Thursday, July 8, 2010
Panggah Kayu
Kembali kedesa bagaikan "belut pulang ke lumpur". Berehat sehari dua di Kampung selepas penat bekerje memerah otak tua ni memikirkan masa depan Bangsa...... beruntung Allah memberikan kesihatan yg baik walau pun sudah di mamah usia. Walau pun ade kemudahan lain... tapi Acu suke masak memakai dapor kayu. Sejak emak dan ayah dah pergi.... Aculah tempat bermanja dan seorang Abang sepupu dan dua orang Kakak sepupu menjadi kawan berjenaka. Kalau Aki balik..... Acu sebuk dengan dapor kayunya. Kayu ini di ambil dari kebun getah berhampiran kampung atau dahan-dahan rambutan yg patah. Kayu ini di kerat panjang sekitar 2 kaki dan disusun rapi di tempat susunannya yg di beri nama "Panggah".
Semasa
Aki kecil.....inilah kerje Aki sewaktu cuti sekolah. Aki akan mengikut
emak berkayu api. Selalunya mereka pergi berkawan. Emak akan mengutip
ranting-ranting kayu yg kecil dan di ikat menggunakan akar. Emak akan
menjunjung kayu "seberkas" ni. Aki akan memikul dahan kayu yg
panjang...kekadang bukannya memikul ..tp lebih kepada mengheret.....
sampai di rumah, ayah akan memotong kayu-kayu ini dah di simpan untuk
kegunaan musim hujan. Bakar ikan menggunakan semanggang buluh dan
berapikan dapor kayu amatlah sedap. Kita jumpa lagi di cerita yg lain
pula.....
No comments:
Post a Comment