueh ala Sabah yang aku tidak
tahu namanya.
Jam
empat petang, semuanya telah selesai. Aku bersama-sama Kol. Salleh,
Let. Kol. Musa, Mejar Asri dan Mejar Kamal naik satu kenderaan balik
kehotel. Kebetulan kami menginap dihotel yang sama tapi mesyuarat
ditempat lain. Sampai dihotel, aku menyelak tirai tingkap dan melabuhkan
punggung diatas sofa. En. Zali dari Labuan menghulurkan sebatang rokok
dan dia berlalu pergi. Aku sendirian disofa. Dari celah tingkap
ditingkat lima itu, aku terlihat sesuatu di dada langit. Bila aku
amati....rupa-rupanya beberapa layang-layang dari pelbagai jenis sedang
melenggok-lenggok kekiri dan kanan melawan angin. Aku tersenyum
sendirian. Terimbau seketika kenagan sewaktu kecil dikampung
bersama-sama kawan-kawan. Keluhan kecil ku lepaskan, mengenangkan
kenangan yang telah hilang.
“Man…..,jom main wau…!!!” , Marzuki mengajak aku.
“Tak mboh” , aku menjawab.
“Saya nak gi tengok orang main kugiran”.
“Kalu mace tu, saya pong nak gi jugak”, Marzuki menambah.
Kami pun bersaing berjalan kaki ke Dewan kampung. Dari jauh sudah
terdengar bunyi gitar yang mendayu-dayu bila penyanyinya mengalunkan
lagu SALAM MUHIBAH lagu yang dipopularkan oleh A.Ramlie. Kami mengintai
di antara kanak-kanak yang ramai itu untuk mendapatkan pandangan yang
lebih jelas. Aku nampak beberapa pemuda kampung yang sedang berlatih
dengan kugiran yang mereka tubuhkan yang diberi nama LES CHAINCLASS.
Kumpulan ini diketuai oleh Zaki Ramli – Z. Ramli, Khairi Omar – Hariri
O, Abu Bakar Yeop, Awang Salleh, Din Jusi dan lain-lain lagi yang tidak
dapat aku ingati lagi.
Dengan pakaian yang kemas, walaupun tinggal di kampung, pemuda-pemuda
ini giat berlatih. Ada di antaranya punya bakat yang tinggi. Tapi apakan
daya, kumpulan ini lebih kepada mengisi masa lapang di kampung sahaja
sementara menanti padi masak. Di samping aktiviti-aktiviti lain yang
menjuruskan kepada gerak kerja berkumpulan.
“Hang tak sedap bawa lagu tu” , Awang Zenon menegur Awang Salleh.
“Habis….hang nak aku nyanyi lagu apa” , Awang Salleh menjawab.
“Hang nyanyi lagu ‘Gelisah’.” , Awang Zenon menambah.
Dengan suara yang menggeletar, Awang Salleh pun mengalunkan lagu
Gelisah nyanyian Ahmad Jais. Sama gelisahnya dengan aku yang masih belum
mendapat pandangan yang jelas untuk melihat penyanyi pujaan kami
orang-orang Kampung Chepor.
Dalam kami menonton pertunjukkan percuma ini, pemuda-pemudi kampung ada
yang mengambil kesempatan mencuri-curi pandang. Gadis sunti yang
bertudungkan kain batik tersenyum malu. Pemuda-pemuda pula senyum
kepuasan, kerana diri tidak bertepuk sebelah tangan. Maka,
pertemuan-pertemuan sulit pun diaturkan oleh orang tengah yang dipanggil
‘Posmen’ untuk menjadi penghantar surat dan berita.
Yang masih tidak berpunya, terpaksalah mencari-cari dan kadang kala
kenakalan pemuda-pemuda ini mengundang padah atau rasa tidak senang
pemudi-pemudi kampung. Tapi dengan kebijaksananaan orang tengah, maka
benci menjadi rindu.
Di pinggir kali, sawah dan sungai menjadi lokasi popular untuk membuat
temujanji dengan orang yang tersayang. Adik atau kawan rapat menjadi
teman semasa pertemuan. Dengan penuh sopan tanpa bertentang mata, dengan
tajuk perbualan yang berkisar kepada kehidupan seharian, sudah cukup
untuk mengetahui isi hati masing-masing. Pertemuan yang hanya memakan
masa tidak sampai sepuluh minit, sudah cukup untuk mengubati hati yang
rindu. Dosa dan haram bermain-main di kepala kedua-dua uda dan dara ini.
“Marzuki…!!!! Jom kita kelik…”,
aku mengajak sahabatku yang juga dua pupu dengan aku beredar dari
kawasan dewan tersebut. Marzuki tidak berkata apa-apa dan menunung
mengikut aku balik. Sampai di kawasan rumah Tok Haman, terdengar jam
dindingnya berdentum lima kali. Ini menunjukkan sudah pukul lima petang.
“Man…..jom kita mandi telaga Pek Wak….?” , Marzuki mengusulkan.
“Jom…”
,aku menambah. Kami berdua menyusuri pagar rumah Pek Wak dan terus ke
telaga yang terletak di dalam kawasan pohon-pohon rumbia yang merendang.
“Auuuh…sejuknya…” , Marzuki menggeletar kesejukan.
“Ah… macam tu pun sejuk” ,
aku berkata. Sememang air telaga ini dingin sekali. Airnya
kebiru-biruan. Selesai aku menjiruskan Marzuki, sampai giliran Marzuki
pula menjirus aku.
“Auuuh…sejuklah Marzuki” , aku merungut.
“Haa..tulaaa…tadi hang kata kat aku, laaa baru hang tahu air telaga ini sejuk” , Marzuki membebel.
“Sudahlah….jom kita kelik” , aku mengajak Marzuki balik.
“Sat lagi kita berjumpa bawah menesah Tok Aji Nali” , aku menambah.
“Haaa….” , Marzuki menyahut dan berlalu pergi.
Aku
berjalan sendirian pulang kerumah yang hanya berselang rumah Mak Teh
Lipah sahaja antara rumah aku dan rumah Marzuki. Wau kemetek yang aku
selitkan dibawah rasuk rumah masih tersimpan disana. Ekor wau aku itu
menyapa tanah. Aku gulungkannya dan diselitkan semula diteraju wau
supaya tidak meleret lagi.
Kira-kira jam lima setengah petang, kami berjumpa semula di tempat
seperti yang di janjikan. Orang telah ramai di sini. Di kedai Wa Hassan
juga orang tua sangat ramai. Dengan berkain pelekat dan berkopiah hitam
dan juga kopiah putih, mereka tersenyum melihat pemuda-pemuda yang
berpakaian kemas. Abang Leng, Manan, Awang Din, Din Poik dan ramai lagi
bersantai di atas pangkin di bawah surau.
Abang Leng memakai seluar getah ketat berwarna merah. Sementara yang
lain berseluar hitam dan berbaju petak. Hampir semua rambut mereka
berjambul macam Jefridin. Dari jauh, dari arah madrasah PakTeh Wi,
nampak beberapa orang teruna dari Kampung Hulu berbasikal ke kawasan
surau Tok Aji Nali.
“Sapa tu….?”, terdengar suara dari arah kedai Wa Hassan.
“Kan Awang Jais tu….”, yang lain pula cuba menjelaskan.
Memang Awang Jais hampir tidak di kenali, kerana kacamata hitamnya yang
hampir menutup kesemua wajahnya yang bujur sirih itu. Dengan gaya
Sharif Dol samseng Kampung Dusun, mereka berbual-bual samping mengendeng
di atas basikal. Sementara sekumpulan pemuda lagi sedang bermain takraw
di belakang kedai Wa Hassan. Sungguh meriah rasanya kampung ku ini.
Pak Cu Brohan yang terkenal dengan jenaka pantun dua keratnya,
menyurung basikal di tengah-tengah kumpulan pemuda yang sedang berbual
panjang.
“Haa….nak ke mana Pak Cu?” , Abang Din anak Tok Dayid menyapa Pak Cu Brohan.
“Din Poik berbaju batik. Aku nak kelik…” , Pak Cu Brohan menjawab dalam pantun dua kerat.
Semua
yang ada ketawa dan tersenyum panjang. Dengan rokok yang tersepit di
jari, asap rokok di lepaskan perlahan-lahan. Jaring takraw telah di
gulung. Aku nampak Awang Din membuang rokoknya, kemudian diikuti oleh
yang lainnya. Aku kehairanan. Kenapa mereka membuang rokok-rokok yang
masih panjang dan berasap itu. Rupa-rupanya PakTeh Wi sedang menuju ke
arah mereka.
“Assalamualaikum….Abang Wi….”, Abang Leng menyapa.
“Waalaikum salam…..” , PakTeh menjawab.
“Haa….ni tunggu apa lagi ni. Maghrib dah nak masuk” , PakTeh Wi menambah.
Semua pemuda dan orang tua yang ada di kedai beransur-ansur pulang
seorang demi seorang. Dengan pemukul kayu di tangan, Pak Besar memeriksa
ketuk-ketuk di penjuru tangga surau.
“Tongtongtongtongtongtongtong…….tong……tong….tong..”,
ketuk-ketuk di pukulnya. Bunyi ketukan halus di awal tadi adalah
menandakan masuk waktu sembahyang. Ketukan putus-putus sebanyak tiga
kali itu menandakan sembahyang maghrib tiga rakaat. Dengan suara yang
serak dan kasar, Pak Besar mengalunkan azan maghrib. Suaranya amat
sinonim dengan surau ini.
Di tepi kolah surau sudah penuh dengan jemaah-jemaah yang sedang
berwuduk. Air dalam kolah ini adalah air hujan yang ditadah khusus untuk
kegunaan surau.
“Aduh…..!”, tiba-tiba Abang Ei Tok Dayid bersuara.
“Hahh….bakpaaa….Ei” , PakTeh Bahari bertanya.
“Ni. Haaaa….getah tadi cuci tak habis, melekat pula dengan bulu roma kaki. Tu….yang sakit sangat tu”.
“Haa….patut pong” , PakTeh bahari mengiakannya.
Sementara itu di atas surau, Hamidi, Adek Awang, Rajak, Bederong,
Nerani, Saha dan ramai lagi sedang membentangkan kain putih panjang yang
dijadikan saf. Riuh amat dibuatnya, sesekali terdengar Tok Piah
batuk-batuk kecil sambil menegur budak-budak supaya jangan bising. Saf
sudah siap dibentang. Wa Hassan memberi isyarat supaya Awang Din segera
iqamat. Malam ini Wa Hassan menjadi imam.
“Ussyali Fardhan Maghribi Salasa Rakaatini Imaman Lilla Hitaala”
Kami berebut-rebut mengambil tempat. Seperti biasa aku selalu mengambil
tempat berhampiran dengan tingkap. Dari daun tingkap yang terbuka
memanjang sampai ke lantai itu angin petang yang lembut dan dingin
menerpa masuk dan menyapa setiap insan yang khusyuk menyembah ILAHI.
Selesai imam memberi salam, rakan-rakanku menerpa ke pintu surau. Kami
menuruni tangga bagaikan ribut.
“Oiii…..Mee..!? Mike tak mboh gi mengaji ke hulu ke?”, Adek Awang bertanya kepada ku.
“Nak gi jugak, tapi mike kena tunggu aku sat, sebab aku takdak jamong”, aku menjawab.
“Takpa…, sebab aku dah ada jamong”, Adek Awang menerangkannya.
Dengan jamong* daun kelapa kering yang kami buat sendiri kami
nyalakannya. Bagaikan wayang melayu kami berderet pergi ke madrasah
Khalidiah yang dikendalikan Pak Teh secara sukarela. Anak muridnya
ketika itu hampir 50 orang dari peringkat 5 hingga 12 tahun. Selesai
mengaji Quran, kami pun balik. Adek Awang dan Nuar Teh Dolah telah ada
rancangan sendiri. Dari madrasah Pak Teh itu kami akan melalui sedikit
kawasan belukar di mana kiri dan kanan kawasan itu terdapat pokok-pokok
besar yang menyeramkan bila waktu malam.
Sampai
saja di kawasan tersebut, aku nampak satu lembaga yang keluar dari
kawasan semak ini. Apa lagi….kami pun bertempiaran lari. Maka
terdengarlah jeritan dan tangisan budak-budak perempuan. Dari arah Surau
Tok Aji Nali telah ternampak cahaya lampu suluh dan orang-orang tua
yang masih belum balik selepas sembahyang Isyak. Mereka hanya tersenyum
dan sesekali menengking kepada kawan-kawan aku yang suka mengusik.
Rupanya, mereka sudah tahu ini adalah angkara Adek Awang dan Nuar Teh
Dollah. Setelah memastikan semua yang bertempiaran tadi sudah berkumpul
semula, aku pun mengambil jalan pintas untuk pulang kerumah.
Dari jauh ternampak cahaya pelita berbalam-balam menyusup keluar dari
celah-celah dinding rumahku. Untuk sampai ke rumah, aku terpaksa
melewati sebuah rumah buruk yang tidak berpenghuni. Aku merasakan
sungguh terseksa untuk melepasi kawasan rumah buruk ini. Dengan membaca
beberapa potong ayat suci, aku menyusun langkah seribu sambil memanggil “emak!!!!!!!”
dan tidak ku sedari rupanya aku telah sampai di hadapan tangga rumah.
Ayah, emak, abang dan adik-adik telah lama menunggu untuk makan malam.
“Dah ubah Kurrree”, emak bertanya kepada ku.
“Dak, mak. Pak Teh kata, male esauk”, aku menjawab pendek.
Ayah hanya berdiam diri. Sambil bersandar di tiang seri, ayah asyik
menggigit-gigit hujung paip bengkok buatan sendiri dengan mata yang
dipejamkan, perlahan-lahan asap paip dilepaskan dari mulut dan
hidungnya.
Emah
dan Nasriah masih mengemas di dapur. Fauziah dan dua adik kembar aku
telah lama menyusup ke dalam kelambu di dalam bilik. Aku dan abang tidur
di ruang anjung. Dengan beralaskan tikar mengkuang yang emak buat
sendiri dan bantal yang tidak bersarung, aku melabuhkan kepalaku
perlahan-lahan.
Sebelum melelapkan mata, aku selalu berangan-angan memandu kereta.
Dengan enjin kereta yang dibunyikan di bibir, aku memandu kereta igauan
aku itu sepuas-puasnya dan kadangkala aku tertidur dengan sendirinya
atau pun sehingga…………….. .
“Man….!!, sudah la tu. Emak denge ayah nak tidur ni”
emak bersuara dari serambi penyambung antara dapur dan anjung. Aku
terdiam sebentar dan perlahan-lahan ku pejamkan mata, selepas itu aku
terdengar dengkuran ayah yang telah terlena. Abang telah lama lena
berselubung dengan kain sarung ayah. Aku tidak tahu selepas itu dan aku
juga tidak tahu jam berapa aku lelapkan mata.
“Hoi......mengelamun ke....” tiba-tiba En. Zali mengejutkan aku.
“Masyaallah.....” Aku merungut kecil, rupanya lamunan aku begitu jauh tadi.
“Dah....pi mandi dulu...nanti kita kena diner dengan pegawai dari Kementah.” Zali bersuara lagi.
Lamunan yang indah itu tiba-tiba telah terhenti dan hilang dari
ingatan. Aku melihat jam ditangan. Rupanya jam menunjukan hampir 6.30
petang. Suasana di Sabah waktu ini sama dengan jam 7.30 petang di
semenanjung.
“Abang nak keluar tak malam ni” Megat bertanya pada ku.
“U all keluarlah dulu, nanti aku keluar dengan Mejor Asri” aku menjawab selamba.
Ini
adalah hari kedua aku di Sabah. Aku berlalu kebilek. Marina Resort
adalah kondo mewah ditengah-tengah Bandar Kota Kinabalu. Kami mengambil
premis dibawah sekali. Premis ini mengandungi tiga bilik. Aku menyelak
tirai tingkap yang bertentangan dengan Kolam Renang. Aku mencapai tuala
dan memakai seluar pendek. Apabila aku keluar dari bilik, aku dapati
suasana sunyi sepi, Megat, Abang Zali, Zai, Wan dan Baharom telah lama
meninggalkan aku sendirian. Aku mengunci bilik dan berlalu ke kolam
renang. Aku berendam sepuas-puasnya. Kolam renang bersaiz olimpik itu,
aku tawan sepenuhnya. Tiba-tiba aku rasakan kaki ku kebas.
“Mee....hari dan senjao ni, jomle kita kelik” Marzuki minta aku berhenti berenang didalam empangan
“nati sat, aku nak menyelee dulu” aku seolah-olah minta kebenaran Marzuki.
“Hee tak sejukke.....” Marzuki bertanya pada ku.
“Sejuk......kaki aku rasa kebas ni” aku menjawab.
Empangan
tempat aku selalu mandi dengan kawan-kawan terpisah kepada dua
bahagian. Di bahagian atas empangan adalah tempat orang lelaki mandi.
Manakala di hilir empangan pula adalah tempat orang perempuan dan
kanak-kanak mandi. Tapi kami lebih selesa mandi di bahagian atas
empangan, kerana disini airnya dalam sehingga hapus kepala kanak-kanak.
Selesai mandi, aku dan Marzuki menyusuri denai yang selebar dua kaki
meninggalkan tempat kami berkubang. Dari rumah Ki, aku terdengar keluhan
A. Ramli dengan lagu Salam Muhibah.
SALAM MUHIBBAH
Walau pun kini.....kita berpisah..
Terbayang....selalu...ingat...daku selalu...ingat...daku selalu
Tak ku sangka.....bencana tiba...
Memutuskan persahabatan... kita berdua....kita berdua...
Kasih sayang....kau masih berada....
Jelas terbayang diruangan mata........
Kukirimkan.....salam muhibbah....mengiringi mu...selalu..
Ingat daku selalu....ingat daku selalu....
Aku
dan Marzuki melangut dihujung tangga rumah Ki. Tangga yang diperbuat
dari kayu rimba bulat dan kasar itu, kadang-kadang menyakitkan punggung
ku.
“Ape kamu buat melangut dikepale tengge tu..” tiba-tiba Pe bersuara dari pintu.
“Sajoo...nak dengo lagu...” aku menjawab.
“Moh...naik keateh....Cit At kamu ade ni hahhh...” Pe menambah.
Aku
naik keatas bersama-sama Marzuki. Aku tidak tahu bila pula Zi muncul
bersama-sama kami. Kami bertiga saudara sepupu duduk bersandar ditepi
dinding. Rumah Ki berlantaikan papan. Tetapi gelegarnya dibuat dari kayu
hutan dan apabila kita memijaknya terasa seperti berjalan diatas
spring.
“Cit At....pasang lagu Ingat Pada Ku....Kami suka lagu tu... ” aku minta ehsan Cit At.
“Haaa....nati sat...Cit At nak tukao jarom sat...” Cit At tersenyum pada kami.
Mak selalu berpesan supaya tidak nakal bila pergi kerumah orang. Aku lihat Cit At menukar jarum rekod playernya.
“Zi...ambit duit ni, gi beli beteri cap kambing jat di kedai Tok Yaid..” Cit At minta Zi kekedai.
Zi
dan Marzuki bergegas kekedai yang hanya sepelaung dari rumah Ki. Aku
masih bersama-sama Cit At. Angin dingin yang bertiup dari arah barat,
melewati rumah Tok Wak Musa dan rumah Tok menerjah masuk dan menyapa aku
ditepi tingkap. Antara rumah Tok dan rumah Ki ada jalan untuk
orang-orang kampung kesungai. Sedang kami menanti Zi dan Marzuki balik
dari kedai... sayup-sayup dibawa angin dari rumah Pak Cik melalui
stesyen radio Singapore, aku terdengar alunan lagu kegemaran ku.
INGAT PADA KU
Aduhai....
Oh kasih ku.....
Berjagaaa....lah selalu....ingat pada ku...
Dengarlah....pesananku......
Simpankan...dihati mu.....
Ingat padu.......
Oh kasihku yang puja.....
Dikaulah yang cinta.....
Itulah....
Dariku......
untuk mu.....dihati ku....
Ingat padaku.......
Aku
terkedu sebentar mendengar alunan lagu itu. Suara, gaya dan pakaiannya
menjadi ikutan pemuda-pemuda kampung. Kacamata hitam berbingkai besarnya
menjadi pelengkap kepada semua pemuda ketika itu. Asalkan ada majlis
besar dikampung, hampir kesemua mereka mengenakan cerminmata jenis itu.
Walaupun dimalam hari.
Zi
dan Marzuki telah lama melabuhkan punggungnya keatas lantai beralaskan
tikar mengkuang lusuh. Aku masih mengelamun dengan lagu Ingat Pada Ku
tadi. Yong Muzi dan Ayah Cu muncul dari pintu dapor. Cit At
menghulurkan pada ku bateri Cap Kambing yang baru diganti tadi. Lima
bateri kesemuanya.
“Haa... Mee. Kita buleh buat tagang tuju kotak nanti.” Hamidi bersuara, aku tidak tahu bila Hamidi sampai.
“Ha..Pak Jebeh....kita pasang lagu ole-ole temasik “Yong Muzi mencadangkan kepada kami.
“Lagu tu pong syook jugak”aku menjawab.
OLE-OLE TEMASIK
Betapa manis, gadis disini
Berbaju kurung berkain songket
Membikin haaaati ku menjadi bingung
Ole-ole temasik.....ole-ole temasik
Pan....da....ngan..... can........tik
Mesra seja.....ti.....
Mungkin...asyik....
Nunja....uh disana.....
Ole-ole temasik-ole-ole temasik
“Oiiiii....dalam kolam renang pun mengalamun?” Abang
Zali menyergah aku. Terperanjat aku. Aku tersenyum dan berenag ketepian
kolam. Aku mengambil air sembahyang dari paip yang berdekatan. Sebentar
tadi azan insyak telah berkumandang. Aku tersenyum sendirian dan
berlalu pergi. Sampai dibilik semua kawan-kawan telah sedia untuk
kejamuan makan malam. Lagu ole-ole temasik masih terngiang-ngiang di
cuping telinga. Tiba-tiba saja hati menjadi sayu dan kampung halam
terbayang diruang mata.
Walau
pun aku masih berkerja dengan Malaysia Airport (Sepang) Sdn. Bhd. Tapi
aku mempunyai masa yang banyak terluang. Bekerja shiff di KLIA bagaikan
tiada henti pergerakan manusia. Malam dan siangnya sama saja sebuknya.
Masa yang terluang inilah aku gunakan untuk melibatkan diri dengan
perniagaan. Syarikat pembekalan makanan kepada Angkatan Tentera Malaysia
ini bukanlah milik aku. Tapi ianya adalah milik kawan aku dan aku
menjadi proksinya.
Aku
sering diarahkan untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat penting dan
meraikan pegawai-pegawai tentera yang sering aku berurusan. Dengan ini
banyak kerja-kerja menjadi mudah disebabkan hubungan baik itu.
Hari sudah larut benar, kira-kira jam 2.00 pagi. Angin laut dari arah Pulau Gaya dan Pulau Manukan
menerjah masuk melewati tingkat bilik hotel yang tidak bertutup.
Dinginnya menembusi urat saraf ku hingga ketulang hitam. Aku merebahkan
badan ku ke tilam ampuk bersebelahan dengan Baharum. Aku berkongsi bilik
dengan Baharum sementara Megat dengan Wan. Semua mereka ini adalah
senasib dengan aku. Menjadi proksi kepada kawan aku. Dalam samar-samar
dinihari itu aku nampak perut Baharum naik dan turun. Dengkurannya boleh
didengar hingga ke Pulau Gaya. Pemandangan menjadi hitam..... dan aku tidak tahu jam berapa aku melelapkan mata. “Aduh Kota Kinabalu, kau memenjarakan aku dalam dakapan malam mu yang dingin amat..yaaa.......ampun..........”
Jam 5.00 pagi aku tersedar dari lena ku yang pendek. Azan berkumandang sayup-sayup dibawa angin dingin pagi dari Pulau Gaya.
Aku bangun dalam kepayahan pagi, pergi mendapatkan tuala di penjuru
bilik dan berlalu kebilik air. Mandi dan berwuduk. Aku mengambil sejadah
dari atas meja yang ku campakan semalam. Sejadah berbunga hijau itu aku
bentangkan disisi katil mengadap khiblat. Aku mengangkat
takbir......sayunya menyusub kalbu. Aku bersyukur dengan segala yang
Allah berikan pada ku dan aku redhe dengan segala ujiannya.
No comments:
Post a Comment