Monday, July 12, 2010
Rumah
Padi, Kepok Padi atau Jelapang semuanya membawa maksud yg sama ianya
adalah tempat menyimpan padi. Cerita bakul semalam adalah berkaitan.
Padi akan di angkut dan di simpan didalam rumah padi ini. Lantainya
papan dan di alas dengan tikar. Rumah padi tidak bertingkap dan pintunya
pula papan yg si selit melintang. Papan pintunya boleh di buka sekeping
demi sekeping mengikut paras padi di dalamnya.
Gemal-gemal
padi di simpan bertindeh-tindeh. Di bahagian atas rumah padi ini
selalunya di buat para, di atas para ini di simpan bakul, tikar dan
peralatan pertanian dan juga tempat pisang di peram.
Di
bahagian luar juga di jadikan tempat menyinpan segala tajak dan cangkul
dan peralatan tenggala dan di penjurunya selalu di gantung tali untuk
menyimpan sabut. Sabut ini di gunakan untuk membakar kuih bengkang ubi
kayu atau membuat kuih baulu atau kuih bakar semasa hampir hari Raya.
Tok
Aki suka bermain di sekitar rumah padi ni, tiangnya rendah dan banyak
tikus. kalau Tok Aki dapat tikus.... mati Tok Aki kerjakan. Kekadang Tok
Aki akan ikat tengkoknya dengan tali dan di tarik merata tempat di mana
Tok Aki bermain.
Selalunya di hujung musim
menuai ni masih lagi musim panas. Hari sabtu da ahad Tok Aki x
bersekolah. Pepagi lagi ibu Tok Aki dah mengomel minta Tok Aki dan Abang
bangun menjemur padi. Abang Tok Aki selalu mengelak dari masuk kerumah
padi..... bukan dia malas, tp kerana miangnya. Selalunya Tok Aki lah
menjadi mangsanya masuk kedalam rumah padi dan mengambil beberapa gemal
padi.
Abang Tok Aki telah membentangkan tikar
dan gemal padi di tuang dari bakul ke atas tikar. Adek-adek yg masih
berkelumbung ngan kain pelikat di sebabkan sejuk duduk mencangkung di
sekeling tikar. Gemal padi selunggok di atas tikar. Lepas tu ibu Tok Aki
mengambil kain batik dan di balut kepalanya mcm orang minang dan ibu
mula menghirek gemal-gemal padi tu. Tok Aki pun hireklah bersama
ibu......
Selepas selesai semua itu padi tadi
di pindah kekawasan lapang utk di jemur..... rumah padi tadi di tutup
semula...... selepas padi di jemur, ibu mengarahkan Tok Aki atau Abang
menunggu padi jemuran ni supaya tidak di makan ayam. Ibu akan membawa
adek-adek dan sebakul kain pergi kesungai utk di basuh dan adek-adek
pula mandi bekejaran di sungai berpasir separas betis airnya....... nnti
Tok Aki cerita pula menumbuk padi di malam hari.
No comments:
Post a Comment