Pages

Friday, 13 December 2013

BERKELANA KE SELANGOR 3

  BERKELANA KE SELANGOR
EPISOD PERTAMA

Catatan Kenangan Duka ........,

Catatan Musafir
 Hari ini Jumaat 13/12/13, pagi yang hening, jam 0450 aku dah terjaga dari lena. Jam 0511 aku buat senaman kucing sebelum ke bilik air. Biasalah orang jantan....aku tidak mengambil masa yang lama di bilik air. Jam 0531 aku membuka grill rumah dan bising yang amat bila aku menolak grill ini.....malu dengan jiran-jiran, tapi ada juga jiran yang kata, "Mujur ada Pak  Aji ni, bunyi grill itu membuatkan kita terjaga dari lena.

Di masjid tidaklah ramai orangnya, biasalah subuh....mana-mana masjid pun macam tu. Inilah senjata Yahudi, selagi masjid tidak penuh macam Solat Jumaat, mereka tidak risau.....semua orang Islam tahu maksud Yahudi tidak gentar dengan orang Islam ini.

Selepas Solat Subuh, aku singah di rumah Pertamaku. Ibu mertuaku sedangdi mandikan oleh isteriku. Dalam usia itu nampak sangat Ibu Mertuaku uzur. Aku membuka komputer dan menyemak pesanan dalam inbox FB dan aku juga Blog Amukanmelayu....hehehehehe....blog aku lah tu. Tidak banyak pengunjung di waktu pagi begini. Tapi pengunjung dari US nampak ada peningkatan.

Jam 0711 pagi aku balek kerumah keduaku, baju, seluar dan tali pinggang telah siap di sangkut di tepi almari buku di bawah tangga.

Jam 0732 aku keluar rumah, seperti biasa Isteriku mencium tangan dan aku hanya tersenyum dan memberi salam. Dengan doa semoga di selamatkan semuanya hari ini aku berlepas ke Pejabat. Di persimpangan jalan sangatlah sebuk, aku mengambil masa yang lama juga untuk mengambil laluan ke kanan. Sampai di pejabat Landside Operation jam 0755 pagi. Semua telah bersedia untuk Breffing penyerah dan penerimaan tugas.

POYO - Zhafri, Syazry dan Amir
Setengah selepas itu semuanya beres. Aku mengarahkan En Amir pembantuku dan Syazry selepas itu dua orang lagi Izwan dan Zhafri mengikut sama untuk membuat rondaan padi di sepanjang 52 KM jalan di kawasan KLIA. Keadaan traffik agak cantik dan berjalan lancar. Semasa dalam perjalanan ke LCCT lebih tepat lagi selepas SIC, sebuah lori Baunded menjual nasi Lemak Kukus berniaga di tepi jalan. Sudah beberapa kali di beri amaran tapi tiada di endahkannya. Aku mengarahkan Wan mengambil gambar dan memberi teguran kepada peniaga ini. Seperti biasalah....semuanya nak di lagar sekarang ini. Selesai mengambil gambar untuk laporan operasi, aku beredar dari kawasan ini.

Keadaan di LCCT  dalam keadaan baik, walau pun agak bersrabut dengan pemakiran haram yang tak pernah selesai. Selesai disini aku minta Amir memandu balik ke Terminal KLIA. Hari ini hampir 50 keping gambar Parking Haram di kawasan Line Kuning di kawasan AMC dan FMB. Balik pejabat dah hampir jam 10 pagi. Setelah semua selesai gambar-gambar ini bersama beberapa dukumen lain di hantar ke Pejabat JPJ KLIA untuk tindakan seterusnya.
Aku bersama Azmadin

Jam 1105 pagi aku mengarahkan Amir ke klia 2. Hampir sejam aku di sini meninjau kawasan Operasi Teksi dan Bas. Semunya telah siap, cuma kerja-kerja kemasan sahaja. Aku memberi setengah jam pelepasan kepada pegawai-pegawai baru untuk mereka bergambar. Budak muda....bergaya sakanlah dengan pemandangan bangunan ala-ala Starwars yang amat canggih berteknologi baru.

Tiba-tiba talifon aku berdering, yang sebetulnya ini adalah HP pejabat. En Halim SM minta aku menyediakan kenderaan untuk menjemputnya di HQ MAHB. Jam 1220 aku dah sampai di HG dengan Safri. Dalam kenderaan En Halim banyak yang nak kabarkan padaku. katanya malam nanti di kena hadiri Mesyuarat Airline bermula jam 1600 petang di jangka selesai jam 2300 malam. Samalah dengan aku....dah tua-tua begini takde siapa yang datang mesyuarat lagi. Kita lebih kepada tindakan.

Jam 1313 aku mengajak pegawai-pegawai baru ni ke Masjid. Jumaat masuk jam 1330 dan selalunya solat jumaat jam 1345. Samapi di masjid kereta operasi di parking di dalam kawasan HQ. Ramai kenalan aku yang berjumaat disini. Ini termasuklah pegawai-pegawai MAB dan orang kampung dari Bukit Changgang dan Olak Lempit. Masjid KLIA ni agak selesa. Tapi sebenarnya bukan keselesaan yang di cari, tapi tawadduk kita kepada Allah, itu yang sukar di isi dan di cari.

Ampun Tuanku, Patek mempamerkan gambar Tuanku di Blog ini
  
Lihatlah insan ini, dari dalam pagar istana bersama rakyat jelata di Masjid Bangunan Tabung Haji, Baginda Sultan Kelantan bersahaja di sebelah rakyat yang tidak di kenalinya,  dengan berbaju T lengan panjang dan berseluar biasa-biasa sahaja tanpa pratokol dan di kawal Pengawal Pribadi. Baginda bersama-sama rakyat tanpa sejadah kuning dan tiada karpet yang gebu menjadi alasnya. Malu aku dengan baginda.

Sedang aku juga seperti orang lain, sentiasa nakkan yang cantik dan nampak mewah. Sanggup meninggalkan kariah semata-mata nak bersolat di tempat atau masjid yang cantik, sedangkan solat pun masih tiada tertibnya. Takdak tokmaddinah kata Almarhummah Ibuku.

Juga tiada kawalan keselamatan juga tiada protokol Di Raja. Baginda juga tidak betah bersembahyang di sebelah Rakyat Marhaen yang tidak Baginda kenali. Kita tidak terkejut sebenarnya melihat gambar Sultan Kelantan di atas kerana Baginda memang terkenal dengan sifat tawadduk dan "down to earth". Daulat Tuanku.
Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2013/12/gambar-sultan-yang-paling-cool-dan-down.html#fG3up6wLY7Lu1v8c.99
Tidak dapat tidak, gambar Sultan Kelantan bersembahyang Jumaat di Masjid di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur Zohor tadi amat menarik perhatian CTS. Baginda berpakaian amat sederhana, seperti orang kebanyakan, ber't-shirt' lengan panjang dan berseluar denim. Baginda tidak memerlukan saf dan ruang khas yang disertai dengan sejadah baldu yang tebal dan berwarna kuning.

Gambar Sultan Yang Paling "Cool" Dan "Down To Earth"

Selesai jumaat seperti biasa tengahari beb.....kita makan dulu......Wak Kasim yang membawa kereta meluru ke Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang, disini ada kawan aku yang membuka kedai makan. Rahim namanya.....tiba?....Oi kemalangan jerit Wak Kassim, aku dengan selamba mengarahkan Wak Kassim membelok kenderaan Pacuan Empat Roda yang menjadi Kereta Operasi Lanside ke tempat kemalang. Lampu amaran yang di letakkan di atas bumbung kenderaan di hidupkan.

NGERI - Cedera parah
Ngeri.....sebuah motosikal terbabas sendiri, Penunggangnya cedera parah sementara pemboncengnya hanya cedera ringan di bahu sahaja. Aku mengarahkan pegawai-pegawai dan pembantuku mengawal keadaan, sementara aku menghubungi AOCC untuk minta bantuan Ambulan, PDRM dan juga BOMBA dan Penyelamat untuk mencuci darah.

Tangan kanan hampir putus sementara tangan kiri patah, kepala belakang sebelah kanan nampak berlubang dan darah hanyir menyucuk hidung. Semua maklumat dan gambar telah di ambil. Keadaan menjadi agak sebuk dan aku dapat menguruskannya dengan keadaan baik walau pun berkain pelikat selepas jumaat. Kedua-dua mangsa kemalangan ini adalah Kakitangan Airasia dari Sabah. Aku sering menghadapi kejadian-kejadian kemalangan seperti ini. KLIA amat luas, keluasannya melebihi Pulau Singapura. Penonggang motosikal ini bernama Wilkinson danpemboncengnya bernama Jason.

Aku sempat mengajar mengucap kepada Wilkinson, tiba-tiba Jason mengatakan mereka kristian. Semasa inilah menanyakan mereka dari mana dan mereka mengatakan mereka dari Sabah dan katanya lagi mereka adalah kristian. Tapi aku terus juga minta Wilkinson menyebut nama Allah kerana aku amat simpati dengan kecederaannya itu.

Kenangan sepuluh tahun dahulu menyelinap kedalam ruang kenanganku. Jam lebih kurang 0815 pagi tetiba En Fauzi jiranku yang juga Pegawai Bomba Lapangan Terbang menghubungiku. Katanya sabar, sila balik kerumah segera, bapa sakit. Aku mengarahkan Mendiang Loganathan memandu kenderaan 4x4, kereta Operasi ke rumahku. Sampai di rumah, jiran mengatakan Ayah di tempat kemalangan. Aku tergaman. Ingatkan bapaku sakit di rumah. Aku memecut kenderaan ke tempat seperti yang di maklumkan.

Sampai di persimpangan Jalan Labohan Dagang.....Ya Alllah....aku memangku kepala Ayahku. Darah merah membasahi seluarku. Terlalu ramai orang di sekelilingku. Tapi semuanya orang. tapi aku kenali mereka. Mereka adalah penduduk Bukit Changgang. Aku minta Wak Ribut seorang tua yang ku kenali mengambil buku talifon di rumah. Semuanya kelam dan gelap. Airmata sudah tidak tertahan. Tangan Ayah patah, kepala berdarah.....sedih......

Dalam esakkan aku menghubungi Abangku. Semuanya menjadi igauan kenangan dukaku di Selangor. Empat tahun sudah, Ibuku meninggal di HKL kerana serangan jantung. Selepas ketiadaan Ibuku, Ayah tinggal dengan aku. Empat tahun aku membelanya.

Mengikut kawannya yang kebetulan bertugas di Klinik Kecil Bukit Changgang, dia telah menalifon kepada kawannya mengatakan dia tak sedap badan. Semasa melintas jalan untuk keKlinik inilah dia telah di langgar lori. Almarhum Ayah meninggal di tempat kejadian. Sementara menunggu PDRM datang, aku terus memangku Ayah. Seluar dan jeket di penuhi darah Ayah yang menjadi saksi semua kenangan ini. Aku mengikut Land Rover Polis ke Hospital Banting. Hari Jumaat. Semuanya berlalu pantas. Jumaat sentiasa akan mengenangkan aku kepada Ayah kesayanganku. Al-Fatihah untuk Ayah dan Ibuku.

No comments:

Post a Comment